- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Ahad, 30 Ogos 2009

Mak Aku Xcident n Adik ipar aku mengandung???

Salam kemerdekaan dan perpaduan..esok kita akan menyambut hari kemerdekaan. tapi apalah kiranya kita menyambut hari kemerdekaan dengan bacaan tahlil dan berzikir. lagi pula kita berada dibulan ramadhan daripada membuat konsert, terloncat sana dan terjerit sini...

tetapi itu bukan cerita yang hendak aku sampaikan...beberapa hari yang lepas, adik aku ada telefon aku dengan tiba-tiba..masa tu aku tgh edit blog kot...dia cakap ada 2 perkara yang dia nak bagi tahu aku...wah aku penasaran ni...

berita pertama dia cakap, mak aku xcident..terus aku tersentap..adeyh xcident...aku terus terkejut..tapi dia cakap mak aku tak ada apa2...dia cuma pata 3 gigi bawah..habislah mak aku ronggak..aahaks..nasib baik xde apa2..masa tu dia nak pergi kerja kot...cian kan mak aku...uuwaaa...

berita kedua pula, susah adik aku nak cakap..dia malu2..hahaha...dialog kami macam ni..

"nak dengan berita kedua x?"
"Apa dia"
"ermmm..kau..kau..ala aku malu lah nak cakap..segan la"
"cakap je la" masa ni aku macam dah agak sesuatu...hahahha
"tak lama lagi ko akan jadi pak cik"

aku terus gembira..

"Alhamdulilah...alhamdulilah ya ALLAH.. betul ke nie?"
"betul, tadi baru je pergi cek"
"wah dah berpaa minggu?"
"dua mingu"
"ooo..korang kawen baru sebulan..bunting pelamin lah ni"
"ye kot"
"sape lagi yang tahu?" tahu..
"kau orang pertama aku bagitahu"
"telepon mak, tak angkat2 pon"
"ooo..mybe dia tgh keje lah tu"

hahahha..macam tulah perbualan kami..ahaks..adeyh....macam la...tapi alhamduliah semuanya ditakdirkan begini..Amin
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 28 Ogos 2009

Hikmah Di Bulan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat sebelum mereka iaitu

1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan dilaut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka- Masya-Allah

3. Setiap hari Allah s.w.t akan menghiaskan syurgaNya dan berkata "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam bulan ramadhan ini seperti mana yang biasa mereka bisa lakukan pada bulan yang lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir ramadhan. Rasulullah ditanya, "Adakah ia Lailatulqadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."

Maha Suci Allah. Ingatlah semperna bulan suci ini jauhilah perkara-perkara kejahatan seperti:

1. Membuat maksiat dan seumpamanya.
2. Berhenti berdusta daripada berkata-kata.
3. Jangan meninggalkan solat, jika ditinggalkan puasamu akan sia-sia.
4. Perbuatan yang dikutuk oleh Allah s.w.t.

Semperna Bulan Ramadhan Al Mubarak ini. saya menyajikan sebuah novel mini bertajuk - Tombol Pintu Hidayah. diharapkan anda semua memberikan komen dan tunjuk ajar. InsyaAllah.


Episod 1
Episod 2
Episod 3 (Belum Disiarkan)


Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada cerita ini..Amin..InsyaAllah

Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK .....SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA ...AMIN

JANGAN CURI2 MAKAN ..... JANGAN TIDOR MASA BEKERJA..... JANGAN BUAT JAHAT........ JANGAN ASIK MENGOROK ...... JANGAN ASIK MARAH-MARAH BANYAK2 LA BERSABAR......

MESTILAH SENTIASA TERSENYUM, GEMBIRA DAN BERSUKA RIA SERTA SENTIASA MENAMBAHKAN ILMU AGAMA.........

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

IKHLAS DARIPADA
abg aloha
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Khamis, 20 Ogos 2009

New Movie : 2012 & Final Destination 4


2012 : Doomsday





Filem arahan Nick ini banyak membrikan kepuasan kepada penonton. setelah kejayaan filemnya The Day After Tommorow lakonan Nocholas Cage, kali ini dia sekali lagi membuktikan hasil tangannya begitu memuaskan..aku suka cerita sebegini kerana memberikan gambaran yang tepat akan kejadian alam atau tsunami berdasarkan logik akal manusia @ kiamat.

entah lah..sakiskinya cerita ini bulan hadapan di pawagam anda..wah gitu..huhuhuh....



Final Destination 4

Align Center

Filem kedua pula berkaitan dengan suatu ajal yang telah ditetapkan. kembali lagi dengan siri ke empat sebuah kematian yang akan mengundang keseraman dalam hidup anda. hahhaha...cerita ini biasalah macam kau orang tak pernah tengok, pasal bunuh2...

Cerita ni akan ditayangkan di pawagam pada 28 ogos ni hasil arahan David R. Ellis. kali ini berkisahkan kejadian yang berlaku di litar lumba kereta... saksikan sedutan filemnya...






Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 14 Ogos 2009

Novel : Dalam Mihrab Cinta by Habiburrahman El Shirazy


Novel : Dalam Mihrab Cinta



by Habiburrahman El Shirazy



Assalamualaikum, aku nak becerita tentang koleksi novel yang aku baca...selelah aku membaca novel tulisannya iaitu ayat-ayat cinta, aku terus berminta dengan penulisan bukunya yang lain. setelah itu aku membaca novel Ketika Cinta Bertasbih yang juga difilemkan seperti novel Ayat Ayat Cinta.

aku terus terpaku dengan gaya penulisannya walaupun ditulis dalam bahasa indon. novel ketiganya yang aku baca iaitu Dalam Mihrab Cinta. dalam novel ini mengisahkah 3 buah cerita yang berlainan iaitu terbahagi kepada 3 tajuk mini iaitu:

1 - Takbir Cinta Zahrana
2 - Dalam Mihrab Cinta
3. Mahkota Cinta.

Tak cinta Zahrana mengisahkan seorang pensyarah yang telah berusia dan mengalami konflik dalaman apabila ditimbulkan isu status singlenya. pelbagai dugaan yang dilaluinya, iaitu dicaci oleh seseorang yang telah melamarnya tetapi ditolak, kematian seorang jejaka yang dijodohkan oleh kiayi kepadanya dan penerimaan lamaran daripada anak muridnya.

Dalam Mihrab Cinta pula mengisahkan kehidupan syamsul yang dituduh mencuri oleh sahabatnya Burhan kemudian dibuang daripada pasentren dan sekaligus statusnya sebagai pelajar sekolah agama tercemar. dia mula mencari kehidupan yang baru ditempat lain, pelbagai dugaan yang dilaluinya iaitu mencuri, dipenjarakan dan berniat jahat kepada orang tetapi akhirnya menggunakan akal untuk berfikir. adakah burhan menerima atas segala perbuatannya?

Mahkota Cinta memonopli bab dalam Novel ini iaitu sebanyak dua belas. dua novel mini sebelumnya hanya memuatkan 5 bab sahaja. Cerita Mahkota Cinta ini mengisahkan Zul seorang pelajar miskin yang berusaha berhijrah ke Malaysia berbantukan seorang wanita bernama Mari yang baru dikenalinya. dari batam hingga ke Larkin dan seterusnya hidup di kota besar kuala lumpur. pelbagai masalah dihadapi olehnya iaitu kehadiran warkam bekas suaminya Mari, goodan darpada linda dan berita Mari dan rakan-rakan ditangkap oleh polis.

Novel ini cukup untuk membimbing menjadi panduan umat islam. insyaAllah..


Antara Karya-karya lain Habiburrahman El Shirazy:

Ayat-ayat cinta
Ketika Cinta Bertasbih Episod 1
Ketika Cinta Bertasbih Episod 2
Dalam Mihrab Cinta
Pudarnya Pesona Celeopatra
Di Atas Sajadah Cinta (Koleksi Cerita-cerita Tauladan)
Nyayian Cinta


Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 12 Ogos 2009

Tempat Paktikal - Tapah menepati sasaran utama

Setelah hampir 4 tahun aku menimba ilmu di UPSI, akhirnya aku bersedia untuk menjalankan dan mempraktikkan segala ilmu yang ditimba. Hari ini 12 ogos 2009, kami seramai 161 pelajar semester 7 ambilan julai 2006/2007 program ijazah pendidikan bahasa melayu telah mengisi borang penempatan praktikum.

Pilihan yg telah dicadangkan pada malam semalam (11 ogos 2009):
1. Tapah (Pilihan Utama)
2. Ipoh
3. Rawang
4. Sabak bernam

Namun akhirnya kami mendapat tapah menepati ramalan sekolah kami. Kami seramai 8 orang akan bersama-sama melakukan praktikum dikawasan tersebut. iaitu:

1. Azmi Bin Mohamad Sofian & Faizal Bin Othman - SMK Hamid Khan, Jln Damai 35000, Tapah.
2. Azrul Aminurrashid & Md Hasrul Ja'Afar - SMK Buyong Adil,Jln Kelab 35000, Tapah.
3. Khairul Nizam & Ad' Smor Sahirin - SMK Tapah, Jln Bidor Lama 35000, Tapah.
4. Saljie Saluien & Mohamad Tarmizi - SMK Dato Panglima Perang Kiri, Tapah Road 35400, Tapah.

Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. InsyaAllah. Amin...Doakan kejayaan kami berlapan ye...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Ahad, 9 Ogos 2009

AsRuL + AiRuL + = Zura (Selamat penganti baharu adik...pic)








SELAMAT PENGANTIN BAHARU
KEPADA MD HAIRUL & ZURA
PADA 2/8/09 - NIKAH
PADA 8/8/09 - BERSANDING TEMPAT PEREMPUAN.
PADA 16/8/09 - BERSANDING TEMPAT LELAKI








Sekejap...ni sape yg nikah ek...aku ke adik? hhahahhaha..no komen...





rantai ni sebagai pembatal air sembahyang..hahhaha... ada aku nk cerita masa kawan aku nk p nikah..masa tu kene solat dulu, solat zuhur, masa tu dia solat sorang2 la sblm nikah...patutnya solat zuhur 4 rakaat, dia terbuat 3 rakaat...gigil punya pasal sebab nk akad nikah dia tersolat zuhur 3 rakaat...hahhahaha..kalau org xlihat dia solat xpe...yg malunya..bapak pengantin pompuan tegur dia "Knp solat Zuhur 3 rakaat" Adoiiii..hahhahaha..hampeh





Semasa akad nikah hendak dilaksanakan...tersenyum girang je wajahnya...aku yg takut...dengan sekali lafaz, alhamdulilah..adik jadi laki orang...tinggal aku sendirian...






Anggun berseri dihari genting,
tersenyum manis bidadari kayangan,
hati isteri sudah disunting,
semua angganan menjadi kenyataan.









Masa aku dengar apa yg adik aku baca ni ada perkataan jiwang la...hahahha..perjanjian selepas akad nikah..hahahha...







setelah akad nikad dibaca, cium tangan je la..yg lebih2 belakang tabir k..ahaks









Alhamdulilah semuanya telah berakhir...pic ni masa penyerahan wang mas kawen sebanyak rm 23.50 (kot) hhahahha....sempat pulak amek gambar ye... :)
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky