Tersentak aku dari tidur, terdengar suara tangisan redup kesayuan menerpa tempias Telingaku. Mata yang tertutup erat, aku bukakan seluas-lusanya. Walaupun susah untuk aku membukanya kerana lewat tidur malam tadi akibat keseronokan cerita yang ditayangkan di kaca television, aku buka juga dengan terpaksa. Tangisan sebentar tadi semakin kuat kedengaran membuatkan aku terus membangkitkan jasadku. Mata yang terpejam semula tadi terbuka luas-seluasnya.
Sebaik aku bukakan kelopak mata, aku ternampak Aizat menangis teresak-esak tanpa arah dah tujuan. Dia meronta-ronta bagai orang yang kehilangan akal dan kewarasan. Tangisannya semakin kuat kedengaran dan deraian air matanya semakin membasahi bantal yang digenggamnya. Kain cadar yang terpasang rapi sebelumnya, ditarik, dicampak dan diselerakkan di atas lantai. Baju yang terlipat rapi, di dalam almari habis diselongkarnya sambil mengesat air mata.
Aku berulang kali menanyakan kepadanya mengapa dia berkelakuan sedemikian, tapi sepatah perkataan tidak berbalas. Semakin aku mengajukan pertanyaan itu berulangkali, semakin kuat dia menangis. Lantas, aku menuju ke arah pintu dan menguncinya. Dengan cara itu, aku harap Aizat bersedia untuk menceritakan segala masalahnya. Aku kenal sangat dengan perangai Aizat. Aizat adalah rakan sebilikku dan merupakan kawan baikku sejak dari sekolah rendah lagi. Gelagatnya yang periang dan lucu membuatkan hubungan kami kekal sehingga ke hari ini. Namun kelakuannya pada malam ini berbeza sungguh dengan tingkah laku sebenarnya. Dalam kedaaan ketika ini, Aizat memerlukan ketenangan dan aku biarkan dia bertenang buat sementara waktu serta menyuruhnya menangis sepuas-puasnya. Tangisnya, membuatkan aku tersentuh dan sebak. Aizat yang selama ini aku kenal tidak mudah kenal erti kesedihan dan kedukaan. Dia selalu ceria dan menceriakan orang lain. Timbul sejuta tanda tanya dalam pemikiranku. Pertanyaanku masih belum dijawabnya dan apa yang sebenarnya telah berlaku sehingga dia berubah secara drastik masih lagi membingungkanku.
Aku kembali semula ke katil dan membelek buku Sintaksis Bahasa Melayu dan menganggap seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Aku berlakon seperti biasa sambil mengunyah Dentyne. Lama juga aku berada dalam keadaan sedemikian sehingga nama aku dipanggil. Aku terus memalingkan muka ke arah Aizat dan menuju ke arah katilnya. Tisu yang telah sedia ada di sisi Aizat, aku keluarkannya sehelai demi sehelai dan mengesat air mata yang telah lama kering. Aku menepuk dan menngusap bahunya sambil memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadanya.
“Segala yang berlaku adalah kehendakNya dan kita sebagai makhluk yang kerdil di muka bumi ini harus menerimanya dengan hati yang tenang dan terbuka.” Itulah kata-kata azimat yang selalu membuatkan aku supaya menjadi lebih tabah. Dengan kata-kata itu jugalah Aizat selalu memberikan aku dorongan dan semangat tika aku dalam keadaan sedih dan duka.
“Man, aku minta maaf ya kalau aku ada buat salah kat kau.” Aizat mengeluarkan kata-kata itu setelah berhenti dari tangisnya.
“Kau tak ada buat salah apa-apa pun. Zat, jangan kau cakap macam tu lagi boleh tak? Kita ni dah macam adik-beradik dan kalau kau ada masalah cerita aja kat aku, ya!” Aku menenangkan Aizat dan memberinya semangat. Lantas, Aizat memulakan ceritanya.
“Sebenarnya...sebenarnya.....” Tersekat-sekat suara Aizat.
“Aku baru dapat berita yang Ain telah meninggal dunia.” Aizat diam seketika sambil mengesat airmata dan menyambung semula ceritanya.
“Itu yang membuatkan aku sedih sangat-sangat ni. Man tolong aku, Man. Aku tak kuat untuk menghadapinya seorang diri!” Aizat mula mengatur bicaranya dengan menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepadaku. Aku terus tersentap tatkala mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Aizat.
“Ain mana? Kekasih kau tu ke?” Soalan itu tersembur spontan. Aku keliru dengan kata-kata Aizat. Berdebar-debar aku menunggu jawapan pertanyaanku itu.
Sambil mengangguk Aizat membalas pertanyaan aku, “Ya, kekasihku”.
“Dah meninggal? Innalillahiwainalilaihiroji’un! Tapi macam mana boleh jadi macam ni? Setahu aku, Ain tak sakit apa-apa pun, malah dia seorang yang aktif bersukan!” Tersentap aku sekali lagi. Timbul seribu pertanyaan dalam fikiran aku.
“Dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.” Aizat terus menahan kesedihannya.
“Aku tidak boleh menerima kenyataan bahawa sahabatku bernama Ain, seorang yang selalu periang dan pelawak telah pergi buat selama-lamanya. Jika aku tidak boleh menerima berita sebegini, bagaimana pula dengan Aizat, teman lelakinya sendiri? Pasti dia merasa kesal dan sedih yang teramat sangat pada saat-saat sebegini!” Benakku
“Habis itu, macam mana sekarang ini, kau nak balik kota ke?”
“Man, aku nak baliklah. Kau nak ikut tak aku balik kota?”
“Hmm.....hmm....” aku memikir panjang. Timbul pula rasa serba salah, sama ada aku mahu ikut pulang ke Kota Tinggi atau sebaliknya. Jika aku pulang apakah aku akan meninggalkan kelas kuliah begitu saja. Bukannya apa, aku rela ponteng ke kelas kuliah tapi aku ada cerita sebaliknya yang tidak akan aku lupakan. Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dengan Ain dan kalau boleh aku tidak mahu sesiapa yang mengetahuinya termasuk orang yang paling rapat dengan aku iaitu Shima dan Aizat.
* * *
“Aku akan selalu mencintaimu, Man sehingga ke akhir hayatku. Walaupun rohku terpisah dari jasadnya, kau tetap menjadi insan yang paling aku cintai!” Kata-kata itu selalu bermain dalam fikiranku. Bila aku bersama dengan Shima, Aizat dan Ain, aku merasa serba salah dan susah untuk aku mengelak perasaan ini terhadap Ain. Aku takut aku digelar perampas dan pembelot. Aku tidak mahu menikam kawan baik aku sendiri dari belakang. Itu bukanlah impian yang aku inginkan dan aku tidak sekejam itu.
Ain merupakan salah seorang kawan aku yang sentiasa mengambil berat tentang diriku dan aku amat menyayangi dirinya cukup sekadar kawan sahaja. Aizat dan Ain adalah pasangan kekasih yang aku satukan. Bagiku, mereka adalah pasangan yang sesuai dan sepadan. Saling mempunyai kemahuan diri serta memiliki hobi dan minat yang sama. Telah lama mereka berpasangan antara satu sama lain.
Pernah satu hari ketika aku, Aizat, Ain, dan Shima mendaki puncak Gunung Ledang bersama-sama. Dan akhirnya pendakian tersebut terbantut apabila Aizat mengalami kecederaan yang serius sehingga menyebabkan kaki kirinya parah dan sukar untuk berjalan. Raungan kesakitan Aizat jelas kedengaran di kaki gunung dan jelas kegelisahan menyelubungi wajah Ain. Terbukti dibenakku ketika itu yang Ain betul-betul mencintai Aizat.
Disebalik kebahagian mereka berdua, aku telah menjadi dalang pemusnah kepada semuanya. Entah macam mana aku telah jatuh hati pada Ain, kekasih kawanku sendiri.
“Man, tolong ambilkan kotak kasut kat atas almari tu.”
“Ok, tulah kau rendang sangat sebab tu susah nak capai.” perlianku tempias singgah di pipi Ain dengan menunjukkan reaksi yang marah. Tergelak kecil aku dibuatnya. Entah bagaimana kerusi yang aku pegang untuk jadi penahan semasa mencapai kotak kasut tesebut tersandar ke diding dan menyebabkan aku terjatuh ke bawah dan menyebabkan siku aku bergeser dengan bucu katil dan aku terjatuh menghempap Ain yang berada di sisi aku. Badan aku menghempap badannya.
Setelah jatuh, lama juga aku dan Ain terpaku. Terperanjat dan tidak percaya perkara macam ini akan berlaku. Mata kami saling bertentangan. Entah apa yang difikirkan oleh Ain ketika itu. Darah mulai keluar dengan banyaknya. Ain mula rasa panik dan gelisah apabila melihat sikuku yang berdarah. Tanpa berfikir panjang, Ain mula menghisap hujung siku aku untuk mengurangkan pengaliran darah dan bengkak. Terkejut aku buat kali kedua apabila Ain sanggup melakukannya.
Aku mula merasakan sesuatu yang aneh dan hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasakan. Namun aku tidak pasti sama ada Ain merasakan perkara yang sama atau tidak. Apa yang aku berani katakan, aku mula mencintai Ain dan merasakan sesuatu yang pelik ketika aku bersua muka dengan dia. Namun aku tidak mahu semua itu berlaku kerana aku tidak mahu mengkhianati sahabatku sendiri. Sedikit pun tidak terlintas untuk aku menikam sahabat baikku sendiri dari belakang. Aku tak sanggup dan aku terlalu menyayangi hubungan persahabatan kami berempat. Pelbagai perkara yang aku fikirkan. Ketika Ain sedang menghisap lukaku, aku dapat merasakan renungan tajam mata Ain menikam tepat ke arah wajah aku.
Aku mula menafikan perasaan sendiri. Teramat seksa apabila aku menipu dengan perasaan sendiri.
“Sekejap ya, Ain nak ambil ubat sapu, luka tu teruk juga.” Ain menambil berat rupanya dengan aku, terharunya. Aku hanya duduk di sofa dan diam membisu sambil membaca fikiran Ain walaupun sukar. Raut wajahnya mengukir seribu senyuman tetapi keras batu karang dilautan, akan terhakis jua jika dihempas ombak. Susah aku untuk mengungkapkan fikiran seorang wanita tetapi aku yakin apa yang aku rasakan tidak sama dengan apa yang Ain rasakan. Ain yang aku kenal selama ini, adalah seorang yang setia dan tidak mudah untuk mengalihkan perasaannya. Dan aku harap betullah tekaan aku dan segala kegusaran yang aku fikirkan selama ini hanyalah ilusi semata-mata.
“Ya Allah, kenapa aku berfikir sejauh ini. Ain adalah kekasih kepada sahabatku dan tak mungkin aku mengkhianatinya dan aku berasa berdosa apabila memikirkan perkara itu.” aku berdoa dalam hati dan memikirkan perkara yang lain sewaktu Ain pergi mengambil ubat sapu.
“Panjang termenung, apa yang dimenungkan itu?” tersentak seketika apabila mendengar suara Ain dan menganggu aku dari menungan itu. Tersenyum kecil apabila aku memikirkan balik perkara-perkara yang mustahil akan berlaku.
“Tak ada apa-apa lah, cuma tengah fikir kenapa Shima dan Aizat tidak datang lagi. Dah sejam kita tunggu mereka di sini.” Aku terpaksa berbohong kepada Ain untuk menutup kegusaran dalam fikiranku.
Akhirnya penungguan kami sia-sia sahaja, Aizat menelefon dan menyatakan dia dan Shima mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke rumah Ain. Nasib baik dia dan Shima tidak mengalami apa-apa kecederaan teruk, cuma luka-luka ringan saja. Entah apa yang difikirkan oleh Ain ketika itu. Mungkin dia akan memikirkan lebih teruk dari kecederaan yang aku alami tadi.
Setelah mendapat panggilan telefon tersebut, kami bergegas ke hospital mendapatkan Shima dan Aizat. Sebaik sahaja melihat keadaan mereka berdua, barulah kami menarik nafas lega. Kejadian pada hari itu memang pelik dan aku harap hanya sampai di situ sahaja perasaan antara aku dengan Ain. Tidak lebih sebagai seorang rakan dan adik. Aku mengenali Ain lebih lama berbanding Aizat dan akulah yang memperkenalkan Ain kepada Aizat. Ain pada aku hanyalah adik dan tidak lebih dari itu. Aizat pun yakin bahawa aku tiada apa-apa perasaan terhadap Ain, kalau aku ada perasaan terhadap Ain tidak mungkin aku perkenalkannya dengan Aizat.
“Bboookkk!!!” Bunyi hentakan kuat pintu almari yang ditarik oleh Aizat jelas kedengaran dan merencatkan lamunan aku mengimbau kenangan sewaktu aku bersama dengan Ain.
“Zat, kau nak balik malam ni juga ke?” aku terpingga-pingga dengan gelagat Aizat dan mencari-cari diriku semula selepas puas aku jauh mengelamun. Soalan yang aku tanyakan kepada Aizat memang tidak masuk akal. Tapi tidak mengapalah, tidak mungkin aku nak berdiam saja.
“Habis tu kau nak suruh aku balik esok ke?” Aizat memandang pelik ke arah aku. Aku diam terpaku seketika.
“Hai, diam lah pulak? Kau nak ikut aku balik ke tak ni?” Pertanyaan Aizat bertubi-tubi hingap ke arah mukaku, pada masa yang sama aku rasa serba salah sama ada aku mahu balik atau tidak.
“Man, kalau saya pergi dahulu mungkinkah Man akan ingat dan rindu pada saya?” Teringat aku pada persoalan Ain yang mula bermain difikiranku selepas aku mendengar berita kematiannya.
“Kalau saya pergi dahulu dari Man, cuma satu pinta saya, saya tidak mahu Man menatap wajah saya buat kali terakhir!” Inilah kata-kata yang membuatkan aku serba salah sama ada mahu balik menjenguknya buat kali terakhir atau tidak.
“Kenapa awak tanya soalan yang bukan-bukan? Kenapa awak tak mahu Man menatap wajah awak? Man sayang awak sangat-sangat. Tapi janganlah buat Man macam ni!” persoalan yang mungkin sukar untuk dijawab oleh Ain, tapi terpaksa dijawab dan aku mahukan jawapan kenapa dia bertindak sedemikian.
“Saya tidak mahu, kenangan wajah kaku dan pucat yang terbaring sekujur kaku menjadi kenangan dalam ingatan Man. Saya mahu, kenangan saya bersama Man semuannya indah dan bukan mayat saya!” Aku masih ingat lagi, Ain menjelaskannya sambil mengesat air mata yang deras mengalir. Baru aku faham kenapa Ain cakap macam itu, dan aku pun berjanji kepadanya jika aku yang pergi dahulu.
Aku terikat antara janji dan sahabat. Tika itu hanya Tuhan yang tahu betapa bersalahnya aku kepada Aizat. Aku mula memikirkan penyelesaian kepada masalah yang aku hadapi ini. Aku serba salah yang teramat sangat. Inilah kali pertama aku berhadapan dengan rasa serba salah dan janji.
* * *
“Man kenapa ni, asyik termenung je? Apa sebenarnya kau fikirkan?” Menunganku sekali lagi menarik perhatian Aizat.
“Taklah, aku cuma teringat sewaktu kita berempat bersama-sama dulu.” Aku terpaksa berbohong pada Aizat tetang apa sebenarnya aku fikirkan.
“Cintaku tak berdusta, tak mengenal ingkar, tak kenal nestapa, Cintaku hanya indah, hanya bahagia untuk selamanya, apa yang kurasakan ini....” Tiba-tiba ringtone lagu ketulusan hati di telefon bimbitku berbunyi.
“Assalamualaikum!” Aku memberi salam sambil tertanya-tanya dalam hatiku siapa yang menelefon kerana nombor telefonnya tidak terdapat dalam senarai kenalan aku.
“Waalaikumusalam! Man, ni Pak Wan!” Pak Wan, bapa saudaranya Ain menelefonku.
“Ooo..Pak Wan, ingatkan siapa tadi. Ada apa Pak Wan?” pertanyaanku untuk mendapat jawapannya.
“Man dah dapat berita tentang Ain. Man balik ya, sebab ada sesuatu yang ingin Pak Wan beritahu Man. Ini adalah amanat daripada Ain!” lega apabila mendengar kata-kata Pak Wan. Rasa serba salah aku sama ada mahu balik atau tidak akhirnya menemui jawapannya juga.
“Baiklah Pak Wan, Man akan balik dengan Aizat malam ini juga, tunggu kami ya?” Akhirnya aku memberikan kata putus
“Baiklah, jumpa kamu nanti, Assalamualaikum!” Pak Wan mengakiri perbualan kami.
“Waalaikumusalam!” Aku membalas sambil memandang muka Aizat yang penuh dengan teka-teki.
“Kenapa kau pandang aku macam itu, Zat?” Pelik aku dengan perangai Aizat. Aizat masih sedih dan tangisannya ada lagi walaupun tidak jelas kedengaran.
“Kau macam ada rahsia aja yang kau sembunyikan dari aku!” Pandang sinis Aizat membuatkan aku gelisah.
“Mana ada, kau ni ada-ada aja, aku biasa-biasa aja. Dah lah jangan fikir bukan-bukan, kemas barang-barang tu, nanti kita lewat pulak!” Aku berdalih sekali lagi.
“Hmm..ok ok, kau tu yang tak kemas-kemas, aku dah nak siap dah ni!” Aizat dapat merasaka sesuatu yang tak kena.
* * *
“Jam menunjukkan pukul 11.45 mlm, kau rasa kita sempat sampai tak?” Aizat yang dari tadi asyik memandang jam tangannya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
“Sempatlah Zat, kau jangan risau ek? Jenazah Ain akan dikebumikan esok pagi sebelum Zohor. Takkan mereka nak kebumikan tengah-tengah malam ni?” Dalam keadaan gelisah, Aizat tiba-tiba menitiskan air mata. Aku tahu walaupun dia nampak tabah, tetapi dia sebenarnya tidak dapat menahan kesedihan kehilangan orang yang amat dicintainya. Aku dapat merasakan perkara yang sama kerana aku juga amat mencinta Ain. Tapi aku terpaksa menyembunyikan kesedihanku dan terpaksa mempamerkan di hadapan Aizat yang aku ini tabah dan tidak boleh turut bersedih. Kalau aku menangis, Aizat lagi akan bersedih. Aku terpaksa menahan kesedihan di hadapan Aizat. Aku terpaksa melakukannya.
Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba lagu ‛Bila Mati Cinta Terhenti’ diputarkan di radio Hotfm. Lagu ini adalah lagu yang selalu aku nyayikan untuk Ain sewaktu aku dengan dia bersama. Sedih sangat sewaktu mendengar lagu itu diputarkan, tanpa aku sedari air mata aku mengalir perlahan-lahan. Aku tak dapat menahan kesedihan apabila mendengar lagu itu. Lagu ini adalah lagu yang dahulunya menjadi memori indah tetapi kini menjadi kenangan pahit yang tidak akan aku lupakan.
“Adam, tukar siaran radio. Tukar Erafm lah!” aku suruh Adam menukarkan siaran radio yang duduk di sebelah pemandu, Pak Tam, kakitangan universiti. Aku cuba mengalihkan pendengaranku dari terus mendengar lagu itu.
“Kenapa kau suruh Adam tukar lagu itu, kan best.” Aizat kehairanan sebaik aku menyuruh menukar siaran lagu itu.
“Dulu kau suka dengar lagu tu kan? Setahu aku itu lagu kegemaran kau kan?” Tambah Aizat dengan raut wajah yang semakin hairan.
“Aku suka, tapi tak ada mood nak dengarlah!” Ujar Aku sambil memberikan senyuman paksa.
Tanpa berkata apa-apa lagi, Aizat diam dan mematikan perbualan kami. Aku tahu masing-masing tidak ada mood untuk berbual-bual setelah apa yang berlaku. Sudah menjadi lumrah manusia akan termenung berpanjang setelah menerima berita kehilangan orang yang tersayang. Entah apa yang dimenungkan oleh Aizat, sukar untukku gambarkan. Tapi aku terus mengelamun mengenangkan masa-masa indah aku bersama Ain. Tetapi apabila aku memikirkan pasal Ain, mesti timbul rasa serba salah dalam hati aku terhadap Aizat.
Aku telah mengkhianati hubungan persahabatanku dengan Aizat. Aku menjadi orang ketiga dalam percintaan Ain dengan Aizat. Aku anggap Ain macam adikku, tetapi perasaan itu mula berubah menjadi sayang dan akhirnya cinta mula berputik. Berkali-kali aku dan Ain mengelak daripada berjumpa dan berbual-bual. Tapi apakan daya, hanya Tuhan yang tahu. Semakin aku cuba mengelak daripada Ain, semakin itu cinta terbenam semakin dalam. Puas aku cuba mengelakkannya tetapi aku tak berdaya melawan perasaanku ini.
Cinta aku pada Ain, tidak bertepuk sebelah tangan. Suatu hari Ain membuat pengakuan bahawa dia telah mula jatuh hati padaku buat pertama kali sewaktu kami baru-baru kenal. Sejak pertemuan kami pertama, Ain telah jatuh hati pada aku. Ain mengaku sewaktu dia sudah menjadi kekasih Aizat. Aku kenal Ain dulu sebelum Aizat. Perkenalan yang tidak disangkakan akhirnya menjadi rapat. Pertama kali aku mengenali gadis kecil molek dan berwajah ayu itu, ketika aku menunggu bas di kawasan perumahan tempat aku tinggal. Secara kebetulan rumah Ain berhampiran dengan rumahku dan kami bersekolah di sekolah yang sama.
“Assalamualaikum, maaf saya nak tumpang tanya! Saya tak pernah lihat awak di sekitar sini. Awak orang baru ke?” Aku bertanya kepada Ain sebaik sahaja kelibatnya muncul di perhentian bas.
“Ya, saya. Saya baru berpindah ke kawasan ini. Rumah saya beralamat di 36, Jalan Bakawali 4!” Ain mula mengatur bicara sambil tangannya menunjukkan lorong rumahnya.
“Kalau begitu, kita ni berjiranlah. Rumah saya di Jalan Bakawali 4 juga, nombor 30. Tidak jauh dari rumah awak!” Jelas aku sambil melihat kelibat bas yang tidak muncul-muncul. Mataku kembali ke arah wajah ayu tersebut. Aku lihat tanda nama dan lencana sekolah di baju seragamnya.
“Awak sekolah di mana? Siapa nama?” Sebenarnya aku tidak biasa berbual dengan perempuan yang aku baru kenali. Tetapi ini adalah kali pertama aku berbuat demikian. Lagi pula aku dan perempuan itu adalah jiran dan mungkin akan berjumpa lagi.
“Sebelum ini saya bersekolah di Sekolah Menengah Dato Pengawa Timur. Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah Johor Jaya 1. Saya berpindah ke Johor Bahru kerana ayah saya baru sahaja dinaikkan pangkat dan dia ditempatkan di sini.” Penjelasannya yang panjang lebar. Namun pertanyaanku tentang namanya tidak lagi dijawab.
“Nama saya Siti Norain Nurani.” Tambahnya lagi.
“Saya ingat awak dah lupa nak beritahu nama awak. Nama saya pula Man Azizan. Awak boleh panggil saya Man. Nampaknya kita satu sekolah lah ni.” gelak kecil aku membuatkan Ain juga tergelak.
“Itu pun basnya. Marilah kita naik.” Akhirnya kelibat bas muncul juga.
“Baiklah. Terima kasih.”
Itulah kali pertama aku berkenalan dengan gadis bernama Ain. Walaupun singkat tapi aku sudah ada teman untuk aku pergi ke sekolah bersama-sama. Perkenalan aku dengan Ain pada mulanya tiada apa-apa perasaan. Aku menganggap dia sebagai kawan dan boleh berkongsi cerita kerana aku dan dia mempunyai minat yang sama. Ayah Ain seorang anggota polis manakala ibunya seorang peruncit. Ibunya mula membuka kedai runcit di Johor Bahru atas pertolongan pak ciknya, Pak Wan. Kedai yang dibuka itu tidak jauh dari rumah kami, selalu juga aku membeli barangan dapur di sana. Secara tidak langsung, aku juga turut mengenali ibu Ain, Mak Cik Leha. Mak Cik Leha seorang yang baik hati dan sering menolong orang. Sikap dan perangainya yang ramah membuatkan aku senang berbual-bual dengannya.
“Wei Man, kau ni aku tengok dari tadi asyik termenung aja. Kau fikirkan pasal apa?” Aizat menepuk belakang bahu aku menyebabkan aku tersentap.
“Eh, aku tak termenung la. Kan aku cakap tadi aku tak ada mood. Malas nak bual-bual.” balas aku.
Setelah itu kami mematikan bual bicara dan tepat jam 3 pagi akhirnya kakiku menjejaki bumi Kota Tinggi. Dari dalam Van lagi terlihat kelibat manusia yang memenuhi ruang tamu rumah Ain. Ada yang sedang berborak-borak, ada yang tengah menangis, ada yang sedang membaca surah Yasin dan ada yang duduk termenung. Debaran dalam hatiku semakin kencang. Aizat terus melulu keluar dari Van dan terus masuk ke dalam rumah. Tangisannya kembali aktif mengalirkan air mata. Rengekkannya membuatkan setiap mata yang ada melirik ke arahnya. Aku mula mengatur langkah demi langkah untuk masuk ke dalam rumah.
“Man!” Langkahanku terhenti sebaik sahaja nama aku dipanggil. Aku palingkan muka dan aku dapati kelibat Pak Wan.
“Oo... Pak Wan. Assalamualaikum” Aku bersalaman dan salamku dibalas sambil aku dibawa ke kawasan yang lebih sunyi. Aku mengekori pelawaan itu dan aku sudah menjangkan ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh Pak Wan seperti yang dicakapkan di dalam talian telefon.
“Ada apa Pak Wan?” Aku meminta kepastian. Tetapi Pak Wan tidak mengatur butir bicaranya. Tetapi sebaliknya mengelurakan sesuatu dari poketnya.
“Nah, ini surat yang diberikan oleh Ain sebelum dia kemalangan. Dia seolah-olah dia akan pergi untuk selama-lamanya!” Jelas Pak Wan.
Ain meninggalkan sepucuk surat kepadaku. Kata-kata Pak Wan membuatkan aku memikir panjang. Dia sudah tahu ajalnya akan tiba. Aku kehairanan panjang. Setelah itu, aku terus membuka surat yang dititipkan kepada Pak Wan. Satu persatu ayat dan kata dalam surat tersebut aku pandang dengan tepat dan arah yang satu. Aku tumpukan pada helaian kertas itu. Tanpa aku sedari air mata aku mula menitis.
“Assalamualaikum awak! Ucapkan terima kasih saya kepada Pak Wan kerana menunaikan amanat saya ini. Pada ketika ini, mungkin saya telah pergi jauh mengembara. Sebenarnya saya nak bagitahu awak satu perkara. Saya sedar banyak pertanyaan yang sering bermain di fikiran awak, dan saya juga sedar awak lepaskan cinta awak untuk memuaskan hati kawan awak Aizat. Terus terang saya katakan, saya jatuh cinta pada awak sewaktu pertama kali kita jumpa di perhentian bas, saya jatuh cinta pada awak sewaktu awak jatuh menghempap saya, saya jatuh cinta pada awak setiap kali kita bertentang mata dan saya masih lagi jatuh cinta pada awak walau kita dari dunia yang berbeza. Cubalah awak hitung, berapa banyak kali saya telah jatuh cinta pada awak. Saya meminta Pak Wan serahkan surat ini kepada awak kerana saya mahu awak ada semasa hari terakhir saya walau saya tidak menatap wajah saya. Ingat janji itu, saya mahu awak jadikan kenangan manis kita berdua dan bukannya mayat saya.
Sepekara lagi, setelah awak membaca surat itu. Saya minta awak bakarlah surat ini supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari. Yang tahu kisah kita hanya awak, saya dan Pak Wan. Doakan saya di sini dan tolong jangan bagi Aizat bersedih atas pemergian saya. Saya minta maaf kerana tidak menjadi kekasih awak, tetapi percayalah hanya awak tersemat di lubuk hati saya yang paling dalam. Jaga diri baik-baik.
Salam sayang,
Siti Norain Nurani”
Setelah membaca surat itu, air mataku tidak lagi dapat ditahan. Aku terus menangis dan menangis tanpa ada segan silu. Yang menyaksikan tangisan aku adalah Pak Wan. Pak Wan cuba menenangkan aku untuk bersabar. Akhirnya aku menerima kenyataan akan pemergian Ain. Pak Wan memberikan kata-kata semangat kepadaku dan aku mula menempis rasa kekesalan dan kesedihanku. Aku akan terus hidup walau tanpa Ain tetapi Ain sentiasa ada di hatiku. Cintaku pada Ain ikhlas dan suci. Aku akan kotakan segala janjiku kepadanya.
Sehingga ke saat ini aku masih lagi mencintai Ain walaupun dia telah pergi menghadap Ilahi. Hati ini telah kebal untuk wanita lain, pada masa yang sama aku masih lagi dihantui dengan perasaan serba salah pada diri sendiri. Aku telah merapas cinta kawan aku, aku telah mengkhianati cinta mereka. Tetapi aku tidak berdaya dalam menahan perasaan yang kian membuak-buak. Sehingga saat ini jugalah perasaan itu timbul. Aku akan jaga Aizat dengan sebaiknya, sama dengan amanat yang kau titipkan untukku. Sayonara Ain, bawalah cintaku bersamamu.
Read more..!
Indah Islam Kerana Iman