- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Selasa, 26 Oktober 2010

sejuahmanakah pemansuhan UPSR dan PMR membawa kebaikan kepada kita.

Pengumuman Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan ujian khas iaitu sistem pentaksiran berasaskan sekolah bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh pastinya melegakan ibu bapa. Walaupun keputusan memansuhkan atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum dimuktamadkan lagi, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi telah menyatakan pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan ibu bapa mengenai masa depan anak -anak mereka, khususnya dalam soal penempatan di sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Ketika ini masih banyak persoalan mengenai kebaikan dan keburukan pemansuhan UPSR dan PMR. Secara am nya, pemansuhan UPSR dan PMR bukan sahaja memberi kebaikan kepada kita, tetapi juga meninggalkan kesan buruk dalam
kalangan pelajar.


Pemansuhan UPSR dan PMR memberi kebaikan kepada negara dengan menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR bertujuan untuk menjima tkan perbelanjaan kerajaan. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan pembayaran gaji untuk penggubal dan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara. Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran asing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi. Maka, keadaan defisit dalam akaun negara dapat dibaik pulih dengan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR .


Hal berkaitan pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban pelajar dan guru sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Hal ini demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapat dikurangkan. Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabila para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap hari. Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru.


Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelab mahupun permainan. Pertandingan lari berganti -ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainya turut menjadi pilihan utama aktiviti sukan yang ju ga merupakan pilihan kegemaran para pelajar. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa. Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang diwajibkan di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan PMR yang meliputi subjek -subjek penting. Oleh itu, jelasnya bahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan kokurikulum.

Pemansuhan UPSR dan PMR bukan sahaja memberi kesan positif kepada kita, malah turut meninggalkan beberapa kesan buruk. Pemansuhan UPSR dan PMR akan mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya sebelum menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM akan memperlihatkan pola yang merosot. Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalam UPSR di peringkat sekolah rendah sebelum mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolah menengah. Dengan ini, kesilapan yang pertama boleh dibaikpulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggi
untuk menduduki peperiksaan SPM selepa
s melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat percubaan untuk kecemerlangan dalam SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar
dalam peperiksaan amat penting untuk menjamin peningkatan bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM.

Selain itu, pemansuhan UPSR dan PMR turut menjejaskan penilaian terhadap tahap pretasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standart. Hal ini demikian, kerana guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mamp u menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai perkembangan pretasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengiri. Tambahan lagi, UPSR juga penting untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah lagi. PMR pula juga penting kerana ia dapat menentukan arah aliran yang bakal diambil oleh pelajar sebelum mereka memasuki tingkatan empat dan lima di samping menilai keupayaan pelajar dalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar yang standart.


Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangkan budaya saling bersaing di se kolah rendah dan sekolah menengah bawah. Budaya saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untuk memberi dorongan kepada pelajar lain supaya mempertingkatkan pretasi mereka. Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan diutamakan berbanding dengan ujian bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu, pemansuhan UPSR dan PMR akan meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi pelajar. Sebagai kesannya, para pelajar hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satu sama lain. Tegasnya, pemansuhan UPSR dan PMR wajar dibatalkan supaya mengekalkan budaya saling bersaing daripada lenyap semasa ketibaan SPM nanti.


Tindakan memansuhkan UPSR dan PMR boleh menyumbangkan kepada peningkatan gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar khususnya pelajar sekolah rendah. Hal ini demikian, kerana pelajar menganggap bahawa kehadiran ke sekolah seolah-olah sia-sia dan membuang masa serta boleh diabaikan tanpa perlunya pemikiran dan alasan yang berpatutan. Ketiadaan peperiksaan UPSR dan PMR boleh menjadi alasan bagi pelajar yang ponteng sekolah. Bagi pelajar sekolah rendah yang semangat hadir ke sekolah, pasti suatu hari nanti mereka akan terasa sesak dan seolah-olah belajar tanpa tujuan. Maka, tidak hairanlah apabila mereka lebih menguta makan perkara lain seperti menghadiri kenduri , mengunjungi pusat beli belah dan seumpamanya yang menjadi menu utama selepas pemansuhan UPSR dan PMR. Mereka juga berpendapat bahawa sukatan pembelajaran hanya diuji dalam ujian bulanan biasa sahaja sebalikny a bukan lagi penting untuk kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam UPSR dan PMR sekiranya kedua-dua peperiksaan awam itu dimansuhkan. Kesannya, pelajar tidak mementingkan kehadiran ke sekolah sebaliknya meletakkan kepentingan terhadap perkara lain. Oleh itu, jelasnya pemansuhan UPSR dan PMR akan menggalakkan gejala ponteng sekolah.

Kesimpulannya, pemansuhan UPSR dan PMR sememangnya meninggalkan kesan positif dan kesan negatif kepada masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, keputusan memansuhkan atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum dimuktamadkan lagi. Sebagai ibu bapa, kita memerlukan keputusan terbaik diambil oleh kerajaan dalam situasi menang-menang, sekali gus tidak menjejaskan pembelajaran murid. Sudah pasti i bu bapa mahu melihat alternatif lebih baik jika UPSR dan PMR dimansuhkan. Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada sesi penggulungan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RM Ke - 10) di Dewan Rakyat iaitu memperkenalkan sistem pentaksiran berasaskan sekolah bagi mengganti sistem peperiksaan adalah antara pendekatan yang mungkin diambil bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara. Oleh itu, kita mengharap sistem pentaksiran ini dapat mencapai matlamat negara untuk melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi.

Diambil daripada : Klik Sini

Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Selasa, 12 Oktober 2010

Salam semuanya

Salam kerinduan semua..maaf sudah lama tidak menghadirkan diri dalam ruangan blog...blog ini sudah mati beberapa bulan yang lalu dek kerana kesibukan hal2 duaniawi yang tidak akan pernah berkesudahan dan akhirnya akan membawa kepada kebosanan...

Tatkala ada yang menanti pasti yang muncul akan pergi....saat tanggal 10 oktober menjadi bualan mansuia kononnya tarikh keramat yang baik, ada sahaja perkara yang berlaku. baik buruk semuanya dugaan Allah..

tidak lepas juga kepada sesiapa yang sedar akan sesuatu tarikh..mereka semakin dekat kepada ajal. ye kita tidak tahu bilakah ajal kita, tapi adakah anda semua sedar semakin jauh kita belaya meredah hari2 ini, semakin dekat dengan ajal kita.

samalah kita renunangkan dan fikirkan...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky