- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Ahad, 29 Mac 2009

My Promise To You

My Promise To You

I know you're going crazy,
I've been there too.
I can see how the weight is making your knees bend,
Let me take some of it from you.
Don't keep yourself closed off,
I am here for you to open up and let go.
There is so much you can't forget or forgive,
Let me help you cope, we can work things out together.
I hear the pain in your voice,
You need me now
Don't worry, I'll move heaven and hell to get there.
You can't talk, you won't talk about it,
I understand.
Put your worries in my hands.
Lay your head down,
And believe that I will do anything to stop your tears.
You're ready to give up, you've stopped,
I want to be able to give you the strength to keep going.
Link arms with me, Let's move on,
As one living, breathing, loving, being.
Know that you can put faith in me.
I will be your rock, I will be your dwelling,
I am here with you, for you always.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Ahad, 22 Mac 2009

Andai aku terleka

Andai aku terleka

Dunia ini penuh rona,

Roda yang sering berputar,

Diatas aku akan bangga,

Bila dibawah, diriku hina dirasa.


Jika aku lena seketika.

Dunia ini hilang punca,

Alam yang hijau musnah belaka,

Manusia yang durjana suka bermaharajalela.

 

Andai aku terleka,

Diri ini akan punah seperti alam,

Hanya dibawa gelombang kehancuran,

Deras tarikannya tanpa ada rasa simpati,

Dalam diri ini hanya iman yang rapuh,

Tidak mampu melawan jika aku terleka.

 

Doa dan harapan bagai buih dilaut,

Berkata hingga tiada suara yang hadir,

Jangan kau turut terleka,

Jika kau terleka,

Kau juga tidak sekuat aku.

Yang mampu diam mebisu,

Hanya menunggu masa untuk aku bersemi

Dengan nama abadi.

 

Andai aku terleka,

Bawa jauh dirimu daripada diriku,

Aku khuatir kehancuran ini,

Akan merubah mimpi indahmu,

Tinggalkan aku sendirian,

Lambaikan aku salam perpisahan,

Tanpa ada seribu penyesalan.

 

 

Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

SEMINAR PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU BERSAMA PROFESOR EMERITUS DATO' DR. NIK SAFIAH KARIM DAN MODERATOR PROFESOR HAMID MAHMOOD (PENULIS BUKU TATABAHASA DEWAN)



Pada tanggal 21 mac 2009, di Dewan Auditorium Upsi, satu seminat pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu telah di adakan..ceminar tu di cermahkan oleh Profesor Emiritus Dato' Dr. Nik Safiah Karim...orangnya lawa dan best dengar dia ceramah.. tak mengantuk pon..ramai juga yang datang dan mendengar cerama itu antaranya pelajar semester 2 - 6, program pendidikan bahasa melayu, pensyarah, kakitangan, pelajar master, orang luar dan pelajar daripada program lain.

Antara kawan-kawan aku yang turut hadir seminar itu:













masing-masing dengan pose yg tersendirinya..hahahah.poyo la..apa2 pon seminar tu memang best walaupun mula agak lambat..hahahah



kepada kawan2 yang tak sempat pergi seminar tu, rugi taw coz banyak ilmu yang diberikan..memang best dan seronok belajar tatabahasa bahasa melayu..hidup melayu..ahaks...
:)



hahahha..akhirnya muka aku ada juga..ahaks...masih ni blom ada orang..sempat  lak aku pose2..hahahha

prof hamid mahmood (sama2 buat buku tatabahas dewan) menjadi moderator pada hari itu..prof hamid memang lect yang paling sempoi dan pandai wat lawak. tak kering gusi kalau korang dengar telatah dia..kalau dia xckp pon, tapi perbuatan dia dh nampak yang dia seorang pelawak..untuk aku ada lect mcm tu..hahaha..best2...



Inilah pemandangan daripada atas..hahaha..aku duduk atas dan belakang...seminar tamat pada jam 1 petang..dan bersurai..hahaha..best2...dapat ilmu..ahaks
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

kebelakangan ini aku memang sibuk giler..hahaha..banyak asgmnt nk kene buat...meja pon bersepah..bayangkan aku kene buat pengajaran makro 2 dan asgmnt kene submit minggu lepas..tulah kalau keje buat last minute..hahahha...lawak2...
     
  
hahahah..ni faizal buka buat asgmnt tapi guna laptop aku nk dowld cerita...cerita pe tu????????....hahahha...katun ker? apalah dia nie...katun jew..aku soh tgk cite antu xnak..kan best..mencabar mata...ahaks...ooo..ye aku lupa kau dlwd lagu2 ek..bagus2..hahha





ni baru buat asgmnt kan..hahhaha....penat wei wat sam
pai malam...dengan semuanya
 kene perah otak...buat pasal pendekatan moral farmington trust..adeyh...pening pale wow nk wat
 kes dan relate kan dia dgn pendekatan kita orang...uuwaaa...tapi last2 siap gak..hahahha...aku memang bz giler
 la...




Inilah meja yang aku cakap tadi..berseleraknya..uuwaaa...xde masa nak kemas dek kerana kebizian aku..hahhaa...karang dh kemas dah...hehehe...jangan marah ar..





wei...wat asgmnt la..tepon ekkk..tepon sape tu..huhuhu..tepon ct ek..hahahaha...agak dah...





Jom makan..nak tak makan sama2..hahahah...nilah makanan yg kami menang masa Xplorace...huhuhu...mknnan ringan jew..bedal lah..hahahhah






hahaha..main sorok2 plak zal nie...mkn jgn xmkn..ahhaha...best kan makan ramai2..aku ni keje amik gambar jew..hahaha..mkn ek..diet la...ahaks..xde maknanya...





sorang pandang lain, sorang lagi pandang lain..apa kes? hahahhaa....







hahahha....dengan mizi..amek gambar jew kejenya..mkn ke x tu..ahaks..cuma gapor jew xdtg coz dia demam..ahaks..cian dia...





***apa2 pon ultimate rangers best..hahahha***
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Coretan Senja

Nak Komen apa pasal Af konsert ke dua nie ek? aku xsempat nak tengok lah..hahahhaa...tgk bola la...Selangor menang...ermm..apa pon sape kuar ek? hehehehhe..xpe lah janji ok la tu..ahaks..oooyyeee..kebanyakan cerpen aku aku tak tulis kat sini taw..kalau korang nak baca cerpen aku, baca di link-link atau bahagain koleksi cerpen dan neovel okey...kat sebelah kanan tu.. korang boleh lah komen kat situ k..komen yang membina okey...ahaks... terima kasih semuanya...
:)
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Isnin, 16 Mac 2009

Corat Coret AF: Konsert 1


KONSERT 1


Semusim telah berlalu, semusim kini kembali. mungkinkah juara kali ini perserta wanita lagi? semuanya masih terlalu awal untuk dipersoalkan. apa yang pasti, aku setuju dengan pendapat adlin aman ramli yang mengatakan peserta kali ini lebih baik dari sebelumnya dan perkara ini sememangnya memberikan pemangkin kepada pengetuanya iaitu Datin seri Tiara yang berazam akan melahirkan aura mawi dalam musim ketujuh ini.

walaupun tiada penyingkiran, semua ini telah diduga kerana masih terlalu awal untuk menyingkirkan para peserta yang belum menunjukkan bakat masing-masing. terutama peserta lelaki yang kurang menyerlah.apa yang boleh aku puji seorang sahaja peserta lelaki iaitu HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak) dengan membawa lagu untuk kita daripada Aizat. vokalnya akag sesuai dengan lagu itu tetapi hampir sama dengan penyanyi asalnya. tetapi ini baru konsert pertama dan diharapkan akan
 buat terbaik pada konsert yang akan datang. isnyaAllah. Buat masa ini cuma Hafiz sahaja yang aku boleh puji, untuk peserta lelaki yang lain itu ada yang over dan terlalu yakin contohnya seperti Aril. Jangan tunjukan sikap yang macam itu, kelak peminat akan merasa boring dan jelak.


Seperti yang aku katakan tadi, kebanyakan peserta perempuan aku boleh puji dari segi Vokal dan pesembahan. ternyata kali ini peserta yang dipilih sememangnya menjadi
penyanyi sebagai pekerjaanya.contohnya seperti ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur), ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor), ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil). dengan berbekalkan bakat dan pengalaman, ternyata persembahan Isma, Zizi dan Adila tidak mengecewakan penonton dan pengkritik. syabas dan aku harap terus kekalkan usaha dan tingkatkan mutu nyanyian.


Isma telah mempunyai anak dan suaranya masih lagi mengancam. aku betul-
betul teruja dengan ibu muda ini. Aku suka nyanyi adila kerana dia lebih nampak profesional dan mudah bermesra dengan pentas. lincah dan tingkahnya diatas pentas tidak terlalu berlebihan seperti ada sesetengah peserta.


selain daripada 3 peserta di atas ada 2 lagi peserta wanita yang menari perhatian 
aku. seorang mukanya hampir menyerupai penyanyi pujaan malaysia, iaitu Dato Siti Nurhaliza. perserta itu adalah AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak).
walaupun wajahnya seakan-akan penyanyi tersebut, tapi gaya dan persembahan serta vokalnya jauh daripada Dato. dia mempunyai gaya dan personaliti tersendiri. tetapi kurang menyerlah kerana masing-masing masih mencari identiti sendiri. walau bagaimanapun, semua itu boleh dimaafkan sekiranya mereka mengambil langkah alternatif untuk menunjukkan bakat mereka.



selain itu, ada seorang peserta lagi yang menarik perhatian aku iaitu peserta
daripada sabah iaitu RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah). suaranya memang sedap dan memukau, tetapi low not dia kurang jelas. dengan pembawakan lagu secara tersendiri dia telah mendapatkan identitinya sendiri
 dalam konsert pertama. walau bagaimanapun, height mot dia agak goyah kerana terlalu mencampai puncak dan lepas. betul dengan kata pengkritik Dato Khadijah Ibrahim, Rubisa mempunyai masalah low dan height not yang nampak dan ketara. tetapi mempunyai nada suara yang sedap dan merdu. ini adalah konsert pertama, dan semuanya boleh dimaafkan.

Pengkritik kali boleh dia anggap bersesuai, tetapi kritikan mereka tidak terlalu pedas (semuanya baik). mustahil semunya  baik, jika pengkritik mengatakan semunya perfect, ini akan menyebabkan peserta tidak berusaha dengan gigih. walaupun pesembahan baik, mesti ada cacat cela dari segi penghayatan, not lagu dan nada sentimen diri dan sebagainya. jika kak Ogy, mesti dia suruh gali dan 
gali. betul apa yang dikatakan kak Ogy dan Adlin, walaupun adakalanya pendapat mereka disalahertikan. itulah silapnya dan menyebabkan peserta AF sebelum ini hilang tanpa tujuan dan arah (kebanyakannya).

Konsert yang berlangsung selama hampir 2 jam 30 minit, berakhir dengan tiada penyingkiran. satu pembaharuan berlaku apabila tiada beg yang dikeluarkan dari perut pentas atas dibawa naik. mungkin AF kali ini membawa perubahan seperti tranformasi yang diwar-warkan. nyanyian lagu tema AF juga telah dimainkan di awal konsert. kita lihat siapa yang tersingkir minggu depan dan adakah peserta yang aku puji di atas akan melakukan lebih baik atau bagaimanakah nasib mereka minggu depan. kita akan bersambung. wasalam.. abg aloha


Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Ahad, 15 Mac 2009

Jihad Race - ULTIMATE RANGES


Assalamualaikum semuanya...

semperna hari explorasi islam anjuran kolej harun aminurrashid yang berlangsung 14-17 mac 2009,  perbagai pertandingan diadakan antaranya ialah xplorace iaitu jihad race. aku masuk dalam pertandingan itu beserta dengan 4 orang rakan yang lain..iaitu faizal, mizi, gapor dan 
graven. check pointnya adalah seluruh kawansan sekolah iaitu 3 blok bangunan kolej, pintu masuk dan tangki air..penat memang penat, tapi seronok sangat-sangat. masa inilah semangat berpasukan dapat ditonjolkan. aku dengan 4 orang kawan-kawan yang lain memang syok lah walaupun kami hanya mendpaat temp
at yang ke 3..ahahahhaha...





Inilah keadanya sebelum jihad race dimulakan. tepat jam 5 petang semua peserta kompol...tgh dengar arahan..hahahha..




inilah 4 orang geng aku. masa ni sebelum memulakan race..kita orang kene jaga belon berisi air (sbg amanat).  setiap peserta kene jaga sebiji belon.hahahha...





karnival eksplorasi islam di KHAR diserikan lagi dengan jualan daripada peniaga yang menjual pelbagai barangan...hahaha...sedap2..ni kedai makanan jenis fish cake...uuwaaaa...





check point yang pertama..kami kena
soalan yang tanyakan..ada macam2 soalan dan setiap soalan berkaitan dengan islam.. aku tak ingt kat soalan ni dia tanya apa ek..apa yg pasti, kalau betul jawab soalan..kami akan diberikan sebiji belon setiap check point dan harus dijaga..ini bermakna, akhir chekck point setiap orang ada 2 belon...huhuhu..sesah nak bawa lor... badak ni tanya soalan apa ek...ermm..doa yang mustajab dilakukan..hahhaha



gaya-gaya membawa belon..hahahha...supaya tak pecah..sambil tu siap posing plak korang..amboi2...ahaks..



hahahah...ni check point kedua...apa soalan dia ek..oooo...dia tanya lima nama orang terawal yang memeluk agama silam..hhehe....berulang2 jawab..hahaha..sebelum jawab soalan aku amek gambar dlu..huhuhuu...wei, jawab soklan jangan salah k..ahaks..dak baju hijau tu hampeh, xde pen soh sain..huhuhu...sengal..nasib baik depan pejabat..ada gak pen leh pinjamm...


alamak..muka tengah penah...yg ko amek wat pe mizi..heheehehe..gapor asal muka ko nampak blur jew...tgh pikir jawapan ek..graven lak asal pandang bawah..xtaw bantai jew..ahaks






hahahha..betapa susahnya nak bawa belon berisi air bila bilanganya bertambah..huhuhu...tah macam apa plak..ahaks.. pic yang lagi satu tu, check point ke 3...huhu..sebelah tangki..nasib baik yang jaga check point tu junior aku masa kat skolah..leh kaw tim..hahaha...simple je soalan dia bagi, apa ek soalan dia...oo..ye tarikh haritu dalam kalender islam (17 rabiulawal)...




masa ni aku cuba nak buka soalan check point seterusnya..tapi terkoyak dua plak..tu yg kene sambung n baca balik..heheheh...apa lah..depa gam kertas tu kuat2...dah lah kertas dia kecik..susah lah nk bukak..sengal..hahahhaha






berlari menuju ke check point ke 4..hhuhuhu..iaitu kat tempat pak guard..huhu..penat siot..hahaha...tgk lah tak tentu arah kita orang..mcm orang gila dengan pegang belon lagi...hampeh tol...hahaha..tapi seronok lor...hahahahhha



penatnya..graven tgh baca soalan tok check point seterusnya yang susah nak faham..berbelit2..hehehe.. pegang belon tol2 k..jangan smpai pecah..hehehe...dh mcm power ranges plak..sama mcm kumpulan kami..ultimate rangers..ahahahah




akhirnya setelah baca soalan ke check point terakhir, ultimate ranges pon bergegas untuk meneruskan misi..ahhaha..mcm poser ranges la..kami berlima plak tu..huuhu...lari jgn xlari..ahaks..aku yg depan sekali..aku lah yang mengepalai pasukan ultimate ranges...go go power ranges...ultimate rangesss......hahaha... teringat masa budak2 suka sangat cerita power ranges..pelik aku...huhuhu..






akhirnya sampai juga check point yg terakhir...soalan tok check point yg trakhir ni agak mencabar skit la..huhuu..soalan dia, dia suruh beri maksud2 surah al-fatihah..aku lupa..huuhu..aku taw separuh jew..ahaha..yg jawab faizal..ahaks..tgk tu, aku pegang 3 belon...
hahaha...diam2 xdiam..dh hampir sejam kami bermain..hahhaha..
dh abis dah..cepatnya..ahaks...


 
wei, tolong aku wei..aku sesak nafas..huhuhu..xlarat dh wei..kaki aku sakit..heheheh..xde sape nk tolong pon..si budak dua ekor ni pandang len plak..mcm xnk tolong jeww..sape nak tolong aku?






wajah-wajah kepenatan..hahahaha..penat wei..tapi masing2 stil memberikan pose yg menari..aku xfaham lah asal gapor(baju biru) asyik menagok dagu jew..huuuhu..ada masalah ek..ahaks


















taw korang penat..huuuh..tapi dapat no 3 jew..hampeh.a.ahaks..tapi xpelah ek..asalkan happy dan menyihatkan...huuuhu...
pose terakhir..memang suka amek pic ek korang nie..hehehhe...xpe lah..dh penat kan..masing2 kuar peluh..hahhahaha..t mandi taw..tapi korang ajak p jogging nk gym ek? ok lah aku join jew..hehehhe,,best pe...ada kawan2 satu pale...layanzzzzzzzzzzzzzzzzz


ULTIMATE RANGES THE BEST...
(gapor,graven,faizal, aku, mizi)
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky