- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Sabtu, 30 Mei 2009

Aku abang, kau adik kembar aku 2

”abang, bangun kucing kau mati ni” jeritan si along membuatkan abang terus tersentap dari lenanya.
”mati?” abang kehairanan. Lalu bangun dengan gaya orang yang malas.
”ye mati kat belakang rumah” si along sekali lagi bersuara.
”apa mati, comel mati” si abang terperanjat lalu bangkit dari katilnya.

Panjang langkah si abang, sambil di ekori oleh si adik.

”comel!!!!” jeritan si abang membuatkan adik tersentap.
”comel kenapa kau mati, macam mana boleh jadi macam ini” si abang terus menangis
”abang comel mati kena belit dengan ular” jelas si adik.
”ular”
”ular hitam tu lah, yang kat sebelah comel. Dia halang ular itu dari masuk ke dalam rumah. Tapi last-last comel pulak mati.” jelas si adik sekali lagi.
”sudah lah tu abang, comel dah mati tak guna menangis” si emak mula bersuara sambil memasak di dapur.
”emak, comel dah mati. comel dah tak ada mak” si abang tidak menduga akan kematian comel.
”abang, aku faham perasaan kau. Tak apa, kau jangan menangis ek. Nanti aku tolong kau kebumikan dia” si adik menenagkan si abang.
”kebumikan? Kucing pun kena kebumikan ke?” si abang kehiranan.
”ye la. Takkan orang je yang kena kebumikan. Apa lah kau ni.”


  • Cerita Lanjut : Aku abang, kau adik kembar aku 2 (Novel)
  • Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Aku abang. kau adik kembar aku 1

    Abang dan adik 1

    “bang kenapa atok tu bang”

    “entah, cuba kau tanya mak”

    “mak…mak…kenapa atok mak” tiada jawapan dibalas oleh emaknya.

    “mak diam jew, ni mesti ada benda tak kena” tanya di adik

    aku pon rasa macam tu gak” si abang

    “bang kau tanya along plak la”


    “long,long...kenapa dengan atok tu” namun along pun dia membisu.

    “adoi..aku dah tak tahu nak tanya siapa, semua orang tengah mengaji. Mak, along, mak teh, mak lang semuanya nangis”

    “aku pun tak ada idea lah abang”

    “apa kata kita tanya atok sendiri”

    ”good idea, mari” abang dan adik pun berjalan menuju ke arah atoknya.

    ”atok, atok” si adik mengoncangkan lengan atoknya yang berlipat di dada.

    ”bang atok diam jew”

    ”la ye ke. Atok, atok bangunla. Kenapa atok tidur, kenapa mak, along dan semuanya menangis” tanya si abang tanpa tahu erti kematian.

    “abang, adik, mari sini dekat dengan abah.” pinta si abah membuatkan dua kanak-kanak kecil itu berjalan menuju ke luar halaman rumah.



    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Isnin, 25 Mei 2009

    salam tinta kasih

    maaf semuanya..kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit kerana ada beberapa kerja yang saya perlu selesaikan..insyaAllah saya akan bersemuka dengan anda dalam alam maya ini tidak berapa lama lagi..kepada mereka yang add saya di friendster.com terima kasih banyak2...dan kepada mereka yang sms saya..maaf saya tiada kredit...ahaks... apa2 pon terima kasih..ingat asrul. ingat abg aloha ok..

    cuti ini saya duduk di rumah dan melakukan kerja-kerja yang berfaedah..tidak sah kalau tidak ada gambar..kerana dengan haya tulisan, nanti kita akan boring...hehehe...saya pon macam tu gak..ok lah ye...maaf semuanya...




    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Rabu, 20 Mei 2009

    Hadiah Hati Daripada Fahri

    Persahabatan, satu ungkapan yang sering didengar dari mulut-mulut manis berbicara yang memutar kata. Ada seorang sahabat, setelah merasakan kehilangannya kita merasakan kerinduannya. Lelah nafsu ini mengungkapkan kata rindu, lelah diri ini menanti saat ia kembali pulang. Namun mustahil bagi dirinya. Ini adalah coretan sepi bukan sekadar jeritan duka, tetapi suka duka seorang sahabat, tatkala tirai senyuman kian bertandang, terus dihujani sepi malam penuh tangisan. Ibarat berunai yang tumbuh melata, dari jernih bertukar warna kehitaman. Itulah kisah sahabat yang ditakdirkan harus memilih antara impi dan kenyataan.


    Sukar mencari sahabat, apatah lagi sukar mencari erti sahabat sebenar. Samri yang kini menetap di ibu kota setelah lari dari mimpi semalam, Mencari senyuman dalam kesepian, mencari tawa dalam tangisan. Umbun-umbun dikepalanya kian berubah warna dimamah usia yang kian meningkat. Walau ia berlalu hampir bertahun lamanya, namun erti seorang sahabat yang telah diberikan tidak akan pernah luput walau sedetik walau hambatan kian menguncang takdir ilahi. Ingatannya kepada insan itu seperti setiap dengupan nadi yang rancak berdetak.


    ''Abang, apa yang dimenungkan tu. Nah tengok abang sejak akhir-akhir ini abang sering berfikiran sendirian. Abang ada masalah?'' termpias perkataan itu membuatkan Samri buta dan lena dari lamunan.


    ''Tidaklah, abang teringatkan Fahri. Esok genap 15 tahun dia pergi meninggalkan kita'' Samri mencari ruang-ruang bilik kamar untuk mencari tempat anak mata ini melirik sedih. Hatinya di bawa jauh dari kesedihan yang kian memuncak tatkala tarikh keramat itu menjelma untuk ke 15 kalinya.

    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Sabtu, 16 Mei 2009

    eRti SebUah tANGgUNgJaWaB

    LELAKI
    Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
    Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

    BERATKAN?
    Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

    Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..). Tetapi orang lelaki ada keistimewaan’nya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


    WANITA :
    Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

    Pernahkah kita lihat sebaliknya??
    Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

    Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat org lelaki suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatan’nya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

    MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….
    Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. “Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ” (Ali- Imran:103).
    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Cerpen : Hadiah Hati Daripad Fahri

    Salam... ini adalah cerpen terbaru saya..silah lah baca dan berikan komen ye..diharapkan komen kawan2 semua boleh memperbaiki hasil kreativiti saya dan penulisan saya...saya akan menceritakan sinopsi cerita ini dengan seringkasnya...samri dan fahri adalah pasangan sahabat yang akrab dan sangup berkorban antara satu sama lain. pada satu hari, samri disahkan menghidap penyakit barah hati dan memerlukan penderma hati...

    persoalannya...

    1. siapakah yang akan mendermakan hati kepada fahri dan apakah nasib fahri?
    2. apakah perasaan Fahri sebaik sahaja mendapat tahu hidupnya tidak akan lama lagi?

    untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut lagi...bacalah cerita ini selanjutnya...terima kasih..



    Hadiah Hati dari Fahri (Cerpen) - Untuk cerpen penuh
    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Isnin, 11 Mei 2009

    AsRuL, AiRuL & KaWan2 : Hari Terakhir Di Mersing

    Hari ini hari terakhir aku dimersing, so mankanya hari keempat la...ermmm....adik aku akan dipindahkan kerja di Hp (holiday plaza,jb) so dh dekat dengan rumah..hari ini aku macam biasa duduk kat kfc jew...mls nk kuar..penat coz tadi pagi temankan si ady p beli pakaian..lama nk mampos..adeyh..

    dia org p celebrate dgn adik aku tu..xpe lah..mls plak nk join dia orang..ahaks..dok2 ni sempat pulak aku update blog nie...adeyh...xde keje..lepas ni aku balik rumah..rindu pulak sama mak dengan abah...hari ni 11 hbln ek..maknanya lagi 4 hari brthdy pak aku...nak bagi hadiah apa ek? ermmm...xde idea lah..uuwaaa..bagi kis love lah kat abah na..hahhaha...

    k lah aku nk makan la...hehehe..set ayam kfc sama dengan ady.dia tgh rehat...ok ek..lapo dah..zaaassssssssssss....


    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Ahad, 10 Mei 2009

    AsRuL, AiRuL & KaWan2 : Hari Ketiga Di Mersing

    Harini aku xp mana2..just duduk kat dlm kfc jew...mls nk kuar..lagi pon bangun tdo jew hampeh..xde elektrik...patut ar berpeluh..adeyh..kalau xnyaman jew tdo...bagon2 terus mandi xtahan siot..pastu si ady ajak kuar p beli surat khabar n dia nk gunting rambut kat kedai india..layanzzzz...

    Berjam gak aku dok kat kfc ni smbil buat paper projek aku, download lagu, tgk cite kat youtube dll..depa semuanya keje..adeyh..keboringan aku..nk kuar sorg2 apa brang beb..xde maknanya..hahah..depa keje smpai closing plak tu..sat g aku nk balik ar..nk mandi n buatlah pe2 yg patot..tido jap ke..apa ke... depa keje aku plak yg penat..aaa’aadooiiii... ahaks...

    Esok balik..ermmmm...xtaw g balik kol brp...ni xpasal2 eku nk kene drive lah nie..adeyh...apalah dik non ni...soh aku plak..kang aku race giler..baru taw..hahahha..pe2 pon aku bawa selamat...

    Nk cite pasal mlm tdi nie...hahahah...cite i dh termasuk hari ke 3 aku kat mersing la kot..hahaha...mana taknya dh kol 1 lebih...p kuar mkn..huuhu... masa tu roadblock banyak ar....kat area2 mersing ni mmg banyak buat blok jalan..xtaw nape...dgr cite ada moto polis kene curiikkk....apa ke hal nye yop..kalau moto kene curikk xkan satu mersing ni nk buat roadblok...kalau moto aku ilang korang nk buat roadblock satu banda ker?? Adooiii..nampak sangat diskriminasi....xpaham aku rakyat mesia nie...

    Pulak masa tu kene tahan, masa kene tahan tu adalah mamat misai perut buncit hahaha..pak polisi la...dia minta kuar ic n lesen kami semua...yg lesen tu pemandu jew...ermmm.. masa tu ada 4 org ar dlm kete..aku dgn adik, hisyam n ady nk p kuar makan..ermmmm....ada satu mamat ni xbawa ic palk..adooiii....pening pale wa..dia ckp ic dia kakak dia simpankan..apa barang...tak pasal2 kene tahan pas2 kene tulis nama tah wat pe tah..aku dlm kete jew..kalau aku kat luar sekali tak ke kepala tayar kete naik kat muka pak misai tu..hahahha..melawak jew...ermmm...dia xsaman pon sebaliknya dia minta kami balik amek lesen si hisyam...ermmm.....adooiiaaiiii....kene patah balik la...

    Nasib baik xkene saman, kalau tak kene saman 3 ooo..entah lah..apa2 pon kami selamat..anada semua jgn risau k...nanti kita akan buat roadblock kat polis2 mesia k...kita akan cek sama ada depa ni buat keje betol ke atau sebaliknya..hahhaha..saje nk balas dendam..apa2 pon..MESIA TANAH AIRKU...hahaks...adooooiiiaaaiiii....
    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Sabtu, 9 Mei 2009

    AsRuL, AiRuL & KaWan2 : Hari Kedua Di Mersing



    AsRuL, AiRuL & KaWan2 : Hari Kedua Di Mersing


    Salam semuanya..hari ini hari kedua aku di mersing bersama adik dan rakan2..pastinya hari ini lebih gila2 hahhaha....awal2 pagi buta lagi kita org dh mandi kolam...adeyh...sejuknya...tapi best ar..mandi dgn kawan2 husaini walaupun xkenal..hahhaha...layannnzzz...apa2 pon best...



    Mmg best ar mandi kat hotel seri malaysia mersing...baru pertama kali mandi kat sana mcm org naik rasuk plak...si ady sengal..nk buat2 guling2 kene hantuk pale dia kat dinding kolam..adeyh sakit siot...mandi kene senya2 coz nanti ganggu org nak tdo..tapi bising gak..hahhaha..


    Pas mandi kami balik, tapi xlepas balik coz lapa kan..terus p makan a..hahha..sampai kol 2 pagi kot...pastu balik n lena tidur...hahahha..bila paginya pulak dok bilik je layan movie...layanz...aku nagntok sngt sbb tu bngon pon lewat..hahahha...




    arini apa plak ek...skrg kat kfc..lah gaggu depa semua keje...tapi kat aras atas ni sunyi giler..tu yg main gile2 kat playground budak2 kecik..kalau ada org xlayanzzz beb coz malu..hahahha...jap g nak balik hotel plak..boring ar..xde wat pe2...hehehe..dok bilik jew..bosan gak...nk p jalan2 ar jap g....masa cuti ni lah jalan2 pusa2...ahaks....

    ..

    masa depa kene keje aku dgn ady ganggu depa keje ...ady xkeje coz dia arini off..mcm taw2 je kan..hahahha...walau apa pun hari kedua belum tamat lagi..huhuhu..

    Zaaassssssss....






    my adik..hahaha..seriusnya muka


    eh...seksi la..malunya..hahahhaha...saje je



    Husaini yg segal tahap dewa...


    Zahidi yg suka wat gilerr mcm org tak betoolllll....


    layan....
    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Jumaat, 8 Mei 2009

    AsRuL, AiRuL & KaWan2 : Hari Pertama Di Mersing




    Hari ni genap sehari aku menjejakkan kaki di bumi mersing setelah tamat peperiksaan..hahhaha..ni kawan2 aku..masa kat mersing...sebenarnya ada lagi tapi depa semu keje la..ahaks..masa ni kita org baru bis tgk movie..lepas tu jalan2 p pasar malam...nk usha2 awek...tapi bukan aku taw...depa semua...aku tgk jew..hehehe...eh sebelum tu kita org p makan,..adik aku kenalkan pekerja baru dia kat aku..ahaks..pompuan..nama dia athira..n lagi sorg xingat plak..lawa..tapi yg lagi sorg melatah...umo doa 16 dan 17 tahun..budak2 lagi..

    hari pertama di mersing kami p pasar malam pastu makan kat tepi pantai...nk usha awek baju coklelat punya pasal..boleh pulak round pasar tu sekali lagi coz nk tgk awek tu..ahaks...adik aku melambai la..malu siot bila budak tu tgk...aku dgn husaini mmg malu tapi adik n ady pulak selamba jew...bisalah aku dgn saini kan baik...xbiasa buat benda2 mcm tu..hahahah

    pas p pasar kami jalan2 buat keje bodo..hahaha..masuk kedai kek..tgk2 kek pastu duduk kat kerusi dan tu terus keluar..xde motif pon...hahaha..si ady ni dr thn lepas aku suh dia jgn hisap rokok banyak sgt..byangkan dalam sehari hampir 2 kotak rokok dia hisap..kalau tak pon sekotak..mampui...banyak dia hisap..lepas tu minom air nescafe plak tu...dulu ckp kat aku gaji xcukup la apa la..tapi beli benda2 yg bukan2...ni yg aku nk marah..hakas...

    yg si husaini ni pulak..dia nk berhenti keje bulan 7 ni coz nk sambung belaja..dia ada cite kat aku...bagus la,,aku suka tgk kawan2 aku sambung belaja.tapi bila dh sambung tu jgn lupa lah ek kat aku ni..hahahha.,.dan kawan2...adik aku pulak aku tgk makin tembam jew...huh..jangan marah dik..arini ada satu rahsia dia bagitahu aku..nk taw x? biarlah rahsia..hahaha..apa2 pon hari pertama aku di mersing memang sempoi giler..best siot..ahaks...

    minggu ni hari last adik aku keje kat mersing, so lepas ni dia akan berpindah kerja di johor bahru..dh dekat dengan rumah aku...hope semuanya akan berjalan dengan baik..mak marah aku tadi coz x tepon dia bila dh sampai mersing..aku lupa la..maaf ye mak...hehehe..abh plak tadi tepon aku ckp dh sampai belom...sayang juga korang kat aku..uuuuwaaaaa...love u..peace out..
    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Khamis, 7 Mei 2009

    Selamat Hari Ibu yang ke 25 buat Mak dan Selamat Hari Lahir yang ke 52 buat Abah.

    Selamat Hari Ibu yang ke 25 buat Mak dan Selamat Hari Lahir yang ke 52 buat Abah.


    Assalamualaikum...............................

    Pada 10 Mei ini genap ulang tahun hari ibu aku yang ke 25 tahun....kenapa aku ckp 25, sebab akak aku lahir pada tahun 1984, pada tahun itulah mulanya Surilah Bt Suradi bergelar sebagai seorang ibu..huhuhu...2 tahun kemudia baru lahirlah sepasang bayi yang comel dan kecik...hehehhe (Aku dengan adik aku la – Upin, Ipin). Dan enam tahun selepas itu, 1992 lahirlah seorang bayi iaitu adik bongsu aku Acik...ahhaha..mnakala tahun ini abah aku sudah menjangkau usia 52..huhuhu..dia lahir tahun merdeka...dia lahir pada 15 mei 1957

    Sifat mak abah aku yg sporting dan tak kongkong memang aku suka, sempoi...selalu bagi aku support..dmak suka memasak, karaoke dan shoping (yg ni buat bapak aku pening...bukan pening nk kuar duit..tapi pening nk tgu mak aku tgk2 barang shoping..nk pilih katanya...lama plak tu,..adeyh..ahaks). kalau part karaoke..dialah ratunya..hahhaha...kalau orang len taw...mmg best suara dia..kalau mak tahu..abanglah (Aku la) orang yang paling minta dan jadi peminta pertama mak..hahhaha..abah pulak...suka apa ek..suka lepak2 kat warong...kadang2 mak aku dh naik masak dgn perangai dia..hehehhe


    Mulut mak aku, biasalah sama dengan Kak ros (Along)..huhuhu...xlekang dari butir bicaranya yang penuh bisa..hahaha..suka pot pet..(kalau ada benda yg xkena la..cth soh p kedai la, apa la)hehehe...tapi apa2 pon dengan sikap mak mcm tulah membuatkan aku berjaya dan adik2 beradik lain jadi ringan tulang...

    Tanpa mak, abang (Aku - Upin), along (Jaffilah – Kak Ros), acik, dan adik (Airul – Ipin) tak akan lahir kat dunia ni. Aku sungguh bersyukur kerana dikurniakan mak dan abah seperti mereka..terima kasih mak abah...kalau mak dan abah nak tahu, abg, along, adik dan acik sayang mak dan abah sangat-sangat (Aku tulis benda ni sambil nak titiskan air mata ni)... terima kasih sebab jaga kami dari kecik sampai sekarang..uuwaaaaa....kenapa mata aku berair ni...sedihnya...


    Aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada mak aku...SURILAH BT SURADI yang kini berusia 49 tahun...dan aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada abah...JA’AFAR BIN DAUD yang kini berusia 52 (anak merdeka) pada 15 Mei ini...selamat hari ibu buat mak dan selamat hari lahir buat ayah.....


    Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)

    Bila dahaga, yang susukan aku.... mak, abah bagi susu botol..hahahha

    Bila lapar, yang suapkan aku.... mak abah

    Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak abah

    Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak (mama kot) abah (bah)

    Bila bangun tidur, aku cari.... mak abah

    Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak abah

    Bila nak bermanja, aku dekati.... mak abah

    Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak abah

    Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak abah

    Bila nakal, yang memarahi aku.... mak abah (hehehe...kene terok masa kecik dulu2)

    Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak abah

    Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak abah

    Bila takut, yang tenangkan aku.... mak abah

    Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak abah

    Aku selalu teringatkan .... mak abah

    Bila sedih, aku mesti talipon.... mak abah

    Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak abah

    Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak abah

    Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " abahhhhhhhhhh!

    Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak abah

    Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak abah

    Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak abah

    Bila ada masalah, yang paling risau.... mak abah

    Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak abah

    Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak, abah dengan aku makan jew..hahaha

    kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

    Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

    Yang selalu berleter kat aku... mak abah

    Yang selalu puji aku.... mak abah

    Yang selalu nasihat aku.... mak abah

    Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...... mak abah

    Bila sedih, aku cari.... mak abah

    Bila berjaya, aku ceritakan pada....mak abah

    Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak (kcuali masalah cinta) abah

    Bila bahagia, aku peluk erat....mak abah

    Bila berduka, aku peluk erat.... emakku..abahkkuuu


    Renungkan:

    "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

    mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

    Berderai air mata jika kita mendengarnya........


    Kepada mereka yang telah kehilangan orang tua, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmatNya. Amin

    MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


    Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

    berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

    berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

    berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.


    Selamat Hari Ibu Buat Mak Dan Selamat Hari Lahir Buat Ayah..Dari Anakmu..

    Abang (Asrul), Aloang (Jaffilah), Adik (Airul) dan Acik (Azim)

    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Selasa, 5 Mei 2009

    Rumusan Keseluruhan Final Exam??

    Assalamualaikum kepada pembaca setia blog aku...

    alhamdulilah, pada tanggal 5/5/2009 akhirnya berakhir satu lagi episod perjuangan aku di UPSI tatkala fajar kebimbangan kian menyingsing. alamak, aku xnak berpuitis2 la..ahaha..nk sempoi2 je k..dah lama masa exam xboleh salah ejaan pon..adeyh..kat sinilah tempat aku meluahkan rasa apa yg terpendam..ahaks...

    bercerita pasal exam, aku memang lega sgt setiap kali dh abis exam..begitu juga dgn korang kan..bgus la..apa yg membimbangkan aku sem adalah takut2 kalau aku xdapat apa yg aku target...paper las tadi memang terkejut giler la..lect kita org ada bagi tips tapi ada yg kuar tapi yg banyaknya lain dr yg tips..adeyh...abislah..kertas jawapan tu aku goreng sampai garing...hahha..entah apa aku membebel aku pon xtaw, biar lect tu pening nak tanda..hahha..kawan2 len pon blur gak aku tgk..ye lah target len kuar, tapi yg len plak kuar... moral of the story adalah jgn suka baca hanya tips yg diberikan je..bacalah semuanya untuk maklumat tambahan..ada paham..hahaha

    ingtkan sem ni ada 2 killer paper rupanya ada 3 la...adeyh..mcm mana nie..cuakknya...uuwaaa..first, paper en idris...adooiii..gua banyak main tam la...apa yg aku tulis entah pe2 jew..bila baca balik, ketawa ada gak...(ada ke patut baca jawapan sendiri n boleh ketawa sorg2) sampai minat yg dok sebelah aku pun ikut gelak...hahhaha.....padahal x taw pe2 pon..iskh2....

    paper ke dua yg aku anggap killer paper adalah paper minor, pn banu..dh lah markah carriemark sikit sgt..sgt2 sikit..uuwaaa...kalau per 50 ok lagi..ni per 60..adioooo..mcm mana nk dapat A nie...hampeh je dgn jawapan exam tu ari..entah lah apa yg perlu kita buat cuma redha jew...masa nk jawab paper ni, ramai yg bagi psiko mental kat aku la..adooiii makin tambah tension plak aku..uuwaaa...

    rumusannya dan kesimpulannya....hahhaha..biar korang baca pening skit..exam sem ni aku rasa second paling teruk kot...yg first terok masa sem 3...result pon terok ar..uuwaaa...tapi masih mengharap agar result aku insyaAllah dalam kategori yg cemerlang...Amin...hahahh

    Wasalam...
    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Isnin, 4 Mei 2009

    Peraturan Aneh 3

    1. Lebanon
    Lelaki diperbolehkan 'bercinta' dengan binatang, asalkan binatang itu betina. Hukuman mati dikenakan bagi lelaki ditangkap berhubungan dengan binatang jantan.

    2. Bahrain
    Doktor lelaki sah secara hukum untuk memeriksa alat vital wanita, tetapi dilarang secara langsung melihatnya selama pemeriksaan. Mereka hanya diperbolehkan melihatnya melalui sebuah cermin.

    3. Guam
    Ada pekerjaan full-time bagi para lelaki untuk memerawani gadis-gadis, yang membayar mereka untuk melakukan hubungan badan pertama kalinya.
    Alasannya: Menurut hukum di Guam, wanita yang masih virgin dilarang menikah.
    (ada lelaki yang mau migran ke Guam?)

    4. Hong Kong
    Isteri yang dikhianati sah secara hukum membunuh suaminya yang selingkuh, tetapi hanya dengan menggunakan tangan kosong. Sedangkan selingkuhannya, boleh dibunuh dengan cara apapun.
    (wanita harus pintar kungfu, karate, silat dll okey..)

    5. Cali, Kolombia
    Wanita hanya diperbolehkan berhubungan badan dengan suaminya, dan pada malam pertama, sang ibu dari wanita harus berada di dalam kamar untuk menyaksikan adegan tersebut.
    (mudah-mudahaan lampunya boleh dimatikan...segan siot)

    6. Santa Cruz, Bolivia
    Melawan hukum jika seorang pria melakukan hubungan sex dengan seorang wanita dan anak perempuannya pada waktu yang sama. (adooiii...bleh plak mcm ni..pelik tol dunia nie...


    ***Ini adalah sambungan daripada Peraturan Aneh 1 dan 2....sebelum in ye...***

    by abg aloha

    Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman


    Assalamualaikum

    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
    Translate this page from Malaysian to the following language!

    English French German Spain Italian Dutch

    Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

    Widget edited by Anang

    AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

    Blog-blog aku :

    AsRuL & YaGaMi LaiTo

    Indah Islam Kerana Iman

    Muzik Itu Duniaku


    Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
    Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


    Blogger Trick
    Blogger Trick


    Blog Catalog
    Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

    Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

    Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
    Clicky Web Analytics Clicky