- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Khamis, 15 Mei 2008

10 hingga 12 Mei yang lepas, satu kem pemantapan jati diri telah diadakan atas usaha sama antara persatuan erat UPSI, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI bersama-sama dengan kementerian keselamatan negeri perak. Kem yang disertai seramai 77 orang ahli persatuan Erat dan seorang pensyarah pengiring iaitu En. Syarifuddin telah melakukan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti tersebut adalah melawat tempat perkampungan orang asli yang sangat terpencil dan penduduknya dalam lingkungan seramai 30 orang sahaja.

Kem yang bertempat di pulau pendidikan, tasik banding ini dimiliki oleh kementerian pendidikan Malaysia dan nama pulau tersebut bersesuaian dengan nama universiti kami iaitu Universiti pendidikan sultan idris. Terdapat hampir 300 buah pulau yang terdapat di sekeliling kawasan tasik tersebut. Perjalanan dari jeti ke pulau pendidikan mengambil masa hampir 15 minit dengan menaiki bot.

Sepanjang program, kem pemantapan jati diri ini dikelolakan oleh pihak pulau pendidikan bersama-sama dengan anggota keselamatan negeri perak. Motif utama menjalankan kem pemantapan jati diri ini adalah untuk menjadikan mahasiswa dan mahasiswi seorang insan yang bergelar guru yang lebih berkeyakinan dan peka terhadap masyarakat sekeliling. Selain itu, objektif yang ingin dicapai adalah untuk mengetahui situasi dan keadaan masyarakat orang asli di kawasan pedalaman. Ini secara tidak langsung akan memberikan motivasi dan keyakain untuk mengajar mereka jika ditempatkan di kawasan sedemikian.












Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

IZINKAN AKU PERGI

IZINKAN AKU PERGI

Telah tiba masanya untuk aku pergi,
Pergi meninggalkanmu untuk selamanya,
Tidak pernah terlintas difikiranku
Untuk menyakiti hatimu,
Namun aku hanya insan biasa.

Kau akan tetap selalu dihati,
Kasih dan sayangmu tiada penganti,
Maafkanlah andai aku bersalah,
Namun aku bukan untukmu lagi.

Aku yakin,
Kau mampu terima segalanya,
Tabah dan cekal tiadanya aku disisi,
Kau juga bisa berdiri,
Juga tanpa aku hadir disisimu.

Segala luka duka,
Kau bersamaku,
Kau mampu mengubatinya sendiri,
Kau bisa lakukannya, aku yakin itu.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

HADIAH TERISTIMEWA

HADIAH TERISTIMEWA

SEORANG wanita muda melangkah turun dari sebuah bas yang berhenti di sebuah pekan kecil di Jelebu. Dia menjinjing sebuah beg kecil sambil menampakkan kakinya berjalan menyusuri lorong yang bersambung dengan deretan rumah kedai. Di pekan kecil yang terletak jauh di pedalaman itu tidak ada yang menarik perhatiannya kecuali suasananya yang tenang, udaranya yang nyaman, dikelilingnya pohon-pohon kayu yang subur menghijau. Sengaja dipilihnya daerah yang terpencil itu dengan harapan dapat mengubati jiwanya yang terluka serta melupakan kemelut hidup yang melanda dirinya. Namun dia tidak pasti apakah kedatangannya diterima dengan baik oleh penduduk tempatan atau kehadirannya bagaikan makhluk asing yang tidak disenangi. Namun walau apapun risikonya dia pasrah.

Wanita muda berpakaian seluar Jean dengan baju T tidak berlengan itu masuk ke sebuah kedai makan lalu mengambil tempat duduk. Dia memesan roti canai dan air kopi kegemarannya. Perut yang tadinya kosong kini sudahpun berisi. Dia berasa segar dan bertenaga semula. Timbul persoalan di hatinya, di manakah tempat hendak menginap?.
Dia ingin bertanya sesuatu kepada lelaki India Muslim, tuan punya kedai makanan itu. Tetapi dia membatalkan hasratnya apabila sorang pemuda yang sebaya dengannya masuk lalu duduk di meja yang sama. Dia tidak tahu kenapa pemuda itu memilih tempat itu sedangkan masih banyak meja yang kosong kerana pelanggan dalam kedai itu tidak ramai.

Ternyata kehadiran pemuda itu sama dengan kehadirannya kerana tidak siapa di situ yang pedulikannya kecuali pelayan yang datang bertanyakan menu. Mungkin pemuda itu juga orang luar. Begitu telahan wanita itu. Kalau tidak masakan tidak siapa dalam kedai itu yang menyapanya.

Pemuda itu memesan Roti Canai dengan Air Kopi. Ternyata selera mereka ada persamaannya. Dia memandang sambil tersenyum namun pemuda itu bermuka selamba sahaja. Mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena?. Antara mereka memang tidak pernah bertemu tetapi mahal sangatkah untuk membalas senyuman?.

Namun dia hendak juga bertanyakan sesuatu kepada pemuda itu. Di manakah tempat hendak bermalam?. Di manakah tempat yang menarik untuk dilawati?. Dan banyak lagi maklumat daerah itu yang perlu diketahuinya. Namun dia membiarkan dulu pemuda itu menghabiskan makanannya. Tambahan pula dia seperti orang yang lapar menyuap makanan dan meneguk minuman tanpa menghiraukan orang lain. Atau pemuda berbadan gempal, berkulit sawo matang itu memang seorang yang pendiam.

“ Nama saya Hawa,” kata wanita muda itu memperkenalkan dirinya.
“ Saya Adam,” balas pemuda itu masih tunduk sambil mengunyah makanan.
“ Saya seorang musafir. Boleh tunjukkan di mana letaknya hotel atau chalet yang sesuai untuk saya bermalam?”

Kini barulah pemuda itu mengangkat mukanya memandang tepat ke arah muka wanita di depannya. Ternyata mereka memang tidak pernah saling mengenali. Terbetik rasa simpati di hati Adam.

“ Di pekan kecil ini tak ada hotel atau chalet,” katanya. “Awak dari mana dan hendak ke mana?”

Wanita itu berasa keberatan untuk berterus terang kerana dia tidak mahu orang lain tahu siapa dirinya. “ Rasanya tak perlu saya beritahu awak dari mana asal saya dan apa tujuan saya ke sini. Saya Cuma nak awak tunjukkan tempat yang sesuai untuk bermalam.”

Ternyata pemuda bernama Adam itu berasa kurang senang mendengarnya. Dia kembali tunduk menyuap makanannya. Dia seolah ingin mengatakan, aku tidak akan menolong seorang wanita yang tinggi egonya. Melihat sikap dingin lelaki itu maka wanita bernama Hawa itu mula bersikap mesra.
“ Maafkan saya kalau kata-kata saya tadi menyinggung.. Saya datang dari jauh. Di sini tidak ada sesiapa yang saya kenal. Saudara mara jauh sekali. Saudara tolong tunjukkan di mana tempat untuk saya bermalam.”
“ Saya dah kata tadi di sini tak ada hotel atau chalet.”
“ Tolonglah saudara. Saya perlukan tempat untuk bermalam.”.
Pemuda itu termenung sejenak barangkali sedang memikirkan sesuatu. Kemudian dia merenung muka wanita itu seolah ingin mentafsir adakah dia boleh dipercayai?.
“ Awak boleh bermalam di Masjid atau Surau. Kalau awak mahu saya boleh tolong hantarkan.”
“ Sampainya hati awak suruh saya tidur di masjid seorang diri.”
“ Selain tempat beribadat, masjid juga tempat musafir singgah bermalam.”
“ Saya tak berani tidur di masjid seorang diri.”.
“ Pilihan kedua. Awak boleh bermalam di rumah saya. Itupun kalau awak sudi kerana bilik tidur di rumah saya tidak seperti di hotel.”
Ternyata wanita itu berasa serba salah untuk menerima atau menolaknya. Namun dia tidak ada pilihan. “ Pilihan kedua itu lebih baik dari pilihan pertama. Tapi saya bimbang apa kata isteri awak nanti.”
“ Saya tak ada isteri dan saya sendirian di rumah itu.”
Wanita itu seperti ingin ketawa. “ Awak janganlah nak bergurau dengan saya,’ katanya.
“ Saya tak bergurau. Saya ikhlas.”
“ Gila!”.
“ Kalau begitu awak tidur saja di masjid. Tapi elok awak berhati-hati. . Kabarnya masjid itu selalu didatangi oleh makhluk jin. Pernah seorang musafir yang bermalam di masjid itu, bila tersedar pagi esoknya dia berada dalam bilik air.”
“ Mungkin dia mengigau lalu berjalan ke bilik air.”
“ Dia diangkat oleh makhluk Jin lalu dipindahkan ke bilik air.”
Wanita itu berasa takut mendengarnya. Dia melihat jam di tangannya hampir pukul 7 malam. Sebentar lagi senja akan menjelma. Dia tidak ada pilihan. “ Okeylah, saya terima cadangan awak yang kedua.”
“ Awak jangan buruk sangka kerana saya ingin menolong secara ikhlas. Kebetulan di rumah saya ada bilik kosong. Awak boleh bermalam di situ.”
“ Terima kasih. Tapi saya tak mahu menumpang secara percuma. Berapa sewa bilik itu akan saya bayar.”
“ Awak tak perlu bayar apa-apa kerana awak akan jadi tetamu di rumah saya. Tetapi untuk selama tiga hari sahaja. Selepas itu awak bukan lagi tetamu saya.”
“ Maknanya saya akan dihalau pada hari yang ke empat?”
“ Awak akan dikenakan bayaran pada hari yang ke empat dan seterusnya.Tapi saya yakin awak tak akan selesa tinggal lama di rumah saya. Mungkin awak Cuma tahan semalam saja.”
“ Bagaimana pula dengan jiran tetangga?. Tidakkah nanti timbul syak wasangka atau mungkin juga fitnah?”
“ Rumah saya agak terpencil. Tidak siapa tahu awak ada di rumah saya kecuali kalau awak keluar.”
“ Awak mahu saya berkurung dalam rumah awak siang dan malam?”
“ Kalau begitu awak tidur saja di Masjid. Itu lebih selamat.”

Akhirnya mereka mencapai kata sepakat. Wanita itu bersetuju bermalam di rumah Adam, lelaki yang baru saja dikenalinya. Lelaki itu juga sanggup menerima wanita itu sebagai tetamu di rumahnya walaupun dia tahu berbagai risiko yang akan dihadapinya. Dan sebelum mereka keluar dari kedai makan itu, Adam membayar harga makanan termasuk kepunyaan wanita itu.
“ Kenderaan saya Cuma sebuah motoisikal buruk. Kalau awak sudi boleh membonceng di belakang atau awak berjalan kaki saja ikut arah saya.”
Sekali lagi wanita itu berasa serba salah. Tetapi akhirnya dia terpaksa juga membonceng di belakang motosikal Adam kerana tidak sanggup berjalan kaki. Tambahan pula dia tidak pasti berapa jauhkah rumah lelaki itu.

Bermalam di rumah lelaki yang tidak dikenali memang sesuatu yang menakutkan. Berbagai sangkaan yang buruk melanda fikirannya. Namun apalah yang perlu ditakutkan lagi kerana dia pernah berasa putus asa untuk meneruskan kehidupan. Malah pernah dia berfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan menelan berpuluh biji pil tidur.
Dan pada malam itu untuk pertama kali dalam hidupnya, dia bermalam di sebuah rumah yang sederhana besarnya terletak jauh di kawasan pedalaman. Ketika dia membaringkan dirinya di atas katil yang lengkap dengan tilam, bantal dan selimut, kedengaran suara lelaki itu membaca ayat suci al Quran. Dia berasa tenang dan terlena.
Tiba-tiba dia terjaga apabila terdengar pintu bilik tidurnya di ketuk berulang kali. Ketukan pada pintu bilik itu masih kedengaran. Walaupun nada ketukan itu tidak keras namun mengganggu emosinya. Tambahan pula dia berasa letih dan mengantuk. Pada mulanya dia berharap ketukan itu akan berhenti apabila dia tidak memberikan apa-apa reaksi. Namun sangkaannya meleset kerana bunyi ketukan itu terus kedengaran. Dia bingkas bangun lalu duduk di birai katil. Di rumah itu hanya dia dengan Adam sahaja yang jadi penghuninya. Mustahil orang luar berani datang mengetuk pintu bilik tidurnya. Apa tujuan Adam berbuat begitu?.

Tiba-tiba dia berasa takut. Bulu romanya meremang dan seluruh badannya berasa sejuk. Peristiwa hitam yang berlaku ke atas dirinya kembali menjelma dalam ingatannya. Mungkinkah peristiwa yang amat menyakitkan itu akan berulang lagi?. Dia tidak sanggup lagi merasai kepedihan itu. Dia bukan saja telah kehilangan sesuatu yang paling berharga pada dirinya malah kehilangan keyakinan terhadap orang yang selama ini paling dipercayainya. Sungguh tidak disangka orang yang dianggap seperti ayah sendiri sanggup melakukannya. Dia tidak akan memafkan kesalahan ayah saudaranya itu.

Bunyi ketukan pada pintu itu kedengaran lagi. Bunyinya sama seperti yang pernah didengarnya pada malam kejadian itu. Dia masih ingat ketika itu dia masih belum tidur kerana asyik membaca sebuah novel kisah cinta yang begitu menyentuh perasaannya. Dia bercadang untuk menghabiskan bacaannya. Kerana cuaca pada malam itu agak panas dia Cuma mengenakan pakaian yang nipis sahaja. Dan tanpa mengesaki apa-apa, dia terus membuka pintu bilik tidurnya. Dan sebaik saja pintu itu terbuka, Bapa saudaranya menerpa masuk.

Walaupun dia cuba meronta untuk melepaskan diri dari menjadi mangsa lelaki berusia 50-an yang sedang mabuk dan di rasuk Syaitan itu namun tidak berjaya. Apatah lagi bila mulutnya di tekup dengan tapak tangan yang kasar. Dan akhirnya berlaku sesuatu yang amat menyakitinya. Dan peristiwa itu terus menghantui fikirannya. Lamunannya terhenti apabila pintu bilik itu diketuk lagi.

“ Kalau awak masih belum tidur tolong buka pintu ini,” kedengaran suara Adam dari luar.
Dia terus mendiamkan diri dengan harapan pemuda itu menyangka dia sedang tidur. Tambahan pula dia memang takut hendak membuka pintu itu. Dia dapat agak apa tujuan seorang lelaki masuk ke bilik tidur perempuan kalau tidak ingin melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh bapa saudaranya?. Tidak. Dia tidak sanggup peristiwa itu berulang lagi.

Kerana itu pada mulanya dia berasa keberatan untuk menerima pelawaan pemuda itu untuk bermalam di ruimahnya. Tetapi kerana tidak ada hotel atau rumah tumpangan maka terpaksa dia menerimanya walau dengan hati yang berat. Tambahan pula dia tidak sanggup menumpang tidur dalam masjid seorang diri kerana takut diganggu makhluk Jin seperti yang diceritakan oleh Adam.

“ Saya tahu awak masih belum tidur!,” kata pemuda itu lagi. ” Tapi kalau tak mahu buka pintu pun tak mengapa. Saya Cuma nak bagi ubat nyamuk sebab di rumah ni nyamuk berkeliaran. Kalau awak perlukan ubat nyamuk saya ada letakkan di balik pintu.”
Sejurus kemudian suasana sepi. Setelah yakin pemuda itu tidak ada lagi di situ barulah senang rasa hatinya. Benar seperti kata pemuda itu, dalam rumah itu banyak nyamuk yang kelihatan berterbangan di bawah sinaran lampu kalimantang. Beberapa ekor nyamuk yang kekenyangan hinggap di dinding. Kerana keletihan dia tidur nyenyak sehingga tidak sedar digigit nyamuk.

Dia bangun menghampiri pintu bilik itu lalu memulas tombolnya. Benarlah seperti kata pemuda itu. ada sebungkus ubat nyamuk dan sekotak mencis api. Dia segera mengambilnya dan menutup semula pintu itu. Setelah membakar ubat nyamuk dia ingin tidur semula. Namun entah kenapa matanya tidak mahu terlena. Di luar rumah itu kedengaran bunyi suara katak dan cengkerik memanggil hujan. Sayup-sayup kedengaran bunyi anjing menyalak. Suasana waktu malam di kawasan pedalaman itu agak menyeramkan. Namun dia berasa selamat kerana berada dalam bilik yang boleh dikunci dari dalam.

Rumah itu sederhana besarnya diperbuat dari papan dan beratap zing. Kalau di kota tempat kelahirannya, rumah seperti itu banyak terdapat di kawasan setinggan. Dia memang tidak pernah tinggal di rumah seperti itu kerana sejak dilahirkan tempat kediamannya ialah di sebuah Kondominium mewah milik bapanya yang terletak di tengah kota.

Tiba-tiba dia terbayang wajah ayah dan ibunya. Sejak dilahirkan dia mendapat kasih sayang sepenuhnya dari mereka. Dia amat disayangi oleh ayah dan ibunya. Dia juga mendapat seorang pengasuh bernama Mak Yam yang bersedia pada bila-bila masa menurut arahannya. Dari pengasuh itu dia belajar cara-cara memasak, membasuh kain serta mengemas rumah.

Namun keadaan hidupnya mula berubah apabila ayah dan ibunya meninggal dunia dalam satu nahas di jalan raya apabila kereta mewah yang di pandu oleh bapanya bertembung dengan sebuah bas. Ibunya yang turut berada dalam kereta itu juga meninggal di tempat kejadian. Hidupnya lebih menderita kerana bapa saudara yang sepatutnya jadi pelindung bersifat tamak serta ingin membolot semua harta yang ditinggalkan oleh bapanya. Kalau ayah dan ibunya masih hidup tentu dia tidak sampai ke daerah yang terpencil itu.

Tiba-tiba dia berasa perutnya sakit. Mulanya sekadar rasa memulas tetapi lama kelamaan semakin sakit. Dia memerhatikan di sekitar bilik itu kalau ada minyak angin atau ubat yang boleh disapukan pada perutnya, Namun hampa.

Apabila tidak tertahan lagi menahan kesakitan itu dia nekad untuk keluar dari biliknya bagi mendapatkan pertolongan. Dan orang yang diharapkan dapat menolongnya ialah Adam. Dia berasa yakin pemuda itu masih belum tidur kerana lampu di biliknya masih menyala.

Apabila dia berdiri di muka pintu bilik pemuda itu, timbul pula rasa serba salah di hatinya. Mungkin ketukan itu akan menimbulkan kemarahan. Atau mungkin juga Adam akan mendiamkan diri seperti yang dilakukan sebentar tadi. Namun dia tidak ada pilihan lain lalu diketuknya pintu bilik itu dengan belakang jari tangan. kanan.
Ketika itu Adam baru saja terlena. Sengaja dibiarkannya lampu dalam bilik itu terpasang. Apabila pintu itu diketuk dia pun terjaga. Sebenarnya dalam lenanya tadi dia bermimpi didatangi oleh seorang bidadari yang cantik jelita. Kerana itu pada mulanya dia menyangka masih di alam mimpi. Lalu digosok tapak tangannya dan dicubit pipinya untuk membuktikan dia memang berada di alam nyata.

Kenapa wanita muda itu begitu berani mengetuk pintu biliknya?. Dia bertanya pada dirinya sendiri. Sebaik saja pintu bilik tidur itu dibuka, Adam tergamam bila melihat wanita itu tercegat di muka pintu. Mukanya nampak pucat sambil tapak tangan kanannya menekan bahagian perutnya yang sakit.
“ Kenapa?. Awak sakit?” tanya Adam seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
“ Mungkin dimasuki angina,” jawab wanita itu. “ Tolong berikan saya minyak angin atau apa saja ubat yang boleh menahan rasa sakit.”
Adam segera membuka laci meja tulisnya lalu diambilnya sebotol minyak angin dan beberapa biji Panadol. Memang sengaja disimpannya ubat-ubatan itu untuk digunakan apabila diperlukan. .

“ Telan ubat ini,” kata Adam sambil menghulurkannya kepada Hawa. “ Saya ke dapur untuk mengambil air suam.”

Sebentar kemudian Adam datang semula sambil membawa segelas air suam lalu diberikannya kepada Hawa. Wanita itu mengucapkan terima kasih lalu menelan 2 biji pil panadol untuk menahan kesakitannya. Kemudian diteguknya air suam itu supaya ubat tersebut masuk ke dalam perutnya.
“ Terima kasih atas pertolongan saudara,” kata wanita muda itu. “ Saya nak masuk semula ke bilik. Terima kasih sekali lagi.”
“ Jangan lupa gosok minyak angin itu pada perut awak.. Atau kalau sudi biar saya yang tolong gosokkan,” kata Adam sepereti bergurau.

Gila!. Jerit wanita itu dalam hati. Namun dia tidak marah, malah senang dengan gurauan anak muda itu. Hawa masuk semula ke bilik tidurnya. Sengaja tidak dikuncinya pintu bilik itu kerana kalau terjadi sesuatu pada dirinya tentulah pemuda itu mudah untuk memasukinya dan memberikan pertolongan. Timbul pula pertanyaan dalam hatinya, bagaimana kalau ditakdirkan dia meninggal di rumah pemuda itu?. Dia yang sudah mati tentu tidak jadi masalah tetapi bagaimana pula dengan Adam?. Pastinya pemuda itu akan disoal siasat oleh pihak polis.

Dia sedar dirinya kini sedang dicari oleh bapa saudaranya. Mungkin pihak polis juga sedang mengesannya di seluruh Negara. Mungkin esok keluar berita tentang kehilangnnya dalam surat kabar.

Wanita muda itu masih belum terlena apabila dia mendengar langkahan kaki pemuda itu menuju ke biliknya. Dadanya bergemuruh dan rasa cemas menguasai dirinya. Pintu bilik itu memang tidak dikunci dari dalam dan sebentar lagi pemuda itu pasti akan masuk. Dan selepas itu apa akan terjadi ke atas dirinya?.

Sebelum sempat dia berbuat apa-apa, Adam sudah membuka pintu bilik itu dan melangkah masuk. Dia hampir menjerit ketakutan tapi mujur dapat ditahan perasaan takutnya. Lalu dia melelapkan mata pura-pura tidur dengan harapan pemuda itu menyangka dia sedang terlena. Dia pasrah namun berharap pemuda itu tidak sekejam bapa saudaranya.

Dia dapat merasakan kain cadar di hujung kakinya ditarik dengan perlahan lalu tubuhnya diselimutkan. Sejurus kemudian pemuda itu keluar sambil menutup pintu bilik itu.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

DI SINI

DI SINI

Di sini kau dan aku bertemu,
Di sini jualah memori kita tercipta
Suatu kenangan yang paling indah,
Dua insan kian tercipta kisah cinta.

Bagiku,
Walau seketika kasih kita bersemi,
Walau sementara kita berkasih mesra,
Itu cukup untuk mengajar aku,
Apa ertinya cinta?

Mungkin disini jugalah,
Kita akan terpisah buat selamanya,
Segala kenangan terindah,
Diringi air mata dan memori,
Yang paling indah dan pernah
Kita ciptakan bersama.

Kenangan aku bersamamu,
Tidak mungkin akan aku lupakan,
Kerana mencintai dirimu,
Untuk yang terakhir kali ini.

Kasih yang aku belai,
Gugur bersama cinta yang pergi,
Waktu yang duka,
Akan mencengkan seribu perasaan.

Di sini kau dan aku akan berpisah,
Perpisahan yang mungkin telah dirancang,
Tapi aku redha dan bersyukur kerana,
Aku telah menjadi sebahagian dari hidupmu.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

KAU TETAP DIHATI

KAU TETAP DIHATI

Tiap detik saat dan waktu,
Aku menanti kehadiran mu,
Sayu dengar suaramu,
Redup cahaya wajahmu.

Aku laungkan nama ilahi,
Dialah takdir penentu segalanya,
Dia tidak akan memberi dugaan,
Di luar kuasa kita berdua.

Sederas air mengalir,
Sepantas kilat menyambar,
Sekuat guruh menghentam bumi,
Seperti itulah aku ukirkan,
Satu nama, satu kata
Satu insan yang selama ini,
Membuat aku jauh hanyut dibuai mimpi.

Terpahat namamu sudah pasti aku abadikan,
Tertanam cintamu sudah tentu aku ikutkan,
Namun, kau hanyalah insan
Seperti aku juga,
Yang mampu rancang segalanya,
Tetapi kuasa hanya pada dia.

Kerinduan kian mencengkan,
Penantian kini berakhir sudah,
Satu kalimat kepastian,
Aku tunggu dari bibirmu.

Hancur segala kenangan,
Hancur segala duka,
Kau akhirnya pergi jua,
Tinggalkan aku sendirian,
Terpaksa aku lalui suka duka ini,
Sendirian tanpa teman,
Sendirian tanpa cinta.

Aku kesepian,
Dalam lalui perjalanan,
Perjalanan yang masih panjang ini,
Di manakah engkau?
Terus aku mencari,
Aku mencari dalam kesetiaan,
Cinta aku padamu.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Sabtu, 10 Mei 2008

SELAMAT HARI IBU

salam semuanya..
dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada,
SURILAH BT SURADI. pengorbananmu terlalu bermakna dan bererti dalam
hidup kami adik beradik. abang, abah, along, adik, dan acik sayang mak
sangat-sangat. bukan senang mak nak jaga anak-anak yang masih kecildan nakal-nakal macam kita orang ini. aku teringat lagi, mak aku penah citekan semasa dia mengandungkan aku
dengan adik aku. bayangkan seorang ibu mengandungkan anak kembar mesti bebannya 2 kali gandakan. ermm itulah yang dihadapi mak aku semasa aku dan adik aku belum dilahirkan. dengan kebesaran ALLAH swt, akhirnya lahir 2 pasang bayi comel lagi cute..ahakas.. perasan aku ni.


sempena hari ibu nie, aku nak ceritakan pengorbanan ibu aku. sebelum aku dilahirkan macam2 dugaan yang dihadapi oleh ibu aku. apa tidaknya kisahn ya ibu aku mengandung anak kembar kerana semasa dia hamil, dia terjumpa pisang kembar dan memakannya. mak dan bapak aku memang tak tahu kami ni kembar. pergi cek kat doktor masih itu doktor cakap bayi anda sihat2 jew. sikit pon tak cakap pasal kembar ni. so, mak bapak aku buat bodoh je lah..ahaks.. aku dengan adik aku yg masih tu dalam perut pon buat bodoh jew lah..ahaks memandai jew.. mana aku leh cakap lagi. aku masih dalam perut lor.. bru 2 bulan..ahaks

selepas itu mak aku jarang pergi klinik sebab arwah nenek aku suruh p berubat tradisional. dia dulu caya sangat dengan bidan2 ni..ahaks.. so mak dan bapak aku pon tak tawlah yang kita orang ni kembar. bidan tu pon tak cakap apa gak.. ermmm entahlah bila lah derang nak taw yang aku ni kembar.. mak.. abah kita orang kemabr lah..ahuhuhu.. [ye ye jew.. mana lah aku taw aku ckp apa? aite lom pandai ckp lor.]

so, mak aku pon mengandungkan aku sehingga pada satu hari, ada arwah atok sedara aku ckp lah. lah [singkatan dari nama mak aku] "perut ko nape besar sangat. baru 5 bulan, tapi mcm nk bersalin jew" "entah lah wak, agaknya baby pon besar kot"
wawawa... kalau aku dgr masa tu mesti aku tergelak..ahaks.. apa2 je lah.. mak aku cakap nk duduk, berjalan semuanya susah. sampai bengkak2 kaki tu. kesian mak aku.. sedih la.. aku nk nangis la.. ermmm.. aku tak sangup tengok pengorbanan mak aku dalam usahanya mengandungkan aku dengan adik aku. [smbil kesat air mata]

ok ok.. aku dh ok dah..ermm oh ye. semasa mak aku mengandungkan aku, ada seekor ular hitam entah ular apa tah.. nak masuk umah aku melalui satu lubang di dalam tandas. ular itu hitam gak. tapi nasib baik bapak aku nampak dan pukul ular itu smpai mati.

menurut kepercayaan masa tu, jika isi rumah sedang mengandung.. kalau ular hitam nk masuk mana2 lubang dalam rumah dan membunuhnya, ini bermakna ada satu malapetaka akan muncul berkemungkinan kandungan itu akan gugur..... dh terpaksa bapak aku bunuh ular tu. lagi pon demi keselamatan mak dan kakak akulah masa tu. esoknya mak aku rasa sakit perut sanagt. bukan nk yak lor..huuhuh.. dia rasa macam ada sesuatu yang menekan kat perutnya. mak aku pon p jumpa nenek dengan ditemani oleh abah aku. pastu nenek suruh mak aku urut.

dia urut dari kaki hingga perut. tak silap masa tu kandungan berusia 6 bulan lebih. bidan lah masa tu yang urutkan. maybe kawan arwah nenek aku ko.. member kamcing katakan....ahaks..siap p race2 sama2..ahaks buat drif tajam tu.. lawak je lah.. dh buang tebiat apa..ahaks

masa dia urut tu.. bidan dapat rasakan pergerakan bayi dalam perut. so bidan memang taw mak aku mengandung. tapi bila dia pergi satu sisi lagi ada gerakan. kiri ada satu kanan ada satu. so, masa tu bidan kompius. dia tanya mak aku, "lah, ko mengandung anak kembar ek" "tok biar tol, doktor tak cakap apa pon" huhuh..lebih kurang mcm tu la. mak aku memang binggung..huhuhu... bila bidan cek lagi, memang dia agak kembar...huhu.. aku dengan adik aku dalam perut pon bersorak..hoorreeyyy...mereka dah taw dik kita kembar..ahaks..apa2 je lah

ermmm... bapak aku xpuas hati. dia trus bawa mak aku p jumpa doktor. dan akhirnya memang doktor pastikan aku dengan adik aku kembar..huhuh..memang seronok giler. aku pon sama gak..ahaks.. bapak aku kalau kembar dia dah dapat agak, sebab keturunan bapak aku adalah kembar. atok aku ada kembar, pakcik aku pon sama. dan bru thun lepas aku dapat anak buat kembar.ahask..semuanya kembar lelaki.

tak silap aku, masuk 7 bulan lebih. mak aku mengalami pendarahan yang teruk. darah keluar dari tempat bayi dilahirkan tu. aku tak taw nk panggil apa la.. ermm.. mak aku risau dan bapak aku pon sama. jiran2 cakap masa tu, mak aku keguguran.. memang banyak gila darah kuar. bidan datang dan ckp bayi dalam kandungan dah mati dan perlu dibuang. bab ni aku lupa skit.. tapi kau cite gak k..ahaks...

bidan ckp bayi dalam rahim dah meninggal dan perlu dibuang. biasalah dulu2 kan. bila saat nk buang bayi yang dh besar tu, bapak aku tak puas hati lagi. dia terus hantar mak aku ke hospital. darah masih keluar lagi. pastu doktor cakap darah keluar memang banyak. bayi tak meninggal dan masih bernyawa lagi dan kelahiran tidak boleh dilakukan pada masa tu. sebab baru 7 bulan dan bukaan rahim (tol ke rahim ek) ermm.. xleh buka.. kalau operasi bahaya kepada bayi.. kandungan itu masih lagi hidup.

selepas tu mak aku kandungkan aku dengan adik seperti biasa. sehingga genap usia kandungan mak aku 9 bulan 10 hari. masa di tunggu2 untuk melahirkan telah tiba. mak aku cakap perut dia besar gedabak..ahaks. sampai kan, bila bangun nak tengok kaki kon susah sebab ada perut yg membuyut. huhuhu... aku leh bayangkan besar perut mak aku sebesar 2 bola keranjang. memang besar sanagt. bila dah tiba tarikh untuk dilahirkan. mak aku di masukkan di hospital. bila dh cukup masa, mak aku masih lagi tak bersalin-salin. selama 2 minggu dan akirnya mak aku di bawa balik kerumah dlaam kandungannya 9 bulan 3 minggu.

selang beberapa minggu, masih tidak mengandung lagi. kalau korang nak tahu berapa kandungan usia mak aku bila dia melahirkan aku???? huhuhu..k lah aku bagi taw. mak aku melahirkan aku dalam usia kandungannya 11 bulan tepat. bayangkan dah lah mak aku kandungkan anak kembar. ni 11 bulan pulak tu...

memang besar pengorbanan seorang ibu. bagi aku mak adalah insan yang paling mulai sepanjang hidup kita. selagi kita ada mak, kita perlu menyaynagi dia. xsalah kalau lelaki menangis, kerana ibu bapa. pada zaman sekarang banyak anak2 terutamanya lelaki malu untuk mencium dan memeluk ibu mereka. tapi aku tak peduli, walau apa org nk ckp, aku ni anak ibu lah, manja la.. apa ke.. yg ptg aku syg mak aku sngt2.. memang aku anak dia.. so what..ahaks...huuhuhuh..alamak teremosi bila teringat sornag kawan yang sengal.

mak, ibu, mama, umi, ma, mom atau sebagainya panggilan kita terhadap kita. dia adalah orang yang sama. sayangi ibu kita selagi mereka masih hidup lagi. kepada yang telah pergi, sedekahkan al-fatiha kepada mereka ya.. jangan sedih2 jika anda telah kehilang ibu. tapi percayalah kasih seorang itu tak akan luput meski pon dia telah pergi jauh. marilah kita sedekahkan al-fatiha kepada semua mak-mak kita yang telah membesarkan dan melakukan banyak pengorbanan kepada diri kita sama ada masih hidup atau pun yang telah meningga dunia. AL-FATIHAH
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Selasa, 6 Mei 2008

kau tapak sulaiman...

kau tapak sulaiman,
terdampar di pantai,
kesepian hidup keseorangan,
menyanyi dan menjerit
tanpa ada yang sudi mendengar,
menangis jua gembira,
tiada siapa yang sudi ambil peduli,

kau tapak sulaiman,
kecil tapi gagah meniti kehidupan,
kuat dan berani hidup bersendiri,
tidak gentar dengan cabaran,
langkahmu tiada satu pun yang sumbang.

dibawa arus lautan,
kau ditarik kembali terdampar di pantai,
kemana kau pergi,
kemana kau berlari,
hanya satu tujuannmu,
mencari teman dikala sunyi.

ingin kau mencari teman,
tiada siapa yang sudi,
bukan kerana mereka jijik denganmu,
tapi mereka takut,
takut dengan keberanianmu.

usah kau gentar,
lalui kehidupan ini tanpa rasa ragu,
selangkah kau bergerak,
jangan sekali kau pandang kebelakang,
kerana dibelakangmu ada
kenangan silam yang penuh duka.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

JANJI YB

JANJI YB


"Betulkah ini rumah YB? Atau aku yang tersalah alamat?'' tanya Pak Abu kepada dirinya sendiri. Apa yang dilihatnya bukan sekadar rumah tapi layak dipanggil istana.

Pak Abu masih berdiri di luar kawasan rumah tersebut. Dia berasa amat takjub kerana baginya rumah itu terlalu besar dan cantik. Dia tidak pasti rumah itu berapa tingkat, namun bentuknya memang tersergam indah dan megah bagai sebuah istana. Atapnya berwarna biru laut dan bahagian dinding rumah itu dicat dengan warna putih. Di halaman rumah itu ada berbagai-bagai jenis bunga dan kawasan kelilingnya berpagar besi setinggi berdiri.

Pak Abu meneropong rumah itu dengan mata tuanya yang mula rabun. Kenapa rumah yang begini besar nampak sepi? Mana penghuninya? Dia menapak mendekati pintu pagar yang kelihatan sentiasa tertutup rapat. Malah kesemua rumah di kawasan perumahan mewah itu pintunya berkunci. Berbeza dengan rumah-rumah di kampung, pintu pagar sentiasa terbuka untuk menerima kedatangan tetamu.

``YB baru lima tahun jadi wakil rakyat. Mustahil dia mampu memiliki rumah sebesar ini,'' getus hati Pak Abu sendirian.

Pak Abu tahu benar YB bukan dari keluarga yang kaya. Ayahnya cuma seorang penoreh getah yang hidup serba sederhana dan tidak pernah mengecap nikmat kekayaan dalam erti kata yang sebenar. Kerana itu semasa YB sedang belajar di universiti, ayahnya terpaksa mengekang perut makan ala kadar sahaja. Tambahan pula YB punya adik-beradik yang ramai.

Kerana itu tidak hairanlah kenapa ayahnya berang apabila YB letak jawatan sebagai pegawai kerajaan semata-mata hendak bertanding dalam pilihan raya.

``Apa lagi yang kau nak kejar dalam hidup ini? Bukankah kau dah ada kerja yang boleh menjamin masa depan keluarga?'' pernah pertanyaan itu Pak Abu tujukan kepada Syafiq sebelum dia jadi YB.

``Saya ingin perjuangkan nasib rakyat. Kalau saya terus kerja makan gaji sampai mati pun nasib saya tak akan berubah,'' begitu yakin anak muda itu menuturkan kata-katanya.

Pak Abu tahu dia memang bercita-cita tinggi. Untuk mencapai impiannya, dia aktif dalam politik. Mula-mula dia bergiat cergas di peringkat cawangan kemudian naik ke bahagian. Dan tidak siapa yang menyangka namanya tiba-tiba dipilih menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya. Dan tuah tetap menyebelahinya kerana dia berjaya.

Waktu berjalan dengan amat pantas. Seingat Pak Abu setelah menang pilihan raya, YB mula sibuk siang dan malam. Dia sudah jarang berada di rumah. Sebelum matahari terbit dia sudah keluar dan balik jauh malam. Kalau sebelum jadi YB, dia selalu ke masjid untuk solat maghrib dan isyak. Tetapi bila sudah jadi YB, dia sudah tidak kelihatan lagi. Barangkali sibuk menguruskan hal rakyat.

Tiba-tiba tersebar berita YB sudah beli rumah di Kuala Lumpur. Isteri dan anak-anaknya dibawa ke sana. YB cuma pulang ke kampung sekali-sekala sahaja apabila ada lawatan oleh Pak Menteri atau ada mesyuarat penting parti.

Apa yang lebih membanggakan, wajah YB pernah muncul di kaca tv. Berita serta gambarnya juga pernah tersiar dalam surat khabar. Pak Abu masih ingat, pertama kali gambar YB tersiar dalam surat khabar, penduduk Kampung Nyior Gading bersorak riang kerana gambar wakil rakyat mereka tersiar.

Namun bagi Pak Abu, itu semua kini sudah tidak penting lagi. Apa yang penting ialah dia mesti bertemu YB kerana itulah mandat yang diberikan oleh penduduk Kampung Nyior Gading.

Mereka berhak menemui YB untuk mengadu hal kerana dia dipilih oleh rakyat. Dan penduduk kampung memilih Pak Abu sebagai wakil untuk menyampaikan hasrat mereka kepada YB.

``Tanah hutan berhampiran kampung kita masih belum diteroka. Kerana itu elok kita memohon jasa baik YB untuk memajukannya,'' demikian keputusan mesyuarat JKKK petang itu. Kerana Pak Abu kenal rapat dengan YB maka dia dilantik sebagai wakil untuk menyampaikan permohonan itu kepada YB.

Pak Abu memang kenal rapat dengan YB sejak dia masih kecil. Pak Abu juga masih ingat, semasa kempen pilihan raya dulu, dia bekerja keras siang dan malam untuk memastikan kemenangan YB. Dialah yang ke hulu dan ke hilir berkempen untuk mempengaruhi pengundi supaya memilih YB. Dia juga yang mengetuai kempen dari rumah ke rumah untuk memujuk pengundi memilih YB. Siang dan malam dia bekerja keras untuk memastikan kemenangannya.

Namun setelah YB berjaya menjadi wakil rakyat, dia mula sibuk. Penduduk kampung sukar hendak bertemu dengan YB. Kalau dulu bila ada majlis keramaian atau kenduri-kendara YB turut hadir tapi selepas jadi wakil rakyat YB tak nampak lagi.

Pak Abu juga masih ingat pernah sekali dia berselisih jalan dengan YB. Ketika itu dia sedang membonceng motosikal buruknya. Kerana jalan masuk ke kampung itu sempit dia terpaksa berhenti di tepi jalan untuk memberi laluan kepada sebuah kereta besar dan cantik. Dan ketika mereka berselisih jalan, Pak Abu sampat menjenguk melalui cermin tingkap kereta tersebut. Dia nampak YB sedang duduk bersandar di tempat duduk belakang sambil membaca surat khabar. Walaupun Pak Abu cuba menegurnya sambil mengangkat tangan namun YB tidak perasan kerana ketika itu YB sedang asyik membaca. Namun Pak Abu tidak kecil hati malah dia berasa bangga kerana YB sudah mampu beli kereta besar siap dengan pemandu.

``Saya berjanji kalau dipilih jadi wakil rakyat saya akan membela nasib saudara-saudara semua. Jalan masuk ke kampung ini akan dinaik taraf. Masjid yang uzur akan diganti baru. Dan sesiapa yang ada masalah boleh mengadu kepada saya bila-bila masa dan saya sedia membantu mereka yang dalam kesulitan.'' Pak Abu masih ingat itulah janji yang selalu diucapkan oleh YB semasa berkempen dalam pilihan raya dulu.

Orang-orang kampung termasuk Pak Abu terpesona dengan ucapan YB. Tambahan pula mereka memang perlukan seorang pemimpin yang sanggup memperjuangkan nasib rakyat. Masing-masing percaya YB dapat menunaikan tanggungjawab itu dengan baik. Tambahan pula dia seorang yang baik, bersopan santun dan terdidik dengan ajaran agama. Banyak hadis dan ayat al-Quran yang dihafalnya. Dalam sekelip mata dia menjelma sebagai seorang pahlawan yang bersedia untuk memperjuangkan nasib rakyat.
Kerana itu, sebaik sahaja YB diisytiharkan menang dalam pilihan raya dulu maka ramai penduduk kampung yang melahirkan rasa kesyukuran. Beberapa orang anak muda pula sanggup mencukur rambut kerana membayar nazar. Di masjid dan di surau diadakan doa kesyukuran di atas kemenangan YB.

Hanya tinggal janji
Namun harapan cuma tinggal harapan kerana walau sudah lima tahun berlalu namun jalan masuk ke Kampung Nyior Gading masih belum dinaikkan tarafnya. Masjid yang uzur masih belum dibaik pulih apatah lagi diganti baru. Malah ada yang merungut kerana hendak meminta tandatangan wakil rakyat pun amat susah kerana YB entah ke mana. Janji hanya tinggal janji.

Tanpa disedari oleh Pak Abu, dua orang pengawal keselamatan sedang mengawasi gerak-gerinya sejak dari tadi. Kedua-dua pengawal itu mendekati Pak Abu lalu menepuk bahunya dari belakang. Pak Abu terperanjat lalu membuka pencak silat.

``Pak cik nak cari siapa?'' tanya seorang pengawal sambil tersenyum.

``Betulkah ini rumah YB?'' soal Pak Abu pula.

``Ya betul,'' jawab pengawal itu. Lalu Pak Abu menyatakan hasratnya hendak bertemu dengan YB.

``Ada buat temu janji?'' Soalan pengawal itu agak menyinggung perasaan Pak Abu. Dia datang dari jauh terpaksa naik bas dan teksi. Berdasarkan alamat yang diberikan oleh Pak Muslim ayah YB, dia sampai ke situ.

``Dia wakil rakyat kami. Perlukah temu janji untuk bertemu dengan YB kami?'' Soal Pak Abu sambil merenung muka pengawal itu.

``Minta maaf pak cik sebab YB berpesan jangan benarkan sesiapa masuk tanpa sebarang urusan.''

``Pak cik ada urusan penting nak jumpa YB.''

``Mesti buat temu janji dulu.''

``Kami kenal baik. Pak cik yang naikkan YB. Pak cik bekerja keras siang dan malam untuk pastikan dia menang dalam pilihan raya.''

``Kami cuma ikut peraturan pak cik!''

``Siapa yang buat peraturan itu?''

``Yang Berhormat.''

``Pak cik tak percaya kerana pak cik kenal YB sejak dari kecil. Dia bukan sombong macam kamu!''

Kedua-dua pengawal nampak terkejut. Mereka saling pandang sambil mengenyitkan sebelah mata.

``Kami minta maaf, pak cik. Kami cuma menjalankan tugas.''
Pak Abu menarik nafas. Kemarahannya mula turun. ``Pak cik juga minta maaf. Pak cik sebenarnya letih tambahan pula belum makan dan minum sejak pagi tadi.''

Pengawal itu menunjuk rasa simpati. Seorang menghulurkan sebotol air mineral lalu diteguk oleh Pak Abu. Seorang lagi memberikan sebuku roti krim lalu dimakan oleh Pak Abu.

``Kamu memang baik hati. Maaflah tadi pak cik salah sangka,'' kata Pak Abu tersenyum.

Kedua-dua pengawal itu nampak senang hati mendengar kata-kata pujian daripada Pak Abu.

Tiba-tiba dari pekarangan rumah itu muncul sebuah kereta besar dan cantik. Pak Abu tidak tahu apakah jenis kereta itu tapi cukup mewah melambangkan kekayaan pemiliknya.

``Yang Berhormat nak keluar. Buka pintu pagar cepat!'' teriak seorang pengawal kepada rakannya.

Pengawal yang seorang lagi bergegas membuka pintu pagar. Pak Abu terpegun melihat kereta hitam besar dan cantik itu.
Dan ketika kereta itu melepasi pintu pagar, kedua-dua pengawal mengangkat tabik hormat. Pak Abu meninjau siapa yang berada dalam kereta itu.

Pemandu kereta itu tersenyum sambil melambai tangan ke arah Pak Abu. Tetapi penumpang di belakang buat selamba sahaja.

``YB!'' jerit Pak Abu.

Dia yakin sungguh orang yang duduk bersandar di tempat duduk belakang kereta itu ialah YB.

``YB tunggu dulu!'' Namun jeritan Pak Abu tenggelam dalam deruman enjin kereta yang besar itu.
Kereta terus meluncur ke jalan besar. Pak Abu masih terpinga-pinga. Dia seperti tidak percaya orang yang dilihatnya sebentar tadi ialah YB yang selama ini amat disanjungnya.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Isnin, 5 Mei 2008

penantian

rindu malam membuatkan aku hiba seribu bicara,
dingin salju terasa hangat dipipi,
kakiku melangkah tapi badanku tidak bergerak,
ada yang memaku dihatiku sekian lama,

melihat nun jauh di angkasa,
tenang damai hati nan kesepian,
rindu malam membuatkan aku duka,
kenang kau jauh di seberang.

desiran ombak memukul pandai,
pasir terhakis bawa jauh ke lautan,
terasa diri ikut sekali,
namun iman ku kuatkan jua.

gelap gelita dunia malam,
tiada sinar cahaya terang,
hidupku itulah boleh diumpamakan,
hanya menunggu cahaya datang.

harapan telah aku berikan,
keikhlasan telah aku sematkan,
cuma menunggu dirimu dengan jawapan,
kesetian menunggu bukti segalanya.

kini aku hanya terus menunggu
menunggu jawaban darimu,
ikhlaskah kau dihati ku selama ini?
hanya tunggu dah lihat aku mampu ungkapkan.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Sabtu, 3 Mei 2008

tentang cinta

Aku banyak menerima cerita masalah mereka yang bercinta dan sering kali aku menjadi orang tengah untuk pasanagan bercinta namun akhirnya perintaan mereka terputus disebabkan banyak faktor. Oleh itu aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua faktor terputusnya hubungan percintaan. Namun ada yang bersetuju dengan pendapat aku ini dan ada juga tidak bersetuju. Namun harapan aku adalah apa kiranya kita mengambil iktibar dari kisah-kisah sebelum ini sebelum ianya berkalu dan berbuah dua kali. Ini adalah episod pertama.

1) Cinta jarak jauh
2) Anggap pasangan sahabat
3) Cinta bertepuk sebelah tangan

Aku bila dengar sesuatu lagu akan kau dengar untuk seronok-seronok saja. Tapi bila aku dengar dengan teliti lirik lagu itu, ia seakan-akan memberikan satu masej yang mendalam. Ini secara tidak langsung menarik perhatian aku untuk menulis ulasan berkaitan dengan lagu yang aku dengar. Kali ini aku ”tergali” dalam lirik lagu atas nama cinta oleh rossa. Bagi aku lagu ini memberikan erti yang mendalam diri aku dan diri korang semua. Lagu ini memberikan erti cinta yang sejati dimana pasangan ini sangup menanggung derita semata-mata ingin mendapatkan semula cintanya.

Atas Nama Cinta
by Rossa

Aku wanita yang punya cinta di hati Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku Mengapa terlambat cintamu telah termiliki Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta


1) Percintaan yang jauh

Percintaan jarak jauh juga mungkin menyebabkan pasangan main kayu tiga. Tetapi ikatan cinta lagi kukuh dan kuat Cuma tiada kesetian dalam diri masing-masing. Aku menerangkan maksud lirik lagu rossa iaitu mengapa yang lain bisa, mendua dengan mudahnya, ini membawa maksud pasangan tidak setia dengan pasangan masing-masing tetapi pada masa yang sama masih setia pada cintanya. namun cinta yang ada padanya ketika itu adalah mainan semata-mata. Ini adalah lumrah, jika seseorang menyatakan dia masih lagi solo, maka dia memang solo pada waktu itu tetapi tidak pada waktu sebelum itu. Solo ini bermaksud dia tidak terikat dengan cinta jarak dekat tetapi terikat dengan cinta jarak jauh melalui Telefon Bimbit. Setiap pasangan mesti ingin menjaga hati pasangan masing-masing dengan terpaksa menipu.

Cinta jenis ini tidak akan bertahan lama jika pasangan yang mengaku solo ini tidak mengambil langkah yang bijak dengan memutuskan hubugan dengan kecurangannya. Timbul seribu tanda tanya kepada pasagannya (yang berada jauh), mengapa pasangan itu berubah. Jadi langkah bijak, teruskan cinta lama dengan memberikan kesetian kepadanya. Percaya antara satu sama lain adalah asas percintaan. Itu yang penting.

2) Anggap pasangan sahabat

Ini adalah lumrah, namun ada juga masih setia dengan cintanya. tidak dinafikan bahawa masih ada lagi wujud cinta sejati seperti yang diceritakan dipawagam. Tetapi berapa? Jujur aku katakan, aku tak percaya dengan cinta sejati, tetapi sahabat sejati aku percaya. Aku dengan pasangan aku tak menganggap sebagai pasanagan yang sedang bercinta, tetapi kami menganggap kawan sejati dan sanggup meluahkan segala masalah antara satu sama lain. Aku telah meluahkan perasaan aku kepadanya dan dia menerimanya tetapi aku meminta dia menganggap aku sebagai sahabat dia yang teristimewa. Kami mencintai atara satu sama lain. Tetapi dengan ikatan sahabat sejati dalam percintaan, akan menjamin hubungan itu. Ada sesetengah pendapat menyatakan jangan memberi cinta seratu peratus, jika kecewa hilang semangat dan semuanya. Kata-kata ini ada betulnya, sebab itulah ada peptah menyatakan bercinta biar berpada-pada kelak binasa badan. Sebab itu jugalah penting bagi kita menganggap cinta kita itu adalah sahabat.

Setakat sayang, honey, abang atau sebagainya boleh juga digunakan sebagai panggilan mersa dan merapatkan hubungan tetapi jangan terlalu melebih-lebih. Atau adakah ini yang anda lakukan kepada rakan atau sahabat sejati anda. Laukan pasangan anda seperti anda melayan sahabat sejati anda. insyaAllah hubungan ini akan berjaya. Aku mengambil contoh kawan aku yang telah berumah tangga dengan kawan aku lagi sorang. Mereka dah kenal sejak tingkatan 2, kita orang satu kelas. Lepas tu aku dapat tahu dia dah kawin. Aku minta petua, ini lah dia katakan kepada aku ’anggap pasangan kau sebagai sahabat sejati. Dia lah kawan, sahabat dan dialah cinta kau’

3) cinta bertepuk sebelah tangan

Begitu dengan lirik lagu ini, setiap satunya ada maksudnya tersendiri. Jika seseorang mencintai orang lain, tetapi orang itu tidak mencintainya maka pergilah jangan memberi harapan. Tidak kira lelaki atau perempuan, jika diberi harapan mereka akan suka dan seterusnya akan mempermainkan seseorang. Perasaan cinta sebenarnya dalam situasi ini tidak wujud kerana dalam keadaan terpaksa. Cara terbaik adalah endahkan mereka yang kamu cintai. Buat hal sendiri dan sibukan diri kamu supaya ingatan tentang dirinya akan terhapus. Perkara ini adalah perkara biasa dilakukan dan sering menjadi kerisauan bagi mereka.

Jangan terlalu berharap dalam percintaan tetapi langkah terbaik adalah cari cara bagaimana untuk mengekalkan hubugan itu. Ini adalah langkah terbaik. Cinta boleh dicari tetapi jangan terlalu berharap. Itu adalah langkah terbaik. Tuhan mencipta setia manusia berpasang-pasangan.




olah ASRUL
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky