- HOME
- IKUTI BLOG INI
- FACEBOOK
Assalamualaikum...
Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul
Create your badge
Hari ini : Upsi Kuaranti H1n1 (29/7/2009)
Bermula jam 1.30 pagi, aku masa tu dah nak tidur...tiba-tiba aku dengar ada orang buat pengumuman di padang antara blok 2 dan 3....aku terus ke beranda dan mendengar...tapi tak jelas coz bergema...aku tanya pada kawan2, kawan2 cakap kene kuarantin n tak boleh nak keluar kolej mulai esok..
aku risau, dah lah esok aku kene balik kg jam 4 petang, jam 3 ptg nak daftar praktikum...adeyh...terus aku pergi bilik faizal...aku, ad dan lan terus dengar sekali lagi pengumuman yang dibuat oleh pengetua kolej, dia cakap esok (hari ini) tiada kelas. kami semua dilarang sama sekali keluar kolej...terpaksa tanggun praktikumnya...
masalahnya, aku tak kisah kalau nak tangguh praktikum, tapi aku bimbang kalau2 kita semua kene kuarantin selama seminggu atau sehingga hari ahad (2/8/2009). aku bimbang la kalau dapat balik jb.. apa tidaknya, aku kene balik jb coz adik aku nikah time tu...abislah, aku sendih sgt kalau tak dapat tgk adik aku akad nikah...sedih giler....
tadi sebelum beli makanan, aku pergi pejabat...org kat pejabat cakap, segala urusan pejabat tidak akan dilayan, adeyh...dah lah aku nak bayar barangan elektrik...ermmmm...pastu dia cakap makan kene pakai kupon...aku binggung n tak faham dengan kata2 dia...aku dengan faizal terus beli makanan kat kafe...kebetulan, masa tu aku terjumpa lan dengan ad dan aku ajak mereka makan sama2 kat kafe. ermmmm....
aku memang dan rancang semakan nak balik johor dengan lan hari ini, tapi tak jadi....so kaza datang masa kami tengah makan kat kafe dan dia cakap boleh balik kampung....terus lepas makan aku dengan lan pergi pejabat dan tanya pasal nak balik kg....sekali lagi jawapan mengecewakan aku terima...ermmmm...
org pejabat cakap, tak boleh dibenarkan keluar...dia suruh kita orang balik bilik dan tunggu edaran kupon makan...kupon makan???? sampai dibilik ada org bagi aku kupon, dia ckp yang warna kuning itu untuk tgh hari dan merah untuk makan malam...ermmm..setiap satu kupon beharga rm. 3.50...ermmm
aku dalam PENJARA..dan dalam DILEMA...aku nak balik kampung...uuwaaaaaaaaaaaaaaaa........ mintak2 kuarantin ini akhir sebelum ahad, aku nak saksikan adik kembar aku akad nikah... doakan ye semuanya... Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
Movie : Laskar Pelangi & Kereta Setan Manggarai
Ini adalah komentar aku berkaitan 2 buah filim yang baru aku nonton...aku tertarik untuk mengupas cerita laskar pelangi....sebagai seorang bakal pendidik, aku amat tertarik dengan cerita yang cuba diketengahkan,...jiwa dan semangat aku berkobar-kobar setelah menonton cerita seperti ini...walau sejahil dan semiskin masa pelajar itu, semangat untuk mengajar tetap dipegang oleh Cikgu mus...
aku kagum walaupun ini hanyalah sebuah filem, aku kagum dengan cerita dan moral yang cuba disampaikan...aku bertanyakan cerita ini kepada adik angkat aku yang kini berada dibogor, dia mengatakan cerita ini meraih jumlah penonton yang sangat ramai. cerita ini wajib ditonton oleh semua orang terutama oleh guru, bakal pendidik dan pihak atasan supaya peka terhadap pelajaran anak-anak golongan miskin..
aku mengharapkan ada lagi cerita seperti ini...sebelum ini aku pernah menonton cerita GOKUSEN siri 1, 2 dan 3...cerita ini juga menampilkan kehebatan dan ketekunan sorang guru dalam membela pelajarnya...cerita seprti ini yang aku sangat-sangat nantikan...
semalam, aku juga telah menonton sebuah cerita seram 2009, setelah cerita kereta apa manggarai yang disiarkan beberapa tahun sebelumnya, cerita berkaitan stesen kereta apa manggarai kini mengganas dipagawam di Indonesia..ini adalah sebuah cerita benar yang telah diadaptasi ke layar perak. cerita seperti ini telah banyak dipertontonkan kepada masyarakat luar tentang kewujudan setan. seperti cerita jembatan keramat, kereta api manggarai dan terowong casablanca cerita ini mempunyai motif dan pengajarannya yang tersendiri..
cerita seramnya tidak seseram cerita sundelbolong lakonan Suzzana sekitar tahun awal 80-an. walaubagaimanapun, cerita seperti ini dapat menarik peninat ke layar perak berdasarkan kes dan crita yang sebenarnya...
antara cerita2 lain yang disyokan untuk ditonton :
1. Drag Me To The Hell (Seram) - 2. Gokusen 1, 2, dan 3 (Jepun) 3. Terowong Cassablanca (Seram) - Indonesia 4. Maut (Malaysia)
Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
Intan Suraya 18
Intan Suraya 18 “Macam mana keadaan Adibah? Dengar cerita dia semakin membaik” Tanya Intan yang dalam kekeliruan. Dirinya ditinggalkan sewaktu Aiman mendapat berita tentang Adibah. “Alhamdulilah, dia semakin ok. Saya minta maaf kerana membiarkan awak sendirian semalam. Saya betul-betul rasa serba salah. Maafkan saya awak.” Terpacul seribu wajah kekesalan yang tertayang pada wajah Aiman. “La, awak tak buat salah apa pun. Saya faham, lagi pun keadaan Adibah lagi memerlukan awak dengan Khairul. Saya faham awak, kan awak, Adibah dan Khairul adalah rakan baik.” Jelas Intan Suraya. Terpacar sikap pemahamnya. Sikapnya itu membuatkan Aiman senang berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan gadis yang ayu itu. Hati Aiman tiba-tiba berhenti berdegup, dia mengingatkan kata-kata Khairul sewaktu berada didepan pintu ruang operasi. Adibah mengatakan kepadanya, bahawa dia juga turut mencintai Aiman. Tetapi Cinta Khairul kepada Adibah telah lama diketahuinya. Bermulalah epilog cinta 4 segi yang tidak disengajakan. Hatinya semakin berdesir dengan kencang. Rona-rona bulu pada tengkuknya kembali menegang setelah semalam tidak henti-henti memacak. Walaupun hati semakin memikirkan perkara itu, tetapi Aiman tetap menunjukkan ketenangan pada raut wajahnya. Kerinduan makan malam bersama dengan Intan tadi malam akan dinikmatinya bersama Intan pada tengah hari. Cuaca diawan menampakan kecerahan langit membiru, memberikan peluang kepada Aiman makan bersama dengan Intan. Sekali lagi, telefon Aiman berdering. Kali ini bukan Khairul yang menelefon, tetapi satu panggilan yang tidak diketahui nombornya. Aiman sekali lagi dirundung dengan serba salah. Mahu di angkat atau tidak panggilan itu. Semalam ketika makan bersama dengan Intan, Khairul menelefon dan meminta Aiman segera pergi ke hospita kerana keadaan Adibah yang membimbangkan. Serba salah, Aiman meninggalkan Intan seorang diri di kedai makan. Tetapi kali ini, kalau dia mengangkat panggilan itu, adakah panggilan itu mungkin juga berkaitan dengan Adibah? Apakah yang perlu dilakukan oleh Aiman. ”Kenapa awak tak angkat panggilan tu?” Tanya Intan. Matanya melirik tajam ke arah telefon bimbit Aiman yang diletakkan ke atas meja makan. ”Saya tak kenal nombornya. Malaslah” ”Jawablah. Mana tahu ada perkara penting seperti semalam. Apa gunanya jika kita mempunyai telefon bimbit jika kita sendiri tidak menghargainya” Balas Intan Suraya sambil tersenyum Aiman mengangguk-anggukkan kepalanya dan kemudian mencapai telefon bimbit itu. Belum sempat dia menjawab panggilan itu, talian panggilan tiba-tiba terputus dan termati. Lalu Aiman meletakkan kembali telefon bimbitnya itu. ”Terputus. Saya tak sempat nak jawab” ”Tak apa. Mungin, kalau ada perkara penting dia akan telefon lagi” balas Intan. Memang betul tekaan Intan, telefon itu berdering sekali lagi. Kali ini, Aiman terus mengangkat penggilan itu dan menjawab. Daripada raut wajah Aiman, ternyata memang betul apa yang dikatakan Intan. Ada sesuatu berita penting yang ingin disampaikan kepada Aiman. Aiman terus terdiam kaku mendengar berita itu. Dia tergamam dan hampir sahaja menangis. Dia tidak sangka akan menerima berita itu. Walhal, apa yang diketahui keadaannya semakin membaik dan stabil tetapi kenapa keadaannya mendukacitakan. ”Kenapa ni? Ada berita buruk ke? Siapa yang telefon tadi?” Intan hairan dengan perubahan yang berlaku kepada Aiman. Pelbagai soalan dilontarkan kepada Aiman, tetapi Aiman hanya menjawab salah satu daripadanya sahaja. ”Ayah Adibah” ”Apa ayah Adibah beritahu?” Pertanyaan itu membuatkan Aiman terdiam seketika. Dia menghanggukkan kepalanya di atas meja makan. Terdiam dia seketika, setelah itu hengusan kedengaran daripada suara Aiman. Intan semakin keliru dan panik dengan keadaan Aiman yang sukar difahaminya. Intan mendekat dan mendapatkan Aiman dan cuba menenagkan Aiman. ”Kenapa ni?” tanya Intan dengan lembut. ”Adibah, Adibah” ”Kenapa dengan Adibah? Man, kenapa dengan Adibah?” Intan menginginkan kepastian daripada Aiman. Diangkat wajah Aiman dan dilihat seribu tangisan dan air mata mula mencurah dan membasahi alas meja makan. Intan menjadi tidak tentu arah dengan sikap Aiman yang disangkan hanya bergurau sahaja. Lalu Intan berdiam dan berdiri kaku disebelah Aiman. Nafas Aiman tersekat-sekat dan tercunggap-cunggap. ”Tadi ayah Adibah telefon dan memberitahu Adibah dah...dah...” Terputus kata-kata Aiman. ”Innalilahiroojiun... Mari kita pergi ke hospital” Aiman hanya berdiam diri. Kunci kereta diambil dari atas meja makan dan membawa Aiman ke kereta. Intan akan memandu dan tidak mungkin meminta Aiman memandu dalam keadaan sedemikian. Intan sedar dan akur dengan kesedihan yang menimpa Aiman. Tidak hairanlah jika Intan membiarkan Aiman pergi ke hospital melawat Adibah semalam. Persahabatan mereka bertiga membuatkan Intan kenal dan mengerti apakah itu sahabat sejati. Intan tidak memarahi atau rasa cemburu dek kerana Aiman lebih mempedulikan Adibah dan Khairul daripadanya, kerana Intan sedar mereka berkawan sudah bertahun lamanya dan Intan berkenalan dengan Aiman hanya beberapa bulan sahaja. ”Biar saya memandu. Awak tenangkan fikrian awak dahulu. Kita akan ke hospital sekarang juga. Awak telefon Khairul dahulu” ”Khairul sudah ada disana. Dia menemani Adibah semalam. Saya rasa dialah orang yang paling gembira semalam dan yang paling sedih hari ini.” Jawab Aiman tesekat. Dirinya malu kerana menangis bagai anak kecil dihadapan wanita yang dicintainya. Tetapi Aiman terlalu sedih dan dia tidak mampu untuk menyembunyikan kesedihannya itu. Intan dan Khairul menuju ke hospital untuk menenangkan Khairul dan mendapatkan tatapan wajah Adibah untuk terakhir kalinya. Bersambung... Episod sebelumnya : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17,
Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
Siti (Malaysia) Vs Regine (Filipina)???
Siti (Malaysia) Vs Regine (Filipina)???
Ermmmm....aku rasa mungkin korang dah tahu benda ni...tapi bila aku fikir balik, tak adik bagi kita menghukum dan memberikan alasan kepada mereka.
beberapa hari lalu, aku mencari video siti nurhaliza, sebaik sahaja lama youtube dibuka...aku terus terlihat berpuluh-puluh, malah beratus-ratus video klip siti nurhaliza berkaitan dengan perbandingan dengan artis daripada filipina iaitu regine...
tak adil bagi kita menghakimi seseorang tanpa kita mengetahuinya dengan lebih rapat lagi. Regine dan siti memang penyanyi yang berbakat besar di Asia. siti beberapa kali mengungguli carta teratas bagi penyanyi terbaik Asia, tetapi kini takhta itu dirampas oleh Regine daripada Filipina kononya... memang sedia maklum, siti adalah songbird of Asia dan Malaysia. tapi apa yang aku tak puas hati disini, dalam video ini membandingkan kedua-dua penyanyi tersebut, malah mereka yang upload video tesebut mengutuk siti nurhaliza. perdebatan mula rancak pada ruang-ruang komen youtube tersebut.
sedih tol, sedih sgt coz mereka ni bertelagah...malu wei pada bangsa sendiri.....kutuk2 bukan cara kita...aku nak tegur la peng "upload" video di youtube yang membandingkan siti dengan Regine...terutamanya daripada filipina, jangan disebabkan video itu kita 2 negara bergaduh atau bermasam muka....Siti ada kelebihannya, Regine ada kelebihannya....walapun tahap vokal siti hanya setinggi D5, dan regine 7,8@9 kali ganda daripada itu, tetapi cara nyanyian mereka berbeza.
"jangan judge penyanyi terbaik berdasarkan kepada tahap vokal yang tinggi.....tetapi judge cara penyampaian sama ada sampai atau tidak...jujur aku cakap, regine hanya menjerit di atas pentas, suaranya hebat, tetapi Amy search lagi hebat, jackly viktor lagi hebat....siti dinobatkan sebagai songbird of asia kerana suaranya yang merdu, walaupun suaranya tidak setinggi Regine tetapi cerita lagu yang disampaikan kesampaian...tidak seperti regine yang menyanyikan dengan menjerit...(kebanyakannya lagu inggeris)....
kesimpulannya...bukan kenyaringan dan ketinggian suara yang diutamakan...yg ptg adalah kesampaian cerita lagu yang ingin disampaikan..
Fikir-fikirkanlah.. Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
Kisah Benar : Memori Maisarah 2
Kisah Benar : Memori Maisarah 2
Kembali semula kepada kisah Miasarah dan liku-liku kehidupannya di kota. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Kehidupan Maisarah semakin sukar dengan kematian suami dan terpaksa menjaga anaknya yang masih lagi bayi. Setelah hampir 3 bulan tidak menghubungiku, aku faham dengan kesedihan yang dialaminya dan kesukarannya untuk meneruskan perbualan kami 3 bulan yang lalu.
Aku tidak memaksa untuknya meneruskan aku hanya ingin menjadi tempatnya untuk meluahkan segala resah dan kekesalan yang pernah dilaluinya. Meskipun hubungannya dengan Hussien sebelum ini adalah haram statusnya, tetapi cinta hussien membuaktikan bahawa hubungan itu perlu halal dan kukuh, tetapi impian yang ingin dibina dan meminta memaafan daripada keluarga dikampung bertukar kepada tragedi.
Setelah kematian Hussien, Maisarah tidak dapat bekerja kerana menjaga anaknya dan akhirnya dia terpaksa diusir daripada rumah sewa. Maisarah mula merempat ke kota besar dengan mengendong bayi kecilnya. Waktu itu usianya baru sahaja mencecah 22 tahun. Ingan sahaja diturutkan kata hati untuk pulang ke kampung, tetapi niatnya terhenti dek kerana malu yang menebal. Kehadirannya tidak mungkin akan diterima oleh mereka dikampung. Maisarah nekad untuk meneruskan perjuangan hidupnya dikota metropolitan meskipun ada saatnya dia hampir sahaja lelah untuk melangkah.
Tangisan dan hengusan syahdunya dapat aku dengar tatkala kami berbual melalu talian telefon, hati aku kian tersentuh dan berdesir sendirian. Seorang wanita bekerjaya dan usiannya hampir seumuran dengan ibuku, menangis dan meluahkan derita yang ditanggung. Ini adalah satu penghormatan buat aku dan aku akan gunakan sata ini dengan sebaik mungkin.
Berbalik dengan kehidupan dikota, Maisarah berjalan mencari rezeki dengan upah mencuci pinggan di salah sebuah kedai makan cina, dia diberi tempat tinggal dan anaknya dibawa ke tempat kerja. Ada saatnya bayi kecilnya itu menangis dan merengek, tetapi atas sikap prihatin majikannya dia membenarkan Maisarah menjaga sekaligus bekerja pada masa yang sama. Dari saat itulah Maisarah mula menjaga bayinya dengan bekerja di kedai makan cina.
Tetapi, hidup maisarah sekali lagi mengundang derita. Hatinya semakin remuk dan pupus dengan harapan. Sinar yang yakin pastikan menjelang, dibayangi dengan awan kegelapan yang tidak dapat ditembusi. Kabus tebal mula menyelimuti awam udara sekeliling. Beberapa minggu setelah bekerja di kedai makan cina, pada suatu malam, Maisarah perkosa oleh anak majikannya yang dikenalinya dengan nama Albert. Albert mengugut kepada Maisarah supaya merahsiakan kejadian itu. Maisarah diperlakukan sebagai hamba seksnya hampir setiap hari selama beberapa minggu.
Dengan batin yang terseksa, akhirnya Maisarah berhenti kerja dan mencari kerja ditempat lain. Dengan adanya wang saku gaji pertamanya, Maisarah meneruskan perjalanan hidupnya dikota. Anaknya kian membesar, Maisarah perlu mencari kehidupan yang lebih sempurna daripada ini. Macam-macam kerja cuba dibuatnya, semuannya tidak menjadi. Kebanyakannya hanya menginginkan tubuhnya yang montok. Raut wajah Maisarah membuatkan ramai yang terpesona. Ada juga yang pelawa Maisarah untuk menjadi pelacur kelas atasan. Maisarah menolak bulat-bulat, walapun hatinya pada mulanya menginginkan kerja itu kerana pendapatannya yang lumayan.
Apabila difikirkan balik, dia ingin mencari penghidupan yang baik dan bukannya untuk terjun ke lembah neraka. Cukuplah dosa yang ditanggung selama ini, biarlah hidupnya menjadi lebih sempurna seperti orang lain. Aku mula menangis dan menitiskan air mata. Apa tidaknya, usia Maisarah ketika itu seusia dengan umurku sekarang ini. Maisarah telah menjalani pelbagai ujian dan dugaan. Aku sangat bersyukur dengan keadaan aku sekarang.
Ya aku tahu, meskipun ini semua bertitik tolak daripada kesalahan Maisarah, tetapi aku yakin semuannya ada hikmahnya. Kerinduan Maisarah pada keluarganya dikampung tidak akan pernah pupus. Maisarah mendapatkan berita keluarganya dikampung dengan bantuan sepupunya, Anita. Anitalah yang menjadi perahsia dan penghubung berita tentang keluarganya. Maisarah dan Anita bukan sahaja sepupu, malah dialah sahabat baik. Maisarah menceritakan semua perjalanan hidupnya di kota besar kepada Anita, Anita turut bersimpati dengan penghidupannya. Berjuta kali Anita meminta Maisarah supaya pulang ke kampung, tetapi Maisarah enggan dan malunya masih lagi menebal walaupun kejadian itu telah berlaku hampir 4 tahun.
Setelah berhenti kerja di kedai makan cina, Maisarah mencuba nasib menjadi pembantu rumah, dari situlah diberkenalan dengan suaminya sekarang, Hamdan. Pada mulanya Maisarah menjadi pembantu rumah tunangan Hamdan, Kika. Setelah beberapa bulan Maisarah berkerja di situ, dia sekali lagi akhirnya cuba untuk diperkosa oleh abangnya Kika. Kali ini, Maisarah tidak berdiam diri, dia cuba menegakkan keadilan. Namun semua itu sia-sia, abang kiki pula sebaliknya menuduh Maisarah mengodanya. Hancur hati Maisarah kerana semuanya percaya dengan kata-kata lelaki durjana itu.
Pandangan ini berbeza dengan Hamdan. Hamdan percaya dengan kata-kata Maisarah dan disudah masak dengan perangai abang kika. Hamdan jugalah yang mengambil Maisarah untuk berteduh seketika dirumahnya setelah diusir oleh majikan Maisarah, iaitu ayahnya Kika. Tindakan Hamdan itu mendapat tentangan hebat daripada Keluarga Kika dan akhirnya, setelah kemelut dan berperang mulut beberapa kali, pertunangan Hamdan dan kika akhirnya putus.
Maisarah meletakkan kesalahan semuannya berlaku disebabkan dia. Namun Hamdan dan keluarganya cuba menjelaskan perkara yang sebenarnya. Sudah lama Hamdan ingin memutuskan tali pertunangannya dengan Kika kerana sikapnya dan keluargannya yang teruk dan mementingkan diri sendiri. Akhirnya Hamdan tahu perangai Kika yang sebenarnya dengan kehadiran Maisarah.
Maisarah dan bayinya duduk di rumah Hamdan dan akhirnya bibit-bibit percintaan mereka mula berbungga. Walaupun pada mulanya mendapat tentangan lembut daripada keluarga Hamdan, akhirnya mereka mendapat restu daripada keluarga Hamdan.
Maisarah pernah meminta ayahnya supaya menjadi wali kepadannya untuk bernikah dengan Hamdan, tetapi kemarahan ayah dan keluarganya masih menebal. Saat inilah Maisarah menangis dan semakin kuat tanggisannya. Aku mula berdiam diri dan meminta perbualan kami berhenti setakat ini. Kalau sudah sedia baru dia ceritakan perkara yang berlaku setelah itu.
Namun, Maisarah ingin juga meneruskan perbualan kami. Dia berkahwin juga dengan Hamdan tanpa ada kehadiran walinya yang sepatutnya. Kini hampir 20 tahun perkahwinan Maisarah dengan Hamdan dan mereka sangat gembira sekarang ini. Perkahwinan itu dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Dua lelaki yang kini berusia 18 dan 17 tahun dan seorang perempuan berusia 15 tahun. Anak sulungnya bersama suaminya terdahulu telah berada di Russia belajar di sana, kini usianya mencecah hampir 23 tahun.
Walaupun, dilihat kehidupan Maisarah semakin sempurna. Tetapi kerinduan pada keluaragnya semakin menebal. Maisarah masih lagi mengharapkan penerimaan ahli keluarganya di kampung. Aku difahamkan, keadaan ayah Maisarah sedang sakit dan Maisarah hendak dan nekad pulang ke kampung. Diharapkan Maisarah mendapat kemaafan daripada ahli keluarganya. Aku memberikan kata semangat kepada Maisarah meskipun usia aku seusia anaknya, tetapi aku juga manusia dan aku harus membantu.
Setiap orang ada masalah dan sejarah lalu, salah ke kalau kita hendak berkongsi masalah kita dengan orang lain? Salah ke jika kita meluahkan apa yang terbuku dalam diri ini seperti Maisarah, masalahnya dipendam selama hampir 20 tahun.
Aku menceritakan ini semua semoga kita mendapat iktibar daripada cerita Maisarah. Berkongsi suka duka tidak menjadi masalah. Aku tidak merasa malu untuk menangis, kerana aku berasa beruntung tidak ditempat seperti Maisarah (Mak Cik Maisarah). Semoga Maisarah mendapat kemaafan daripada keluargannya... SEKIAN. Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
Hari Ini : 10 Julai 2009
Hari ini aku pergi kl selepas balik daripada jumpa Dr seri lanang...aku punya penasihat akademik...lepas tu aku pergi Kl nak selesaikan kes 10 tahun lalu...entah lah...ada masalah yang aku fikirkan sudah selesai..bila aku ingat balik...air mata aku mula menangis..aku tak nak ingat balik...bila aku ingat balik, aku dituduh pembunuh, aku kembali menangis
AKU BUKAN PEMBUNUH, tapi kadang kala aku rasakan diri aku ini seorang pembunuh, aku menyebabkan atas kematiannya...aku rasa serba salah sehingga menyebabkan diri aku dihina, dimaki dan dicaci...aku benci dengan diri aku..aku sudah pasrah semuanya kepada ilahi..tetapi itu 10 tahun dulu ketika aku 13 tahun...tetapi kini aku telah kembali seperti insan biasa
aku ingin berdiri teguh dengan dua pasak kaki aku ini...aku tidak mengharapkan apa-apa kecuali kemaafan daripada mereka...bukan aku yg menyebabkan dia pergi, bukan aku...aku berkali-kali cuba menafikan kata-kata itu..tetapi aku terus aja menitiskan air mata…
kepada Liza, walau berjuta tahun kau pergi, aku tetapi selalu ada disamping mu dan sentiasa kenangkan dirimu…diri ini tidak lengkap dengan kehadiran Liza…tapi kenapa cinta ini dihalang oleh mereka, kenapa aku yang dipersalahkan dengan pemergian mu…dengarkanlah rintihan hati yang kian terguris…
Akak Sari sudah menceritakan segalanya kepada aku, dan dialah yg sms aku suruh datang ke kl kerana ada benda yang ingin dibicarakan..aku terkejut sewaktu menerima sms daripadanya…aku terpaksa menipu kepada kawan2….dengan mengatakan berjumpa dengan seseorang…tetapi sebaliknya aku berjumpa dengan kak Sari…kebencian mak dan bapakmu Liza tidak akan pernah terhakis..
Bayangan parang yang cuba dihinggap ke kepala aku masih lagi terbayang-banyang…seolah-olah bapak mu ingin membunuhku…ya aku tahu ketika itu usia aku masih lagi 13 tahun, tetapi masih segar dan tidak pernah luput walau setiap detik…
Biarlah kerinduan ini bersamamu untuk selamanya meskipun aku gagal untuk melembutkan hati mak dan bapakmu, buat kak sari terima kasih kerana memberikan aku keyakinan untuk hidup dan memberikan aku hadiah yang diberikan kepada Liza meskipun lewat hampir 10 tahun, tetapi aku faham dengan keadaanmu yg tidak mengizinkan…
Aku pulang balik ke UPSI dengan hati yang sedih teramat sgt…ingatkan ingin stay di kl dan balik keesokkan hatinya, tetapi hati aku resah dan gelisah dan aku terus pulang ke kolej… Klik ini : Downdload Lagu Artikel Ilmiah
Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
Batu Terapung peninggalah Nabi Muhammad S.A.W
Batu Terapung peninggalah Nabi Muhammad S.A.W. Riwayat Isra' Mi'raj dalam Kisah Para Nabi disinggung sebagai "hajar" tempat berpijak Nabi Muhammad saw ketika Mi'raj kelangit ingin ikut bersama Nabi Muhammad saw benar-benar ada. Sebagai mu'jizat, Nabi melarang batu itu ikut dan memerintahkan batu tersebut kembali ketempat asalnya semula. Ada yang mengatakan riwayat ini termasuk dho'if (lemah).
Batu yang dimaksud masih ada sampai sekarang, tepatnya terletak di bawah Qubbah Sakhra (disebut Mesjid Umar Ibn Khattab, karena Umar bin Khattablah yang semula membangunnya), bukan terletak di dalam Mesjid Al-Aqsha. Antara Masjid Umar dan Masjid Aqsha dibatasi oleh lapangan luas...
Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
Kisah Benar : Memori Maisarah
Kisah Benar : Memori Maisarah
Ini adalah kisah hidup seorang kakak Maisarah (Bukan nama sebenar) yang kini berusia hampir 40-an. Aku berkenalan dengannya secara tidak sengaja disebuah kedai dan melihat keadaanya yang rundum, aku datang mendekat. Kemesraan kami mula timbul, aku memanggilnya dengan panggilan kakak, dan dia memanggil aku dengan nama adik. Tidak lama perbualan kami, akhirnya kami bertukar-tukar nombor telefon.
* * *
Setelah aku memberikan tunjuk dan pandangan, akhirnya Maisarah bersedia untuk hidup kembali. Rohnya kembali bersemangat untuk hidup setelah jasadnya kaku diam berdiri. Ini adalah kisah benar dan aku diberi kepercayaan untuk mencerita ini untuk kebaikan kita semua.
Tika ini, Maisarah telah berada disisi keluarga dan hidup bahagia. Berbeza dengan kehidupannya hampir 5 tahun lalu. Dalam masa 5 tahun itu, pelbagai perkara yang perlu diharungi Maisarah meskipun cubaan itu tidak sebesar yang disangka, tetapi ia mampu memberikan bebanan hidup hingga ke akhir hayat.
Aku menulis coretan hidupnya bukan untuk memalukannya dan bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sebagai pedoman dan nasihat kepada pembaca semua. Diharapkan kisah ini memberikan seribu satu hikmah kepada anda semua. Amin…
Tika usianya hampir mencecah 18 tahun, tika itulah kisah ini bermula, Maisarah seorang gadis biasa dan berpewatakan lembut sering mendapat pujian daripada orang lain terutamanya dalam pelajaran. Perkenalannya dengan seorang lelaki dilaman chatting telah merubah semuanya.
Dari perwatakan lembut, bertukar kepada insan yang sering memberontak dan mencari identiti yang tersimpang daripada jalannya. Dirinya berubah setelah selesai mengambil peperiksaan SPM, dan saat itulah dia mencari ruang tempat cinta yang salah. Hussien yang dikenalinya, diharapkan bisa menuai padi yang menguning tetapi akhirnya dibiarkan layu dimamah kulat.
Setelah hampir 3 bulan mengenali lelaki itu Maisarah akhirnya nekad untuk keluar daripada rumah dan mengikut Hussien yang dianggapnya sebagai cinta sejati. Keadaan Hussien yang hanya seorang penganggur juga tidak berfikir panjang, demi cinta monyetnya dan berfikiran yang tidak matang akhirnya dia membawa lari Maisarah jauh ke ibu kota.
Berbekalkan wang saku yang tidak banyak dan pakaian selama seminggu, mereka menyewa sebuah rumah di kulala lumpur. Hussien keluar mencari kerja dan ingin memulakan hidup baru bersama dengan Maisarah. Pada mulanya, aku merasakan Hussien seorang lelaki yang ‘dajjal’ yang bawa lari anak orang, tetapi setelah itu aku merasakan sangkaan aku meleset.
Hussien menjaga Maisarah seperti isterinya. Makan, minum dan pakaian semuanya dijaga walaupun bekerja sebagai operator kilang. Demi mencari pendapatan lebih, akhirnya Maisarah juga turut bekerja bersama-sama dengan Hussien. Mereka bermastautin di Kuala Lumpur ibarat sepasang suami isteri yang bebas bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.
Ya, memang mereka sudah terlanjur. Malah, Maisarah sudah beberapa kali menggugurkan kandungannya untuk mengelakan daripada dicemuh. Akibat daripada itu, akhirnya Hussien nekad untuk menjadikan Maisarah sebagai isterinya. Memang anda semua rasa perbuatan Hussien dan Maisarah itu sudah terlambat, tetapi sedikit sebanyak mereka telah sedar dengan kesalahannya.
Dengan ikatan yang sah, dan pekerjaan yang boleh dikatakan mantap, mereka akhirnya bersedia untuk menimang cahaya mata. Haikal lahir setelah genap 1 tahun 6 bulan mereka lari daripada rumah. Ditatang Haikal dengan penuh kasih sayang, kasih sayang daripada kampung halaman mereka dilupakan. Maisarah sudah tidak mengingati asal usulnya dan tiada lagi khabarnya didengar oleh keluarganya dikampung.
Maisarah rasa terhimpit dengan perasaanya. Jiwanya kacau dan memberontak sekali lagi, tetapi kali ini ia memberikan kesedaran kepada Maisarah untuk pulang ke kampung. Dia ingin meminta restu daripada keluarganya dengan perkahwinannya dan menerima Haikal dan Hussien sebagai ahli keluarga yang baru.
Disangka panas hingga ke petang, hujan ditengah hari. Maisarah sekali diuji setelah dirinya menyesali akan kesilapanya yang selama ini dilakukannya. 2 hari sebelum mereka pulang ke kampung, Hussien meninggal dunia dalam satu kemalangan. Maisarah jadi kacau, jiwanya dikecam oleh semua keadaan. Terlalu hiba dan sedih. Ketika ini perbualan aku dengan Maisarah terhenti selama beberapa hari. Aku tidak berniat untuk meneruskan penceritaanya kerana titisan air matanya semakin menjurai. Rengekkan tangisannya itu kedengaran dari corong telefon.
Aku matikan cerita aku disitu. Aku kembali memandang ke arah bintang dilangit biru, aku yakin semua yang berlaku ada hikmahnya. Maisarah ingin bertaubat dan meminta maaf kepada Ahli keluarganya tetapi malang sekali lagi menimpa. Aku terus berfikir panjang. Hampir seminggu Maisarah tidak menghubungi aku dan meneruskan penceritaannya, namun aku hanya diam dan berdoa untuk dirinya. Semoga semuanya selamat.
Bersambung...
Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
|
|