Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Hari-hari aku bersama keluarga adalah saat yang paling indah..pelbagai telatah semuanya meningatkan kembali kenangan masa kecil...hari ini, aku sendirian duduk di kedai mamak sambil melayari internet, entah dengan cerita apa yang ditayangkan di star movie..tapi seronok juga menontonnya. dengan kelibat keluarga yang menjamu selera. hahahhaa...ketawa aku lihat anak kecil yang memakan roti canai, disampingnya ada ayahnya yang sedang leka menonton movie.
mana keluargaku? ermmmm....abh dari awal pagi dah tak kelihatan, kata mak abah pergi menolong kawannya mengecat kedai...mungkin mahu membuka kedai...mak pula, ikut along dengan zura antar adik bongsu aku ke asrama. kata mak, 3 anak dara pingitan nanti mahu berjalan-jalan di kota tinggi. ceh, tengok kain lah tu atau cari baju...pakaian di sana boleh dikatakan murah, kalau dibandingkan dengan johor bahru...mak dengan mulutnya rompong tiada gigi hanya menanti gigi palsu. hahhahahha...aku, adik dan along sering kali mengusik emak yang tiada gigi...iyalah, giginya itu telah tertanggal sewaktu xcident...hahahha...macam baby pulak mak aku dengan tak ada gigi.
insyaAllah minggu ni gigi palsunya akan siap. ehhehehe....rompong ya giginya..ahaks...mana pergi daha? ermmmm..entahlah mungkin ada dirumah emaknya...dia biasalah, dengan abang berniaga kedai burger di hadapan rumah...kalau korang nak tahu, memang sedap burger yang depa jual. harga murah, banyak bahan2nya, sos lada hitamnya mcm sos burger prosperiti mcd..perhhhh...sedap siot..huhuh...
mana perginya adik kembar aku? ermmm..sebelum aku keluar dari rumah nak ke kedai mamak, dia tgh siap2 nk pergi kerja..dalam kol 5 petang. sebelum tu kami tgk cite 2012 hhahaha...khai datang ke rumah aku...aku ingat nk dtg umh dia esok lusa, tapi dia msj aku otw...tak ke punya kelam kabut, dengan tak mandinya..adeyh..busukkkkk...ahaks...
lepas aku keseorangan di rumah, aku terus p kedai mamak, on9..nk ilang boring...itulah ceritanya...ahaks...nk cari keje cuti ni tapi ada ke keje sebulan? sapa ada keje tok aku? ahaks.....Read more..!
Dari kiri aku melihat satu cahaya yang terang, datang dari arah atas dan kadangkala ia menurun ke bawah. Bebola mata dan hatiku tertanya-tanya, apakah cahaya itu. Adakah ia cahaya lampu neon yang sentiasa menemani aku belajar waktu aku belajar dahulu. Adakah ia sinaran mentari yang bisa aku tatapi tiap pagi, sama seperti waktu aku bersantai di Teluk Ramunia bersama-sama rakan sedikit masa dahulu. Aku sekali lagi tertanya-tanya, bermain dengan teka-teki yang tak mungkin aku selesaikan.
Tanganku terpaku, seksa dan sakitnya. Lelehan darah mula mengalir jatuh, dari dinding hingga ke bumi. Aku kerasan dan tidak termampu melawan untuk mencabut pacakan paku itu. Aku mula menangis, tidak henti-henti. Semakin aku cuba untuk meloloskan diri, semakin sakit tangan aku dan semakin itu darah banyak mengalir. Dari cahaya lalu aku melihat satu kerlipan kunang-kunang yang indah, tidak dapat diungkapkan bertapa indahnya kelipan kunang-kunang itu. Walaupun sinaran cahaya itu telah hilang, kerlipan kunang-kunang itu mampu memberikan aku cahaya dan menyembuhkan mata yang sakit terkena silauan cahaya.
Semakin lama, semakin mendekat kunang-kunang itu menghampiriku. Aku terpegun dengan kecantikan corak cahaya yang dibentuknya. Ada kalanya corak itu seperti sayap burung yang terbang, ada kalanya ia berbentuk awan yang sangat cantik dan indah. Tatkala aku menatap keindahan itu, datang pula satu bunyi yang amat takut dan menyakitkan kepingan pendengaranku. Suara itu amat menakutkan, aku mulai khuatir jika suara itu semakin mendekat. Pekikan dan lolongan suara itu membuatkan aku binggung dan bersungguh kepala. Aku cuba memalingkan kepala ke kiri dan ke kanan, ke atas dan ke bawah. Mencari setiap celah sudut kamar itu. Dari manakah suara itu? Suara siapakah itu? Lalu aku berterik sekuat-kuat hati. Aku cuba menghentikan suara itu. Namun suara itu terus menghantuiku. Aku benar-benar ketakutan dan pengen sekali aku meloloskan diri dari kamar itu. Tapi aku tak bisa, dengan tangan yang terpaku pada dinding yang tajam, kakiku hanya terikat bertunjangkan bumi. Mana bisa aku melepaskan diri.
lama sudah aku tidak bercerita tentang kisah ku diruangan ini. beberapa hari lalu aku bermimpi, namun mimpiku ini aneh. adakah ianya benar2 berlaku atau hanya mainan tidur. aku mula sedar, banyak hikmahnya dalam mimpi itu, lalu aku coretkan cerita ini ke dalam semua cerpen yang aku beri nama AKU TIDAK MAHU MATI.
"Aku tak mahu mati, tapi aku terpaksa mati" Itulah kata-kata yang sesuai dengan cerita ini. kita tidak bersedia untuk mati? tapi kenapa kita tidak bersedia? semuanya ada di cerita itu. ambilah pengajarannya dan buanglah apa yang tidak baik. banyak kontranya dalam cerita ini.
1. Charice Pempingco Form Philippines (16 Years Old)
Selepas memenangi satu pertandingan realiti tv iaitu Littel Big Star, Nama Charice terus menyerlah di persada antarabangsa. Penyanyi pujaannya adalah Withey Houston, Mariah Carey dan Celine Dion. Malah beliau pernah berduet dengan Celine Dion. Ketika itu dia berusia 15 tahun. How amazing is this girl? Her voice is so powerful and the control is outstanding! I must say, she has one of the best female voices that I have ever heard. She sings this song better than original singer! Go, Charice!
2. Bianca Ryan From America (14 Years Old)
Bianca Ryan adalah salah seorang pemenang America's Got Talent 2006, ketika itu berumur 11 tahun. Bianca Ryan mengalahkan pesaingnya iaitu Jessica Shancez.
3. Jessica Sanchez From America (14 Years Old)
Ini adalah pusingan wild card, Jessica telah membuktikan dirinya dipilih dalam wild card dengan membuat nyanyian terbaik yang pernah dibuat. Jessica juga bersyukur kerana dipilih oleh Brandy ke pusingan Wild Card setelah tersingkir pada awalnya dan kemudiannya menjadi pesaing terhebat kepada Bianca Ryan yang menjadi juara ketika itu. She performed this when she was 11 years old and although I think she's done much better than this, it was an awesome performance! Great as always from Jessica.
4. Zara Larsson From Europe (11 Years Old)
Ramai yang tidak menyangka gadis lawa dan kecil molek ini mempunyai suara yang lantang dan terbaik yang pernah di dengar. Video ini adalah ketika audition untuk program realiti tv iaitu, Talang 2008 (Europe's Got Talent 2008). Beliau menjadi johan dalam pertandingan tersebut dan mengalahkan peserta yang lain.
5. Amy Nobleza, From Philippines (6 years old)
Cuba perhatikan tika kanak-kanak berusia 6 thn ini bernyanyi, ada yang ketawa. tapi dia berjaya mengawal dirinya. Itulah penyanyi terbaik, orang dewasa hanya pandai tertawa tapi tidak pandai memberikan dorongan. Amy dikatakan THE NEXT CHARICE PEMPENGCO. Go job gurl. I like your style and level of confident.
6. Connie Talbot From Britains (6 Years Old)
Walaupun tidak memenagi pertandingan Britains's Got Talent tetapi dia berjaya masuk ke final dan berjaya mengawal dirinya. Suaranya yang merdu dan bersahaja berjaya memukau para pendengar. Alunan suaranya tidak sehebat Amy Nobleza yang seumuran dengannya tetapi erti yang disampaikan dalam lagunya sungguh bermakna. Itulah salah satu ciri penyanyi terbaik. Good Job Gurl.
7. Natalie Okri From Britain (10 Years old)
Aku suka sekali suaranya ketika menyanyi lagu no one Nyanyian Alica Keys. Ramai yang suka dia nyanyi lagu ini termasuk simon cowell. Jika digilap dia tidak mustahil akan menjadi superstar. Namun dia kecundang dalam pertandingan Britains Got Talent 2009.
Sekarang ini aku ibarat burung yang terbang di awangan, bebas berlari tanpa diikat, dikurung. Otak yang penat bekerja memerah segala keringat kini terhenti seketika. Aku kian lelah berbicara dan memutarkan punat skru yang ada pada kepalaku. Skrunya kian longgar, kini perlu masa untuk istirehat. Aku mula tersenyum dengan kertas yang membuatkan akal fikiranku kian ringan. Segala beban yang aku pendam, segala isi yang terpadat dan segala ilmu yang disimpan telah aku luahkan di kertas putih itu. Biar aku tersenyum walau ada sedikit keraguan, biar aku tersenyum walau ada sedikit kesilapan, apa yang pasti aku puas menghabiskan segalanya.
Mata aku sering melihat jam yang terpampang di dinding hadapan, tangan yang lancar bertinta kian lelah tidak berdaya. Sendi-sendiku kian terasa sakitnya berkerja. Namun masa harus aku kejar, satu isi harus aku luahkan tanpa ada satu yang tertinggal.
Tepat tamat waktu itu, ingin aku melompat lebih tinggi dan berteriak, MERDEKA!!! Aku telah merdeka dan merdeka. Aku telah merdeka sebenarnya. Dalam kegembiran aku, tawa dan senyum rakan-rakan, aku mula memerhati mereka semua satu persatu. Ada yang tawa, gembira, dan ada juga yang beduka. Mereka saling berpelukan antara satu sama lain, bermaafan antara satu sama lain. ada seorang sahabat mengatakan kepadaku
"Kita lepas ini dah tak jumpa lagi”
Tersentap aku seketika. Baru aku tahu, tamat sudah pengajianku di sini. Segalanya sudah berakhir, tetapi sebaik aku melangkah keluar, ia seperti mula mula berlaku. Aku telah tiba melangkah ke alam satu lagi. Aku mula sayang untuk meninggalkan UPSI. Satu tempat yang tidak akan pernah aku lupakan. Tidak akan pernah walau sedetik hilang dari ingatan. Dari UPSI aku belajar segalanya, dari seorang yang tidak mengerti erti kehidupan, aku mula tahu erti kawan, rakan dan sahabat.
Kini, aku tidak boleh menangis meninggalkan UPSI. Aku harus bangga dan bangkit, aku harus buktikan aku adalah ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN yang berbakti kepada bangsa dan negara. Setiap darah ilmu yang aku tuntut di UPSI akan aku curahkan kepada anak bangsaku. Terima Kasih UPSI.
Blog ni aku cipta khas untuk rakan2 kenali diri aku dgn lebih rapat & tahu latar belakang aku. Apa yang aku tonjolkan tentang aku adalah mengenai asal aku, cita2 aku, hobi aku (suka buat cerpen n puisi) dan sebagainya..diharapkan persahabatan kita kekal untuk selamanya..insyaAllah.. aku seorang sahabat yang mementingkan persahabatan.. love u all..From abg aloha
About Me
Nama : Asrul aka YaGaMi LaiTo Asal : Jay Bee, Malaysia Tarikh Lahir : 5 Ogos 1986 Pelajar :Universiti Pendidikan Sultan Idris Guru :Pendidikan Bahasa Melayu and Moral Hobi :Membaca buku, menulis,melayari internet Cebisan Tentang Aku : simple, suka berkawan, boleh menjadi sahabat dan tempat untuk berkongsi masalah More..
APA??
Benci : Orang yang menipu.
Suka : Bila disayangi seseorang
Artis : Carrie Underwood, Fantasia Barrino, Datuk Siti Nurhaliza, Shiela OIAM2, Celine Dion dan Aznil Hj Nawawi.
Novel : Harry Poter, Love Story, Lord OF The Ring, dan beberapa buah novel cinta Melayu.
Karya : Ramlee Awang Murshid (triller novelis), Habiburrahman, Usman Awang, dan A. Samad Said.
Perbezaan Antara Asrul dan Airul
1:Dia berisi sedikit daripada aku
2:Dia dah bekerja, aku stdy lagi
3:Di dahi sebelah kanan dia ada parut, aku ada tahi lalat
4:Dia suka ikut kawan, sehingga mak abah soh aku jadi spy
5:Dia suka main game, aku kurang minat
Persamaan Antara Asrul dan Airul
1:Kami selalu kalau demam sama-sama
2:Satu kepala
3:Suka tengok cite hantu
4:Suka berkaraoke