- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Rabu, 30 April 2008

TEGUH

Pagi itu ketika cuaca baru terang-terang tanah dan embun masih basah di hujung rumput, Mandar Tuai Pasong sudah turun ke tanah lalu menuju ke hutan yang terletak di belakang kawasan rumah panjang Setia Naga. Dengan hanya berkaki ayam, berseluar pendek dan bersenjatakan sebilah parang panjang, dia meredah semak belukar dengan semangat yang tidak pernah luntur. Tangan kanannya menggenggam erat parang panjang dan sesekali parang itu dilibas ke kiri dan ke kanan mencantas anak-anak kayu di lorong yang dilaluinya. Apabila berasa penat dia berhenti berehat di bawah se pohon Ara sebesar pemeluk sambil membuang pandangan ke puncak Gunung Santubung yang nampak berbalam diselaputi kabus. Gunung yang tersergam megah itu menjadi lambang keteguhan semangatnya. Dia tidak akan berganjak dari keputusan yang telah diambilnya dan itu adalah muktamad.

" Aku tak akan benarkan anak kita berkahwin dengan pemuda Melayu itu. Keputusan aku adalah muktamad. Dan kau tidak boleh membantahnya!" dia teringat kata-kata yang dihamburkan kepada Bulan, isterinya malam tadi.

" Saya bukan nak membantah. Cuma ingin kepastian sahaja. Kenapa abang tak setuju?. Adakah kerana Syafiq itu Islam?. Bukan tak pernah gadis Iban memeluk Islam kerana berkahwin dengan orang Melayu. Kalau mereka sudah suka sama suka, biarkan saja mereka berkahwin."

" Aku bantah bukan saja kerana dia Islam tetapi hendak menjaga keturunan kita. Awak bukan tidak tahu, anak kita hanya Aghata seorang. Sekiranya dia berkahwin dengan orang Melayu habislah keturunan kita. Aku nak keturunan keluarga kita dipertahankan. Kerana itu Aghata mesti berkahwin dengan Saljie. Bukan Azmi. Tambahan pula kita sudah berjanji hendak mengahwinkan mereka sejak kecil."

Bulan tidak berkutik lagi. Walaupun dia berasa belum puas lagi meluahkan apa yang tersirat di hatinya namun apalah gunanya kerana dia tahu sikap suaminya yang pantang di sanggah kata-katanya. Tambahan pula adalah satu kesalahan dalam masyarakat Iban bila isteri membantah kemahuan suami.

" Abang juga menentang usaha pengurus ladang itu hendak membuka hutan untuk di tanam pokok kelapa sawit?" tanya Bulan cuba mengalih tajuk perbualan.
" Hutan itu menjadi tempat berkumpul roh-roh nenek moyang kita yang telah mati. Hutan itu juga tempat aku dan kawan-kawanku berburu babi, pelanduk, kijang dan sebagainya. Di situlah kami mencari rezeki. Kalau hutan ini dimusnahkan, roh-roh nenek moyang akan menyumpah.Kalau kawasan ini diratakan semua binatang akan lari kerana tidak ada tempat untuk bersembunyi. Kerana itu aku tidak setuju dengan cadangan tersebut. Kawasan hutan itu tidak boleh dimusnahkan. "

Kata-kata itu bukan saja perlu dipahatkan ke hati isterinya malah kepada semua penghuni rumah panjang Naga Setia. Dia mahu kata-kata itu dipahatkan di dada masing-masing agar mereka bersatu padu mempertahankan hak mereka. Cukuplah setakat 100 hektar sahaja kawasan tanah milik mereka yang di penuhi pokok rumbia telah dimusnahkan untuk diganti dengan pokok kelapa sawit. Dia tidak akan membenarkan projek itu diluaskan lagi. Cukup sekadar yang sudah ada.

" Tanah di kawasan itu memang sesuai dengan tanaman pokok Kelapa Sawit. Tengoklah projek percubaan kami di kawasan seluas 100 hektar itu telah berjaya. Pokok Kelapa sawit tumbuh subur dan tidak lama lagi akan mengeluarkan hasil. Kerana itu kami bercadang hendak membuka kawasan hutan itu untuk diusahakan dengan tanaman pokok Kekapa Sawit. Tanaman itu lebih menguntungkan berbanding pokok sagu "

Kata-kata yang diucapkan oleh anak muda itu membuat mandar Tuai Pasong tidak lena tidur. Terbayang di matanya hutan yang menjadi kesayangannya itu dimusnahklan. Pohon-pohon kayu sepemeluk, dua pemeluk dan tiga pemeluk akan tumbang menyungkur bumi. Malah anak-anak kayu sebesar jari kelingking juga akan turut musnah. Itulah yang paling menakutkannya. Dia tidak sanggup melihat hutan yang menjadi nadi kehidupannya itu dimusnahkan.

" Mereka bukan hendak memusnahkan hutan. Tetapi hendak menanam pokok kelapa sawit yang lebih menguntungkan. Hasil dari tanaman itu akan dijual dan keuntungannya diserahkan kepada kita. Kerana itu kita mesti beri sokongan kerana projek itu bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Iban di sini. Kerajaan tidak mahu kaum Iban ketinggalan dalam arus pembangunan. Kaum Iban di Naga Setia mesti maju seperti kaum-kaum lain di negara ini."

Kata-kata Aghata itu turut terngiang di telinganya dan menambah rasa cemas di hatinya. Antara kata-kata Azmi dengan kata-kata Aghata silih berganti. Baginya kata-kata itu terlebih lagi kata-kata anak perempuannya yang disuruh belajar tinggi-tinggi itu hanyalah untuk mematahkan semangat juangnya. Dia tidak akan tersihir dengan kata-kata tersebut. Sebagai penolong tuai rumah panjang dia mesti berpendirian teguh, seteguh Gunung Santubung.

" Apabila hutan itu di musnahkan, semua binatang akan lari. Kemajuan apa namanya kalau kita tidak dapat lagi menjerat babi atau pelanduk?. Kemajuan apa namanya kalau kita kehilangan sumber rezeki?. Sanggupkah kalian kehilangan hutan yang kita warisi dari datuk nenek moyang kita dahulu?".

Dia perlu mendapatkan sokongan dari semua penghuni rumah panjang Naga Setia. Tanpa sokongan padu dari mereka maka hutan yang menjadi lambang kecekalan hati orang-orang Iban itu akan dimusnahkan. Berpuluh jentolak akan dihantar untuk membaham pokok-pokok di hutan itu. Monyet, tupai, burung dan semua binatang hutan akan lari jauh ke tengah belantara. Kerana itulah dia tidak rela perkara itu terjadi. Dia sanggup mempertahankan hutan itu walau terpaksa bergadai nyawa.

" Di zaman moden ini kita tidak boleh lagi bergantung hidup kepada hasil di hutan sahaja. Tambahan pula pihak kerajaan sudah melarang kita memburu binatang di hutan kerana haiwan tersebut dilindungi oleh akta pemuliharaan haiwan liar. Sesiapa yang engkar boleh di tangkap dan di dakwa ke mahkamah."

Dia hairan kenapa anaknya sendiri tidak menyokongnya?. Sepatutnya Aghata orang pertama yang memberi sokongan dan sanggup bersama mempertahankan hutan itu. Apakah Aghata sudah lupa hasil dari hutan itulah yang membesarkan dia. Rezeki yang dia dapat dari hutan itulah yang digunakan untuk menyekolahkan Aghata hingga sampai ke Universiti?.

" Aku cakap lain kau cakap pasal lain. Inilah akibatnya kalau hantar anak belajar tinggi-tinggi akhirnya jadi besar kepala. Sepatutnya kau menyokong cakap ayah bukan membantah. Sia-sia sahaja Apai hantar kau belajar sampai ke Universiti!"

Dia harap Aghata akan sedar dengan terjahan kata-katanya yang tajam itu. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Anak kesayangannya itu masih tidak memahaminya. Kata-kata yang keluar dari mulut anaknya masih mengundang permusuhan.

" Kerajaan tidak mahu masyarakat kita terus menerus hidup dalam kemiskinan. Makan dan minum kita tak menentu. Masih ramai kanak-kanak yang kekurangan zat kerana tidak mendapat makanan yang seimbang. Begitu juga dengan taraf kesihatan kita masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain."

" Kenapa selama ini mereka tidak ambil peduli tentang kita?. Kita makan atau tidak, kita sakit atau sihat, kita berpanas atau berhujan, mereka lansung tak ambil peduli. Kenapa sekarang?"
" Corak pemerintahan sekarang sudah berubah. Kerajaan yang ada sekarang lebih prihatin dengan nasib rakyat. Mereka memang bersungguh-sungguh berkerja untuk rakyat bertujuan membela nasib rakyat kerana mereka dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya."

Pilihan raya?. Mandar Tuai Pasong tersenyum sinis bila mendengarnya. Baginya pilihan raya hanya datang 5 tahun sekali. Musim wakil rakyat datang menunjuk muka meraih simpati supaya keluar mengundi. Dan biasanya selepas pilihan raya mereka hilang entah ke mana.

" Perdana Menteri kita sekarang sudah beri amaran kepada semua wakil rakyat supaya berkerja untuk membela nasib rakyat. Mereka yang tidak menjalankan tugas akan diambil tindakan. Kerana itulah sekarang mereka berkerja siang dan malam untuk membela nasib rakyat."

" Apai tak akan berganjak walau setapak pun ke belakang. Hutan itu tetap Apai pertahankan. Dan kau jangan lupa bahawa hutan itulah yang menghidupkan kita selama ini. Apai membesarkan kau melalui hasil dari hutan itu."

Sinar matahari mula menembusi daun-daun kayu di sekitar kawasan hutan itu. Mandar Tuai Pasong merenung sekali lagi puncak Gunung Santubung yang menjadi lambang kegagahan kaumnya. Kini gunung itu akan menjadi saksi di atas perjuangannya mempertahankan hutan itu. Dia meneruskan langkahnya. Kaki berkematu tebal itu diayun mengikut permukaan tanah yang dipijaknya. Kadang-kadang terasa kaki kematu tebalnya memijak permukaan tanah yang rata. Ada kalanya pula terasa berpijak di tanah yang tinggi. Sesekali apabila kakinya tersandung pada tunggul kayu atau tersangkut pada akar liar yang menjalar, langkahnya tersekat. Tubuh tua yang berusia 70 tahun itu terhuyung hayang hampir menyembah bumi. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus meredah hutan belantara itu. Sejak dia kecil hutan itu adalah dunianya. Segala ceruk hutan itu telah diterokanya. Di hutan itulah dia mewarisi kemahiran menjejak binatang buruan atau memasang perangkap babi, pelanduk atau yang lebih besar seperti rusa atau seladang.

Dia terasa baju yang dipakainya lencun oleh peluh. Mukanya berminyak dan sudah berkali-kali dikesat dengan tuala kusam yang dibawanya. Nafasnya kini mula termengah-mengah. Namun Kaki berkematu tebal itu terus dihayunnya. Tetapi pergerakannya kian lemah dan tidak lagi tersusun. Permukaan tanah dirasakan tinggi rendah. Terasa benar kudrat mudanya sudah hilang yang tinggal cuma tenaga tua yang semakin layu. Pun begitu dia tetap tidak akan mengalah. Dengan sisa-sisa tenaga yang masih ada itulah dia akan terus memperjuangkan haknya.

Pada mulanya dia menyangka projek tanaman Kelapa Sawit itu cuma seluas 100 hektar sahaja. Kerana itu dia bersetuju bila pihak Felcra hendak memajukan tanah terbiar yang terdapat di sekitar kawasan rumah panjang itu. Tambahan pula sebelum itu pihak kerajaan sudah berkempen supaya tanah terbiar yang tidak mampu diusahakan sendiri oleh pemiliknya hendaklah diserahkan kepada ejensi kerajaan untuk memajukannya. Akibat projek yang disokongnya itu, semua pokok Sagu atau rembia di tanah tersebut habis ditebang. Walaupun pada mulanya ada juga anak-anak buahnya yang menentang kerana pokok sagu itu berguna kepada mereka, tetapi dia berjaya memujuk mereka dengan alasan menyahut seruan kerajaan untuk memajukan tanah-tanah terbiar. Tambahan pula itu cuma projek percubaan sahaja. Jika tidak berjaya, mereka boleh menanam semula pokok rembia di kawasan tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan projek percubaan tanaman kelapa sawit itu telah berjaya. Kawasan yang dulunya semak belukar yang hanya ditumbuhi pokok-pokok sagu kini di hiasi dengan deretan pokok kelapa sawit. Pokok itu nampak subur dan kabarnya tidak lama lagi akan mula mengeluarkan hasil. Dia juga berasa bangga kerana ramai anak-anak buahnya yang berkerja di ladang itu sebagai boroh. Dia berpendapat cukuplah sekadar 100 hektar sahaja tanah yang diusahakan dengan tanaman Kelapa Sawit. Buat apa nak ditambah lagi. Janganlah seperti beri betis hendakkan peha. Kerana itu bila ada cadangan hendak menebang kawasan hutan itu dia yang mula-mula membantah.

Pada mulanya dia menyangka apabila dia tidak setuju maka pihak yang berkenaan membatalkan sahaja cadangan itu kerana dia adalah Mandar Tuai Rumah Panjang. Semasa ketiadaan Tuai dialah yang mengambil alih tanggung jawab itu. Sepatutnya apa kata dia mesti di dengar. Putih katanya maka putihlah jadinya. Kalau hitam katanya maka hitamlah jadinya. Itulah yang biasanya berlaku sejak turun temurun.

Namun apabila dia membalik-balikkan semula segala percakapan anak-anak buahnya termasuk cakap anaknya sendiri, hati tuanya mula berasa kecut. Dia berasa amat tersinggung dan resah. Kuasanya sebagai penolong ketua Rumah Panjang mula tergugat. Sudah ada yang berani menyanggah kata-katanya. Suaranya tidak lagi digeruni. Kata-katanya sudah ada yang berani membantahnya. Paling menggerunkan hatinya apabila membayangkan kawasan hutan itu akan dimusnahkan. Pokok-pokok kayu sepemeluk dua pemeluk dan tiga pemeluk akan ditumbangkan. Kawasan hutan itu akan diratakan. Bukit-bukit yang memagari kawasan hutan itu akan digondolkan seperti kepala yang baru bercukur rambut. Paling dia kesal kerana anak dari darah dagingnya sendiri yang menyokong cadangan untuk memusnahkan kawasan hutan itu. Dia rasa menyesal hantar anaknya sekolah tinggi-tinggi. Terpaksa keluar duit yang banyak. Terpaksa menangung rindu bertahun-tahun kerana anaknya duduk di asrama. Tetapi bila sudah jadi pandai dia menentang cakap ayahnya sendiri.

" Apai sudah tua. Elok berehat saja dan serahkan tanggung jawab itu kepada orang yang lebih muda. Mereka lebih berfikiran terbuka dan berpelajaran."

Mahu saja dia menjerit sekuat hati bila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh anaknya itu. Dia mengemam dua ulas bibir tebalnya yuang sudah lisut itu. Kedut di dahinya membayangkan dia benar-benar sedang marah.

Dia melihat jalur-jalur cahaya matahari semakin banyak menerobos celah-celah daun di sekitar kawasan hutan itu. Bunyi siamang bersahut-sahutan bagaikan irama yang begitu mengasyikkan. Namun dia semakin keletihan. Tambahan pula sudah tiga perangkap yang dilawatinya masih belum mengena. Kemanakah perginya binatang hutan itu?. Dia mengomel sendirian. Terasa ada gigitan di celah jari kaki. Apabila dia tunduk memeriksa kelihatan tiga ekor pacat sedang enak menghisap darahnya. Dengan pantas pacat-pacat itu dicabut dari jari kakinya lalu di cencang dengan parang panjangnya. Dia membayangkan pacat-pacat itu adalah mereka yang datang hendak memusnahkan kawasan hutan itu. Mereka diibaratkannnya seperti lintah yang ingin menghisap darah.

Mandar Tuai Pasong sampai di kawasan yang agak tinggi. Dari situ dia dapat menghalakan pandangannya ke arah ladang Kelapa Sawit yang nampak di kejauhan. Dulu kawasan itu penuh dengan pokok Sagu yang menjadi makanan mereka sejak turun temurun. Di celah pokok-pokok Sagu itu di tanam pokok lada, terung dan berbagai lagi. Itulah tanaman turun temurun masyarakat Iban di kawasan itu. Walaupun tidak banyak pokok yang ditanam tetap mengeluarkan hasil. Tetap menjadi sumber rezeki masyarakat Iban sejak zaman dahulu. Tetapi kini pokok Sago itu sudah tidak ada lagi. Yang ada cuma pokok kelapa sawit yang buahnya tidak boleh dimakan.

Kaki kematu tebal yang disalut tanah lecak itu dihayun lagi. Dia cuba sedaya upaya untuk mempercepatkan langkahan kakinya. Jerat-jerat yang dipasangnya perlu diperiksa dengan segera. Langkahnya kian panjang ketika menuruni denai yang ditumbuhi pokok mensiang dan keladi hutan. Selalunya jerat di kawasan itu mengena sebab kawasan itu tempat babi lalu lalang memcari makan. Namun dia berasa hampa bila mendapati jerat itu juga kosong.

" Kalau Apai dah ada duit tak payah lagi menjerat babi di hutan. Dengan duit itu Apai boleh ke pekan membeli apa saja yang Apai mahukan. Di pasar semuanya ada. Ikan, daging dan sayur semuanya lengkap. Apai tak perlu lagi meredah hutan tebal itu setiap hari."

Dia cuba mencari kebenaran kata-kata anaknya itu. Memang betul, kalau banyak duit semua boleh dibeli tetapi adakah dia akan dapat banyak duit kalau membenarkan kawasan hutan itu dimusnahkan?. Projek tanaman Kelapa Sawit seluas 100 hektar itu telah berjaya. Tetapi apa yang dia dapat dari projek tersebut?. Menunggu keluar hasil entah bila. Mana tahu apabila buah itu dijual nanti duitnya masuk ke poket orang lain.

" Apai sudah tua. Duduk berehat sajalah di rumah.Buat apa nak bersusah payah meredah hutan belantara untuk mencari rezeki yang belum tentu dapatnya."

" Siapa kata Apai sudah tua?. Apai masih kuat. Masih mampu meredah hutan belantara. Masih mampu menjerat babi. Kelmarin bila Apai dapat seekor babi, Apai kandar babi itu seorang diri dari hutan hingga ke rumah panjang. Itu buktinya Apai masih bertenaga. "

Jerit pekik monyet yang bergayut-gayutan dihujung dahan mengejutkan Mandar Tuai Pasong. Dia rasa terhibur lalu mendongakkan kepalanya untuk menyaksikan drama kejar mengejar lompat melompat sekumpulan monyet itu. Memang benar dia berasa terhibur menyaksikan telatah monyet-monyet itu. Tiba-tiba dilihatnya semua monyet-monyet itu berhenti melompat lalu menyeringai menunjukkan taring ke arahnya. Dia berasa seperti monyet-monyet itu sedang mengejeknya.

" Mandar Tuai memang dah tua tak mampu lagi mempertahan kan hutan ini. Kalau hutan ini dimusnahkan bukan kami saja yang kehilangan tempat tinggal, Mandar Tuai juga kehilangan rezeki kerana tidak ada tempat lagi untuk berburu.”

"Aku berjanji akan pertahan hutan ini. Tidak sesiapa yang boleh memusnahkannya. Percayalah. Aku berjanji akan pertahankan milik kita ini!"

Mandar Tuai Pasong seolah sedang berbicara dengan pokok-pokok dan monyet-monyet. Namun tidak ada yang memahami kata-katanya. Dia berasa penat lalu bersandar ke sebatang pokok sebesar sepemeluk. Mungkin pokok itu seusia dengannya. Kalau hutan itu di musnahkan maka pokok yang besar itu juga akan musnah. Dia teringat kata-kata seorang pelancong orang puteh yang pernah berkunjung ke rumah panjang.

" Mereka beriya sangat hendak membuka hutan itu kerana hendak mengambil kayu balaknya. Yang mengaut keuntungan nanti ialah taukeh-taukeh balak dan pegawai-pegawai kerajaan bukannya kaum Iban. Sepatutnya kamu mesti menentang usaha untuk memusnahkan kawasan hutan semula jadi ini. ia sesuatu yang amat bernilai bagi kamu dan generasi kamu. "

Mandar Tuai Pasong teringat pula kata-kata Ah Seng yang selalu datang ke rumah panjang membeli lada atau apa saja hasil tanaman orang-orang Iban untuk dibawanya ke pekan. Sebagai peraih dia mendapat keuntungan sebagai orang tengah.
" Apabila hasil kelapa sawit itu di jual di kilang yang mengaut untung ialah taukeh besar. Pegawai besar. Orang-orang Iban akan menggigit jari," begitu pendapat Ah Seng.

Seorang pelancong yang mengaku sahabat alam sekitar pula mengatakan, apabila hutan itu ditebang cuaca yang sejuk akan bertukar panas kerana tidak ada lagi pokok-pokok kaya yang melindungi muka bumi. selain itu katanya lagi, batang oya, batang Igan dan semua batang-batang di sekitar kawasan itu akan tercemar kerana tanah lumpur akan turun dari bukit-bukit yang telah digondolkan.

kata-kata yang diucapkan oleh mereka itu bertali arus kedengaran di telinganya. Ini menambahkan lagi kebenciannya kepada mereka yang cuba memusnahkan hutan kesayangannya itu. Dia terus meredah hutan dan menghayun tapak kakinya yang berkematu tebal.

" Ngaummm!" Dia terkejut mendengar suara itu.
Apa yang pasti itu bukan suara Aghata. Bukan suara Azmi. Bukan suara pelancong orang putih. Suara itu tidak pernah didengarnya dalam jarak yang begitu dekat.

Mandar Tuai Pasong membuka luas pandangannya. Dia memerhati kawasan sekitarnya dengan penuh debaran di dada. Dan bunyi mengaum itu bergema lagi. Kali ini semakin dekat. Ketika Mandar Tuai Pasong menoleh ke belakang dia terkejut apabila ternampak seekor harimau belang sebesar anak lembui jantan berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Mandar Tuai Pasong tiba-tiba berasa takut yang amat sangat. Keberaniannya cair apabila terserempak dengan haiwan yang ganas itu. Dia kini cuma ada dua pilihan. Lari menyelamatkan diri atau terpaksa berhadapan dengan raja rimba itu.

" Kau bukan musuh aku dan aku bukan musuh kamu. Jangan ganggu aku dan pergi dari sini!" kata Mandar Tuai Pasong dengan nada suara penuh ketakutan.

Namun harimau itu tidak memahami apa yang diucapkan oleh penolong tuai rumah panjang itu. Naluri haiwannya mengatakan, ketika perut lapar tidak boleh membiarkan rezeki yang ada di depan mata. Harimau itu berkisar lalu berjalan perlahan ke arah kiri. Mandar Tuai Pasong dapat mengagak harimau itu sememangnya berniat jahat hendak menjadikannya mangsa. Dia mengumpul kekuatan. Tanga kanannya kejap menggenggam parang panjang. Dia tidak ada pilihan lain. Demi untuk menyelamatkan nyawanya dia terpaksa bertarung dengan harimau itu. Dia berasakan semangat pahlawan Iban perlahan-lahan menyerap ke dalam tubuhnya.

Sebaik saja harimau itu menerkam, dengan sekuat tenaga tuanya yang masih ada dia melibaskan parang panjang di tangannya ke arah harimau itu. Dia dapat lihat mata parang itu tepat mengenai bahagian kepala harimau. Namun tidak berjaya melukainya kerana berbulu tebal. Atau mungkin juga libasan parangnya tidak kuat. Dan Harimau itu bersedia untuk menerkam kali kedua. Baru kini dia sedar tenaga tuanya tidak mampu menghadapi harimau itu. Hanya dengan senapang patah sahaja harimau itu dapat ditewaskan. Kerana itu mustahil dia boleh membunuhnya kalau cuma bersenjatakan parang.

Mandar Tuai Pasong mencuri pandang jika ada pokok yang boleh dipanjatnya. Namun pokok di sekelingnya besar belaka dan dia pasti tidak akan mampu memanjatnya. Ketika itu yang terlintas dalam fikiran Mandar Tuai Pasong ialah melarikan diri.

Dia mengumpul segenap tenaga lalu melarikan diri dari harimau yang kelaparan itu. Baru beberapa langkah dia berlari, tiba-tiba dia terasa badannya di hempap oleh benda keras dari arah belakang. Tengkuknya seperti di cengkam oleh sesuatu. Dia cuba bangun tapi tidak berdaya. Dia cuba menjerit tapi suaranya tersumbat. Dan pandangannya gelap. Akhirnya dia meninggal di situ juga.

HAK CIPTA TERPELIHARA : ASRUL
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

KERANA SATE ARNAB

Setelah genap sebulan kami berkenalan dan menjalin kemesraan di alam maya, aku dan dia pun bersetuju untuk bertemu di alam nyata.

“Kau pilihlah tempat yang sesuai”. Katanya.

Akupun mencadangkan kami bertemu di Restoran esastera.

Dia bertanya, “apa istimewanya restoran tersebut?”.

“Di sana selalu berkumpul para penulis dan penyair terbilang malah sesekali kalau bernasib baik ada artis yang menjamu selera di situ”. Jawabku.

Aku setuju, balasnya. Di situ kita menjamu selera sambil bertentang mata. Aku senang hati dengan gurauannya. Kukenali dia di alam maya.

+ Namanya, Tinta.
Perempuan
36 tahun. Sudah bersuami
Setiausaha
Ingin mencari kenalan lelaki berusia 40 tahun ke atas
Stop.

Aku menatap kata-kata yang muncul di skrin komputer. Adat di alam maya sukar ditemui yang jujur. Apatah lagi kalau menyentuh peribadi. Ada suami mengaku bujang. Ada isteri mengaku anak dara. Tetapi agak berlainan dengan yang ini. Dia berterus terang tentang umur dan status dirinya. Kupasti dia seorang yang jujur kerana biasanya umur dan status diri yang paling dirahsia oleh perempuan di alam maya. Aku tersenyum bila mengetahui keinginannya untuk mencari kenalan lelaki yang berusia. Dan aku boleh membuat pelbagai tafsiran.

Kujelaskan padanya, tujuanku melayari internet sekadar ingin mencari kawan untuk berbual-bual. Aku tak kisah siapa orangnya dan apa statusnya. Yang penting dia sudi jadi temanku untuk berbual.

Sebenarnya aku ingin melepaskan diri dari tekanan di tempat kerja. Berbulan-bulan lamanya aku terperangkap dengan kesibukan kerja yang tak kutemui jalan penyelesaiannya. Selesai satu masalah timbul lagi dua masalah. Kupasti kemelut di tempat kerja tidak akan selesai selagi aku dibayar gaji.

Alam maya ini seperti lautan yang luas tak bersempadan. Aku bagaikan sebuah kapal singgah dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan. Dan aku terus belayar dengan harapan dapat melupakan seketika bebanan kerja yang aku hadapi.
Aku perlukan seseorang untuk diajak berbual. Dan orang itu sudah tentu bukan rakan di tempat kerja. Bukan juga saudara mara yang rapat. Dia mesti orang yang baru dalam hidupku. Malah aku tak kisah kalau dia isteri orang dan umurnya lebih tua dari aku. Dan aku berasa beruntung dapat berkenalannya.

Setiap kali ada kesempatan kami akan bertemu di alam maya. Kuceritakan masalahku dan dia menceritakan masalahnya. Tapi biasanya akulah yang sering meluah perasaan. Dan dia pendengar setia.

Di alam maya dia kukenali sebagai Tinta. Aku tidak tahu namanya yang sebenar. Aku juga tidak pasti benarkah usianya 36 tahun. Dan aku tak peduli kalau dia sudah bersuami. Bagiku semua itu tidak penting. Yang pasti kini telah wujud kemesraan antara kami. Malah kami saling merindu sekiranya sehari tidak bertemu di alam maya. Kerana itu tidak hairanlah masing-masing ingin bertemu di alam nyata.

“Tinta kesepian. Suami jauh di mata dan jauh di hati”. Kukira dia memang seorang isteri yang bermasalah. Dan telahanku benar apabila dia berterus terang.

Kata Tinta, “suaminya bertugas di Pantai Timur sedangkan dia bertugas di Kuala Lumpur. Kami cuma bertemu sekali sekala sahaja”.

“Kau adalah lelaki pertama di alam maya yang berjaya memujuk aku untuk bertemu. Mungkin kau tak percaya tetapi itulah kenyataannya”.

Perlukah aku menbalas kata-katanya?. Oh tidak. Biarkan dia terus meluahkan perasaannya. Kini giliranku pula menjadi pendengar yang setia.

Ramai lelaki di alam maya ini mempelawa aku untuk berjumpa tetapi aku enggan. Entah kenapa aku tidak berdaya menolak pelawaanmu.

“Apakah aku gembira mendengarnya?. Tidak” berbisik aku sendirian di dalam hati. Malah aku mula rasa gementar. Tujuanku melayari Internet hanya sekadar ingin mencari kawan untuk di ajak berbual. Benar aku yang mempelawa dia bertemu tetapi sekadar untuk melihat wajahnya sahaja. Kerana itu aku memilih untuk bertemu di Restoran esastera. Pasti tidak ada yang syak wasangka. Tambahan pula aku biasa dengan restoran tersebut.

“Kau tahu kenapa Tinta bersetuju untuk bertemu?”.

“Kenapa?”.

“Tinta kesepian”.

Katanya, kali ini dia ingin meluahkan sesuatu yang selama ini belum pernah diluahkannya. Sebagai kawan aku bersedia untuk mendengarnya.

Aku melangkah masuk ke dalam restoran itu dengan dada yang berdebar. Kupasti aku yang mendahuluinya. Lantas kucari tempat duduk yang agak tersorok di tepi dinding bahagian belakang.

" Encik nak minum apa?" tanya pelayan Restoran esastera sebaik sahaja aku duduk.

" Milo ais dua gelas besar…" jawabku sambil tersenyum.

" Nak makan apa?" tanya pelayan restoran itu lagi.

" Sate arnab…" jawabku.

" Berapa?"

" 200 cucuk."

" Bungkus atau makan di sini?"

" Makan di sini."

Kulihat dahi pelayan restoran itu berkerut. Mungkin dia hairan, kenapa aku membuat pesanan yang begitu banyak sedangkan aku datang sendirian.

“Di Restoran esastera ada Sate Arnab”.
“Tinta suka tak?.”
“Kalau suka Aku belanja”. Aku berdiam diri seketika.

Kurasa tidak perlu menjelaskan kepada pelayan restoran itu kenapa membuat pesanan sate arnab yang begitu banyak. Kata Tinta, seratus cucuk tak jadi masalah. Kalau dia mampu habiskan sebanyak itu, aku juga.

Kulihat pelanggan Restoran Esastera masuk dan keluar silih berganti. Mereka masuk dengan wajah yang lapar, bila keluar terbayang kepuasan kerana puas menjamu selera.

Restoran Esastera memang terkenal kerana menyediakan bermacam jenis makanan dan minuman. Paling aku suka ada masak lemak cili api yang menjadi kegemaranku. Tetapi kali ini aku cuma memesan Sate Arnab kerana itulah janjiku dengan Tinta.

Aku mula resah. Hampir setengah jam menunggu, Tinta masih belum datang. Aroma sate arnab yang dihidangkan di depanku menggiurkan air liurku. Walaupun ketika itu perutku lapar dan tekak kering namun tidak kujamah juadah yang terhidang. Aku hanya akan menikmatinya bersama Tinta. Entah kenapa tiba-tiba aku berasa perjalanan masa begitu lambat. Benarlah kata orang penantian itu satu penyiksaan.

Tinta masih belum datang walau sudah satu jam aku menunggu di restoran itu. Air minuman dan sate arnab yang tadinya panas berasap kini terbiar sejuk.

Malam itu aku datang ke Restoran Esastera semata-mata untuk menikmati kelazatan sate arnab bersama Tinta. Katanya, dia boleh habiskan seratus cucuk dan aku juga berjanji akan habiskan sebanyak itu. Bagaimana kalau dia mungkir janji?. Ah, kalut aku memikirkannya. Mungkin benar kata kawan-kawan perempuan di alam maya sukar untuk dipercayai.

" Minta maaf, Encik. Sekarang sudah jam 12 malam. Restoran ini akan ditutup!" beritahu Irwan, tuan punya Restoran Esastera.

" Baiklah…"

Lalu kubayar harga minuman dan sate arnab yang sudah sejuk di atas meja. Di luar lampu berkerlipan. Malam itu kota Kuala Lumpur bermandi cahaya. Namun pemandangan itu tidak lagi menarik perhatianku. Aku perlu balik ke rumah untuk tidur kerana esok aku akan kembali ke tempat kerja.

“ Maaf tak dapat datang. Gigi Tinta sakit macam mana nak makan sate arnab?”.

Lantas kumatikan suis komputer. Dan kami tidak lagi berhubung selepas itu.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Selasa, 29 April 2008

sekelumit cebisan

entah kenapa pagi ini aku terjaga. jam kalau nak diikut sekarang menunjukkan pukul 3.48 pagi. aku tertido awal dan tertido dikatil roomate aku. dia tdo lambat pastu dia kejutkan aku soh tdo kat katil aku. lebih kurang dalam kol 3.00 pagi.. baru 30 minit aku tdo aku terima mesej dari seseorang dan membuatkan aku tersenyum panjang dan terus tak boleh tdo. mesejnya memberikan keyakinan dan kepercayaan aku terhadap hidup ini. walaupun hanya beberapa perkataan. katanya amat memberikan kesan kepada diri aku. terima kasih banyak-banyak kerena itu. sekarang adalah kehidupan baru aku dan aku harus melihat ke hadapan. terima kasih tuhan kerana memberikan insan seperti mereka yang amat memahami aku. thanks a lot for everything and i appriceate that. you only one in a million....

wei, bagun2 aku dh ada kat dunia nyata dah ni. dah2 jangan dingat kembali kisah2 yang lalu k. hai selamat pagi malaysia.. 8-)
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Isnin, 28 April 2008

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Aku ingin berkongsi kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog aku, hari ini adalah hari lahir seseorang yang aku sayang dan dia telah pergi jauh sejauh yang mungkin. Namun aku tetap merasai kehadirannya disisi aku.

Tanggal 28/4/2008 genap 22 tahun dia dilahirkan. Aku ingat lagi sewaktu aku mula-mula mengenalinya, masa itu hanya kawan dan tidak lebih dari itu. Cinta yang berputik aku biarkan. Dia mengetuk pintu hati aku dengan salam yang cukup mesra. Dalam hati yang cukup terkejut aku menyambut salaman itu. Tapi sekarang, aku sambut keseorangan, aku menangis keseorangan dan aku bersendirian. Tika dia pergi meninggalkan aku, aku pernah cuba untuk membunuh diri, pernah aku cuba dunia aku gelap dan pernah aku fikir aku menyesal kerana aku tidak mampu melakukan apa-apa. Aku hanya berdiam membisu, berdiri kaku seperti batu. Aku kutuk diri aku sendiri. Kenapa aku tidak dapat menolong insan yang aku sayang, kenapa? Seringkali aku tanyakan dalam hati aku. Namun semua itu adalah takdir. Betul kata orang, ajal maut ditangan Tuhan Yang Esa. Dia disahkan menghidap leukimia dan merahsiakan segalanya daripada aku. Sekarang, aku terlalu rindu akan dirinya. Aku masih lagi sayang dan aku masih lagi ingat kenangan kita bersama. Percayalah aku tak akan mungkin melupakan kau. Itu aku pasti.




Aku izinkan kau hadir dalam hidupku,
Aku setia bersama mu,
Bila kau suka, aku tertawa
Bila kau duka, aku serba salah.

Tanpa kau aku lemah,
Tanpa kau jua aku merindu,
Hanya kau dihatiku,
Walau aku bukan yang terbaik.

Aku cuba renungkan
Masa-masa indah kita bersama,
Bayangmu sering terlukis,
Seribu kenangan mengimbau suka.

Kisah agung kita
Akan aku simpan dalam kenangan,
Sebelum gugur tercalar jiwa parah,
Akan aku bawa sampai ke mati.

Aku redha pemergianmu,
Semua itu cerita masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini hanya kenangan yang tinggal.

Pernah aku menitiskan air mata,
Juga pernah aku cuba matikan diri,
Harusnya takkan aku biarkan kau pergi,
Namun kuasa ilahi tiada penghalang.

Damai kau disana,
Bersama seribu kenangan,
Tenang dan tunggulah aku,
Kita pasti bersua kembali.

*** Dia pergi pada 13/7/2007 (Hasliza)***


Tarikh yang sama (28/4/2008) juga adalah hari lahir mY best friend - faizal dan my roomate - hasnawi.. happy birthday you all..s emoga hadapi hidup dengan tenang. insyaAllah.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

SUMBER KEKUATAN

Aku nak ceritakan satu lagu yang selama ini mebuatkan aku semangat untuk hidup. Aku kalau ada masalah aku akan dengar lagu ini dan nyanyi sama. Sebab bagi aku lagu ini memberikan sumber semangat sebab dalam lagu ini mengambarkan ketabahan seorang wanita dalam menghadapi dugaan yang diterimanya. Aku ambil pengajaran daripada cerita dan lagu ini dalam menempuh segala cabaran yang diberikan.

Semua manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan, tapi ingat satu perkara..Allah memberi ujian ke atas manusia tanpa diluar batasan kemampuan manusia itu sendiri. Semua masalah boleh diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Aku kalau ada masalah aku akan nyanyi dan dengar lagu ini, aku akan menangis sekuat-kuatnya seorang diri atau kalau ada orang aku akan memalingkan dan menyembunyikan tangisan aku, aku akan selalu berada disamping kawan dan meluangkan masa dengan kawan den berbual banyak2 supaya tak lama sekejap jadilah aku melupakan perkara itu.

Ada sampai satu tahap aku ingin cuba membunuh diri dan berlari dari segala-gala masalah. Tapi aku takut, kalau aku bunuh diri apa akan jadi dengan keluarga aku, apa akan jadi dengan aku kelak. Aku kene banyak fikirkan perkara-perkara yang lain. Nasib baik aku tidak melakukan perkara bodoh. Menyesal pon ada gak. Aku cuba terima takdir dan ketentuan tuhan yang esa. Biarlah perkara itu berlaku, aku dah tak nak inagt-ingat lagi.

Aku cuba dengar lagu ini dan semakin aku dengar aku rasa tenang. Kali pertama aku dengar lagu ini adalah sebelum aku masuk PLKN.. tapi aku mula menghayati lagu ini masa aky PLKN 2004, masa tu lagu ini memang famous.. sampai aku cepat hafal. Sebab asyik dengar jew lagu ini.. bagi aku lagu ini memperjuangkan keimanan dan keteguhan iman seseorang. Setiap wanita mahu menjadi sepertinya dan setiap lelaki mengidamkan isteri sepertinya.. cuba tanya pada diri kita..layakkah kita mendapat pasangan sebaik dia? Tepuk dada tanya selera.. hayatilah lirik kepada yang belum pernah mendengar lagu ini..

Sumayyah
by Hijjaz

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan


Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah


( korus )
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah


Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

ASRUL...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 25 April 2008

SYUKUR ALHAMDULILAH

KETIKA aku mula sedar, seluruh badan berasa lemah hinggakan hendak mencelik mata pun amat payah. Namun aku bersyukur kerana masih boleh bernafas dan tubuh ini masih bernyawa. Sekiranya sel-sel di bahagian otakku sudah tidak boleh berfungsi lagi bermakna aku sudah mati.

sesungguhnya Allah masih memberi peluang kepada aku untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan ini walaupun sebagai pesakit Barah Pangkal Rahim atau lebih dikenali sebagai Kanser Serviks, sejenis penyakit yang amat ditakuti oleh setiap wanita. Menurut lapuran perubatan, setiap tahun bilangan pesakit itu semakin bertambah. Dan sekiranya pesakit dibiarkan tanpa mendapat rawatan boleh membawa maut.
Sudah berbulan-bulan aku menanggung kesakitan ini. Berbagai usaha telah aku lakukan namun masih juga belum sembuh. Ini adalah usahaku yang terakhir. Jika penyakit ini masih tidak sembuh, aku yakin sudah tertutup peluang untuk aku meneruskan kehidupan. Mungkin telah ditakdirkan, penyakit inilah sebagai penyebab yang membawa kepada kematianku.

Kenapa seluruh tubuhku berasa sejuk?. Adakah ini petanda awal sebelum kematian?. Wahai Tuhan, aku belum mahu mati. Berilah peluang untuk aku meneruskan kehidupan. Lalu aku pun berusaha menggerakkan anggota, bermula dengan tangan, diikuti kaki dan kepala.


"Alhamdulillah. Dia dah mula sedar," kudengar suara separuh berbisik. Aku dapat mengecam itu suara Doktor Nazrin yang merawat aku. Tetapi, dimanakah suami dan anakku?.

"Ani…!" Kupasti itu adalah suara suamiku. Di manakah orang yang paling kusayangi itu?.

"Abang…" aku cuba bersuara sambil mencelikkan mata untuk menatap wajah orang yang aku cinta.

"Abang ada di sini…" kudengar bisikan di cuping telinga.
Sesungguhnya suara itu amat menyukakan hatiku. Lalu kubuka pandanganku luas-luas. Terasa tanganku digenggam erat oleh Suamiku. Bola matanya menatap wajahku sambil tersenyum. Perasaanku jadi tenang.

"Anak kita dimana?" entah kenapa sejak mula sedar, orang yang pertama menjelma dalam ingatanku ialah Nadia, anak kesayangan kami yang baru berusia 5 tahun.

"Dia ada di rumah bersama neneknya. Mungkin sekejap lagi mereka akan sampai," jawapan suamiku itu semakin menguatkan semangatku untuk melawan kesakitan itu.

"Adoh sakitnya," aku tidak mampu menyembunyikan rasa sakit di bahagian pangkal rahim.

"Bersabarlah kerana Ani sudah selamat menjalani pembedahan, Tak lama lagi penyakit Ani akan sebuh dan kita boleh balik," pujuk suamiku dengan nada suara yang lembut.

"Ya, Ani tahu. Tapi…" aku tidak dapat meneruskan kata-kata kerana dadaku tiba-tiba berasa sebak.

"Tapi apa?. Cakaplah abang sedia mendengarnya," balas suamiku masih dalam nada suara yang lembut.

"Abang tahu kan?. Ani tidak boleh lagi melahirkan zuriat kita…" aku teresak-esak dalam tangisan yang panjang.

"Sebelum pembedahan dilakukan, Doktor Nazrin sudah beritahu abang perkara itu," Jawab suamiku dengan tenang.

Doktor Nazrin yang sejak dari tadi berdiam diri mula menyampuk. "Yang penting nyawa kakak sudah selamat. Dan kami sudah lakukan apa yang terbaik untuk kakak," katanya.
Menurut doktor muda itu lagi, penyakit barah pangkal rahim yang membelenggu hidupku kini sudah berjaya dirawat dan aku akan sembuh tidak lama lagi. Dia menasihati aku supaya bersabar dan jangan lupa berehat dan makan ubat. Kemudian Doktor Nazrin meninggalkan kami mungkin untuk meneruskan tugasnya atau sengaja memberi peluang kepada kami untuk meluah perasaan.

"Berjanjilah bahawa abang tidak akan tinggalkan Ani," kataku meluah rasa bimbang di hati.

"Kenapa Ani cakap begitu?" soal suamiku pula.

"Ani sekarang bukan seperti Ani dulu lagi, bang. Bahagian rahim Ani sudah dibuang. Ani sudah tidak sempurna seperti dulu lagi," aku tidak dapat menahan sebak lalu menangis.

"Ani dah lupa apa kata doktor?" tanya suamiku. Sebelum sempat aku menjawab dia meneruskan kata-katanya.

"Doktor Nazrin kata, ramai isteri yang menjalani pembedahan seperti Ani. Dan mereka hidup bahagia. Percayalah, kita juga akan bahagia seperti mereka."

"Ani tahu, bang. Cuma Ani rasa sedih kerana tidak dapat lagi melahirkan zuriat abang," aku meluahkan persoalan yang kerap menghantui fikiran.

"Kita sudah ada Nadia. Dialah zuriat kita. Dan kita mesti reda dengan takdir Ilahi." Kata suamiku lagi.

"Abang lebih sayangkan nyawa Ani kerana itu abang turunkan tanda tangan membenarkan doktor melakukan pembedahan. Tambahan pula abang yakin hanya melalui pembedahan saja nyawa Ani dapat diselamatkan."

Sebenarnya sudah berkali-kali suamiku mengucapkan kata-kata itu. Dan akhirnya dia berjaya meyakinkan aku hanya melalui pembedahan sahaja nyawaku dapat diselamatkan. Sedangkan pada mulanya memang aku enggan dengan memberi alasan bahawa ajal maut itu hanya Allah yang menentukan. Kalau belum sampai ajal pasti aku tidak akan mati.

"Sanggupkah Ani menanggung kesakitan ini seumur hidup?" Soal suamiku dan sekaligus berjaya meleburkan kedegilan di hati ini.

Memang aku tidak sanggup lagi menanggung kesakitan ini. Aku ingin hidup sihat, bebas dan ceria seperti orang lain. Cukuplah dengan apa yang telah kurasai selama ini.
Akhirnya aku akur dengan desakan suamiku supaya pergi ke hospital. Dan selepas pemeriksaan demi pemeriksaan dijalankan akhirnya doktor mengesahkan aku mengidap penyakit Barah Pangkal Rahim, Suatu penyakit yang telah mengorbankan ramai kaum wanita..

"Tuan Doktor, saya tak faham apakah itu penyakit barah rahim dan bagaimana ianya boleh berlaku?" kukemukakan pertanyaan itu kepada Doktor Nazrin.

"Penyakit itu berlaku akibat pembiakan dan pertumbuhan sel yang tidak teratur dan terkawal sehingga sampai kepada satu tahap dimana sel kenser itu dapat dilihat sebagai satu ketumbuhan. Kalau gejala penyakit ini dapat dikesan sejak awal kemungkinan mudah untuk merawatnya. Tapi kalau dibiarkan boleh membawa maut," jawab Doktor Nazrin dengan tenang.

"Boleh saya tahu apakah yang menyebabkan penyakit barah rahim?" tanyaku lagi kerana perasaan ingin tahu menjeluak di sanubari ini.

"Penyakit barah rahim atau kanser servik mungkin disebabkan faktor biologikal, kimia dan fizikal. Contohnya, kanser paru-paru disebabkan tabiat merokok dan pencemaran udara. Kanser kulit disebabkan radiasi daripada sinaran matahari. Namun banyak kanser yang belum dikenalpasti puncanya. Dan apa yang pasti puan mengidap kanser Barah Pangkal Rahim…" hampir pitam aku buat pertama kali mendengarnya.

"Apakah penyakit saya boleh disembuhkan atau sudah tidak ada harapan?" tanyaku sambil menanti jawapan dengan penuh debaran.

"Sebagai orang islam kita wajib percaya hanya Allah sahaja yang berkuasa menyembuhkan penyakit dan kita cuma berikhtiar sahaja. Kerana itu Allah memberi kita akal fikiran untuk berikhtiar. Allah juga yang memberi ilmu perubatan kepada manusia untuk mengubat penyakit. Percayalah kakak bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya melainkan mati," kata-kata Doktor Nazrin itu terpahat dalam ingatanku.

"Tuan doktor, tolonglah usahakan supaya penyakit kakak ini sembuh," rayuku dengan penuh harapan.

"InsyaAllah, dengan kemajuan ilmu sains dan teknologi sekarang, selalunya penyakit barah rahim boleh diubati. Tetapi…"

"Tetapi apa doktor?"

"Kakak terpaksa menjalani pembedahan. Jika tidak dibedah sel-sel barah itu boleh merebak ke bahagian lain melalui sistem darah atau limpa. Ia tentu lebih mudah diubati kalau kakak datang ke hospital sejak peringkat awal."

"Manalah kakak tahu yang kakak mengidap penyakit barah pangkal rahim." Doktor Nazri hanya tersenyum mendengar alasanku.

"Sebenarnya kak, barah pangkal rahim atau Kanser Servik mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang ia disebut peringkat pra-kanser. Kerana itulah, wanita berumur antara 20 hingg 65 tahun perlu menjalani ujian PAP Smear."

"Apakah yang dimaksudkan ujian pap- smear, tuan doktor?" aku bertanya kerana aku memang tidak tahu.

Kata doktor Nazrin, pap smear ialah satu ujian khusus yang boleh mengesan barah rahim di peringkat awal. Ujian itu sangat mudah, tidak sakit dan tidak mahal. Caranya doktor akan mengambil sel melalui lendir atau cecair yang keluar dari rahim bertujuan untuk mengetahui apakah terdapat tanda-tanda awal penyakit barah pangkal rahim. Kerana itu sebaiknya ujian PAP Smear hendaklah dilakukan 3 tahun sekali. Dan Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan hald atau 10 hari selepas kedatangan haid. Sekiranya terdapat randa-tanda awal maka mudah diubati.

Lalu aku bertanya apakah tanda-tanda awal gejala barah pangkal rahim? Menurutnya, terdapat lelehan yang berair dan berbau busuk. Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks. Dan keluar darah atau lain-lain benda mengalir yang luar biasa.
Benarlah seperti kata Pakar Sakit Puan itu kerana beberapa bulan sebelumnya, aku mengalami gejala-gejala tersebut. Namun aku diamkan saja kerana menyangka itu cuma perkara biasa tambahan pula pusingan haidku tidak menentu.
Selain itu aku juga berasa terdapat ketulan-ketulan kecil pada bahagian buah dada. Bila ditekan terasa sakit. Pada mulanya aku menyangka ia cuma ketulan bisul atau jerawat yang boleh sembuh dengan sendirinya. Kerana itu tidak kuhiraukan.

"Selain itu pesakit juga mengalami kudis yang tidak mahu sembuh" kata doktor Nazrin lagi.

Kuakui kebenaran kata-kata itu. Entah kenapa kulitku mudah berkudis terutama apabila terluka. Dan luka yang menjadi kudis itu tidak mahu sembuh walau puas kububuh ubat. Antara kudis yang paling sukar untuk sembuh ialah di bahagian celah jari-jari kaki.
Menurut Doktor Nazrin lagi, barah pangkal rahim seperti lain-lain jenis barah adalah terdiri daripada sel-sel luar biasa yang semakin berganda banyaknya. Sel-sel itu membesar menjadi tumor yang menyerang tisu-tisu biasa yang berhampiran. Akhirnya memusnahkan organ di tempat ia membiak. Dan jika dibiarkan, barah rahim akan merebak terus ke faraj, pundi-pundi dan hujung usus serta terus ke paru-paru.

"Saya juga mengalami masalah selalu buang air besar dan air kecil," kataku mengadu hal.

"Itu juga salah satu tanda penyakit barah pangkal rahim. Selain itu sering batuk dan serak. Ketidak hazaman makanan dan susah hendak menelan makanan."

"Ada satu lagi, tuan doktor."

"Mungkin juga kakak mengalami masalah kurang pendengaran dan selalu terdengar bunyi bising dalam telinga yang sama."

"Benar, tuan doktor," kataku dengan rasa kagum kerana dia memang seorang pakar.
Lalu doktor Nazrin menerangkan sebab-sebab terjadinya Barah Pangkal Rahim. Antaranya kerana melakuan perhubungan seks pada usia muda atau selalu bertukar pasangan. Tidak menjaga kebersihan diri dan menghisap rokok.

"Tuan doktor, saya kahwin ketika berumur 25 tahun. Saya tidak pernah bertukar pasangan selain dengan suami saja. Dan saya tidak merokok. Tapi kenapa masih terkena barah pangkal rahim?"

"Mungkin juga kerana keturunan. Maksud saya mungkin dalam keluarga kakak ada yang mengidap penyakit barah."

"Barangkali, Tuan Doktor."

Lantas aku teringat bagaimana pertama kali aku menjalani ujian pap-smear. Pada mulanya aku berasa amat malu namun Doktor Nazrin berjaya meyakinkan aku bahawa setiap pesakit mesti menutup rasa malu demi untuk mengubati penyakitnya. Tambahan pula aku bukanlah wanita pertama yang menjalani ujian seperti itu.

Menurut doktor Nazrin, ujian ini amatlah perlu bagi setiap wanita kerana tubuh kita sentiasa menggugurkan sel-sel yang telah mati dan menggantikannya dengan sel-sel hidup. Sel yang digugurkan oleh rahim boleh didapati dalam lendir atau cecair yang keluar. Dan sel-sel ini boleh menunjukkan tanda-tanda barah atau gejala awalnya.

"Jika pemeriksaan dan ujian yang dijalankan menunjukkan adanya sel-sel yang disyaki maka langkah kedua ‘diagnosis’ (penentu penyakit) akan dijalankan. Doktor akan mengambil sedikit tisu untuk diperiksa dengan selanjutnya dan proses ini dinamakan 'biopsy' satu kaedah bagi menentukan penyakit barah. Setelah penyait barah diketahui barulah ia akan dirawat dengan cara pembedahan ataupun pancaran (radiation) atau kedua-duanya sekali. Dan kakak akan menjalani pembedahan." Begitu panjang penerangan yang diberikan oleh Doktor Nazrin.

Seingatku sejak kecil tidak pernah masuk wad apatah lagi menjalani pembedahan. Entah kenapa aku begitu takut dengan hospital. Aku juga berasa gerun bila melihat doktor yang berpakaian serba putih memegang jarum suntikan. Sebab itulah ketika melahirkan anak pertama, aku nekad hendak bersalin di rumah sahaja. Kerana itu apabila sudah ada tanda akan melahirkan barulah aku suruh suamiku menjemput jururawat desa datang ke rumah. Dan alhamdulillah aku selamat melahirkan anak cara biasa tanpa di bawa ke hospital.

Kerana itu bila doktor Nazrin mengatakan aku akan dibedah untuk
menyembuhkan penyakit barah pangkal rahim, hatiku tersangat bimbang. Berbagai fikiran yang menghantui aku. Namun doktor Nazrin berjaya memujuk.

"Matlamat pemberdahan ialah untuk membuang semua tisu yang telah terkena barah. Ia mungkin merupakan satu pemberdahan kecil bagi penyakit barah yang baru menyerang atau atau pembedahan besar bagi barah yang telah merebak."

"Apakah saya akan menjalani pembedahan besar?" tanyaku ingin penjelasan.

"Penyakit kakak sudah merebak. Pembedahan besar terpaksa kami lakukan. Yakinlah kakak bahawa pembedahan ini akan berjaya."

Aku tidak punya pilihan selain bersetuju sahaja dengan apa yang akan dilakukan oleh doktor Nazrin dan rakan-rakannya terhadap diriku. Suamiku juga telah menurunkan tanda tangan sebagai menyatakan persetujuan isterinya akan menjalani pembedahan.
Aku cuba mengangkat tangan kananku namun amat payah. Baru aku sedar rupanya bahagian kura tanganku di suntik dengan jarum yang agak besar dan diperkokohkan dengan plaster. Kulihat ada hos plastik bersambung dengan botol putih tersangkut pada besi di sisi katil.

Aku tidak pasti berapa lama tidak sedarkan diri. Namun aku masih ingat ketika diangkat dengan katil beroda menuju ke bilik pembedahan. Masih kuingat lagi suami dan anakku mengiringi pemergianku dengan pandangan sayu pilu. Suamiku terpaksa mengambil cuti selama 3 hari. Sebenarnya cuti tahunnya sudah habis kerana kerap mengambil cuti kerana aku sakit. Namun atas budi baik ketua jabatannya maka diluluskan juga cuti kecemasan. Lagipun tugasnya sebagai seorang kerani tidaklah terlalu sukar untuk diambil alih oleh kawan-kawan sepejabatnya.
Itulah pertama kali aku dibawa masuk ke bilik pembedahan. Suasana nampak sunyi kerana doktor dan pembantunya sibuk dengan tugas masing-masing. Pendingin udara kurasa terlalu sejuk sehingga badanku rasa menggigil. Tambahan pula aku tidak dibenarkan makan sejak semalaman.

"Surat jaminan sudah di tanda tangan oleh suaminya," kata seorang jururawat kepada seorang doktor yang datang memeriksa aku.

Aku juga sudah tahu suamiku telah membenarkan aku menjalani pembedahan. Bermakna kalau apa-apa berlaku ke atas diriku pihak hospital tidak boleh dipersalahkan. Tiba-tiba aku terfikir, bagaimana kalau…ah, tiba-tiba aku teringat Nadia, satu-satunya anak kami yang baru berusia 5 tahun. Dia akan jadi anak piatu kalau sesuatu terjadi ke atas diriku. Namun ada seperkara lagi yang aku risaukan. Amalanku masih kurang. Belum sanggup rasanya mengadap Ilahi dengan amalan yang sedikit.

"Saya bagi satu injection. Lepas tu awak bilang satu, dua, tiga sampai berapa yang awak suka," kata doktor yang akan menjalankan pembedahan ke atas diriku.
Aku tidak pasti sampai berapa yang mampu aku bilang. Bila tersedar aku sudah berada di wad semula.

"Kakak jangan bimbang sebab penyakit barah kakak sudah di buang. Sehari dua lagi kakak boleh pulang," kata doktor Nazrin yang melawatku pada keesokan harinya.

Aku berasa amat gembira mendengarnya. Rasa hilang segala kesakitan yang aku tanggung sekian lama. Oh Tuhan, aku ingin menjalani kehidupan seperti orang lain. Sudah bertahun lamanya aku menanggung kesakitan ini. Kadang-kadang benci juga aku dengan tubuh yang sakit ini. Alangkah baiknya kalau anggota badan ini boleh ditukar ganti seperti bahagian kereta, apabila rosak boleh ditukar ganti.

"Apakah rahim saya yang sakit ini boleh ditukar ganti, tuan doktor?" pernah soalan bodoh itu kutanyakan kepada Doktor Nazrin.

Dia ketawa kecil kemudian berkata, "Buat masa sekarang hanya pemindahan jantung, mata dan buah pinggang saja yang pernah dilakukan. Pemindahan rahim belum pernah dilakukan dan mungkin tidak akan dilakukan."

Seorang kawan pernah membisikkan ke telingaku, kemungkinan ada orang yang dengki atau sakit hati lalu mereka gunakan ilmu sihir kepada aku. Katanya, perkara seperti itu biasa berlaku dalam masyarakat kita.

Bila aku sampaikan perkara itu kepada suamiku, dia lansung tidak percaya. Katanya, "Sebagai orang yang beriman kita wajib percaya hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa. Kita juga wajib percaya dosa pahala, Syurga dan Neraka."

"Tapi, bang. Bukankah ilmu sihir itu sememangnya wujud?" tanyaku pula sekadar ingin berhujah.

"Sihir sememangnya ada. Namun iman yang kuat boleh menangkis sihir," jawab suamiku penuh yakin.

Aku yakin iman suamiku sememangnya kuat. Semangatnya juga kental. Memang kuakui hakikat itu. Mungkin kerana itulah dia sentiasa kelihatan sihat dan ceria.

"Mungkin ilmu sihir itu memang ditujukan kepada abang tapi kerana
iman abang kuat maka saya yang lemah jadi mangsa." Kataku.

Suamiku ketawa sambil berkata " Agaknya malaikat pun segan nak mencabut nyawa abang."

Semasa aku terlantar di hospital, ramai kawan dan saudara yang datang. Masing-masing membawa buah tangan. Ada yang bawa roti, biskut, buah-buahan dan sebagainya . Semuanya nampak menyelerakan. Fikirku, kalaulah masa aku sihat mereka bawakan makanan tersebut, alangkah baiknya.

Sebelum aku mengambil keputusan menyerahkan untung nasibku kepada kebijaksanaan pakar perubatan di hospital, ada kawan mencadangkan aku berubat secara tradisional. Menurut kata kawanku itu, ada seorang dukun kampung yang pandai mengubat. Berbagai jenis penyakit sudah berjaya disembuhkannya. Paling baru kata kawanku itu, seorang pengidap sakit jantung telah berjaya disembuhkannya tanpa melalui pembedahan. Suamiku percaya lalu kami pun pergi ke rumah dukun tersebut yang terletak di Jelebu Negeri Sembilan.

Rumah dukun itu jauh di pedalaman. Sebelum sampai kami terpaksa melalui Bukit Tangga yang jalannya berliku-liku. Pening kepalaku dan hampir termuntah aku dibuatnya.
Seperti yang diceritakan oleh kawanku, ramai pesakit yang datang untuk berubat dengan dukun tersebut. Ada yang patah tangan dan kaki akibat kemalangan. Ada pula yang mengadu kononnya termakan santau malah yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi pun ramai yang datang. Kerana ramainya pelanggan kami terpaksa diberi nombor giliran. Dan setelah lebih 3 jam menunggu barulah giliranku masuk.
Kulihat dalam bilik dukun itu cuma ada sebuah katil bujang, tiga batang lilin yang sentiasa terpasang, sebuah tempat bakar kemenyan dan senaskhah al Quran lama. Dukun yang berusia 60an itu berpakaian serba hitam.
Setelah aku dan suami menyatakan maksud kedatangan kami dan setelah menceritakan penyakit ganjil yang kuidapi maka dukun itu membacakan jampi serapah pada sebotol air yang jernih.

"Bawa air ini balik ke rumah dan minum sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur," pesan dukun itu.

Suamiku yang begitu yakin mempastikan setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi selepas bangun dari tidur, aku mesti meneguk air jampi dukun tersebut. Namun setelah habis air itu aku minum, sakitku masih tidak juga sembuh.
Pada suatu hari seorang kawan lama yang datang menziarahi aku mencadangkan pergi ke hospital untuk mendapat khidmat nasihat Pakar Sakit Puan. Kata temanku itu ada kemungkinan aku mengidap Penyakit Barah Rahim.

Katanya "Zaman sekarang banyak penyakit berpunca dari rahim. Ada pula yang banyak dapat duit melalui rahim."

Aku tidak faham apa maksudnya namun apa yang pasti sudah berbulan-bulan aku menderita penyakit aneh yang amat menyakitkan. Pada zahirnya aku nampak sihat kerana boleh makan dan minum serta berjalan ke sana ke mari.
Cuma satu saja yang tidak boleh aku lakukan iaitu menunaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri kepada suami. Kami tidak boleh bersama kerana aku berasa sakit yang teramat sangat di bahagian rahim.

Barangkali benar juga kata doktor Nazrin bahawa keturunan juga boleh menjadi penyebab berlakunya penyakit Barah Pangkal Rahim. Aku pun hairan kenapa keluargaku selalu jadi mangsa berbagai jenis penyakit. Nenekku meninggal dunia akibat mengidap penyakit barah perut. Ibuku meninggal dunia kerana penyakit yang sama. Paling baru kakakku meninggal akibat penyakit barah payu dara. Mungkinkah aku juga akan menerima nasib yang sama seperti mereka?

Aku berasa pelik kerana semakin maju dunia ini semakin banyak penyakit yang membunuh manusia. Ada penyakit darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, hiv/aid dan yang terbaru SAR dan Selsema Burung.

"Aku yakin penyakit berpunca dari bilik tidur," kata jiranku pula. Dia seorang Pakar Motivasi.

"Kenapa pulak?" soalku hairan.

"Ramai diantara kita yang mengabaikan kebersihan bilik tidur. Kita sanggup mengambil masa berjam-jam untuk membersihkan kereta tetapi kita mengabaikan kebersihan di bilik tidur. Akibatnya bilik tidur kita kotor, berabuk dan udara bersih tidak masuk. Semasa tidur segala kotoran itu masuk ke dalam tubuh kita melalui pernafasan," jawab jiranku yang baik itu.

Mungkin kata-kata Encik Kamal itu ada kebenarannya. Kuakui memang jarang membersih bilik tidur.. Suamiku sanggup berjam-jam membersih keretanya. Aku pula lebih suka menjaga kebersihan ruang tamu dan halaman rumah.

Kuakui secara jujur bilik tidur kami bukanlah tempat yang menyenangkan. Bantal dan tilam belum pernah bertukar sejak perkahwinan kami sepuluh tahun yang lalu. Pada tahun pertama perkahwinan kami, memang kuakui kamar itu dihias indah dengan kelambu dan cadar yang bersih dan baru. Namun setelah anakku lahir ditambah pula dia selalu berak dan kencing maka kebersihan bilik tidur kami mula terabai.

Sebenarnya bilik tidur kami tidaklah besar sangat. Ukurannya cuma 12 meter panjang x 12 meter lebar.. Dalamnya cuma ada sebuah katil besar, sebuah almari baju dan sebuah almari solek. Baru kusedar bilik tidur kami tidak cukup udara dan cahaya kerana cuma ada sebuah tingkap kayu sahaja. Dari situlah debu dan udara masuk.

Bilik tidur kami menghadap ke halaman rumah. Bila tingkap di buka boleh nampak pokok-pokok bunga yang beranika jenis. Dulu bunga-bunga itu nampak cantik dan subur tetapi kini terbiar diganti rumput yang tumbuh meliar. Dulu setiap pagi aku membersihkan halaman rumah. Daun-daun rambutan yang gugur disapu, dikumpulkan lalu kubakar. Tapi sejak kebelakangan ini, halaman rumahku juga bersepah dengan daun-daun yang berguguran. Mungkin nyamuk dan lalat bertelur dan membiak dalam tin dan botol kosong yang bersepah di sekitar rumah kami. Nyamuk bukan saja bebas bergerak dalam rumah malah juga banyak terdapat dalam bilik mandi. Kami seolah tidak menghiraukan kehadiran nyamuk yang suka menghisap darah dan membawa penyakit.

"Penyakit berpunca dari makanan dan minuman. Kerana itu jagalah kebersihan makanan dan minuman," pesan doktor Nazrin.

Menurutnya, makanan dan minuman selalu terdedah dengan pencemaran. Sayur-sayuran yang kita makan disembur dengan racun kimia. Air yang kita minum bercampur klorin dan berbagai bahan. Kuakui kebenaran kata-kata Doktor Nazrin.
Pagi itu aku berasa sihat dan selesa. Cuma hatiku saja yang terlalu rindu kepada Nadia dan rumah yang hampir dua minggu kutinggalkan. Ingin rasanya untuk segera pulang.

"Boleh saya balik , tuan doktor?" tanyaku bila doktor Nazrin datang melawat.
"Iya, petang ini kakak boleh balik," jawab Doktor Nazrin sambil tersenyum.
Oh Tuhan, betapa gembiranya hatiku. Aku bersyukur kerana Tuhan memberi peluang untuk aku memulakan kehidupan baru.


Hak Cipta Terpelihara: Md. Hasrul Ja’Afar
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

LAMBAIAN KAABAH

Beriktiqaf di Masjidil Haram dan bernaung di bawah lindungan Kaabah adalah sesuatu yang amat menyenangkan kerana hati berasa tenang dan fikiran jadi tenteram. Aku mengucapkan rasa syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNYA aku berada dalam masjid agung yang menjadi tumpuan umat islam dari seluruh pelusuk dunia. Di hadapanku tersergam Kaabah yang menjadi kiblat umat islam ketika bersembahyang. Namun tidak semudah itu perjalanan yang terpaksa aku lalui kerana terpaksa merentasi benua dan lautan dengan pesawat selama lapan jam dan merentasi padang pasir yang kering kontang dengan menaiki bas selama lapan jam, barulah aku dapat menjejakkan kaki ke tanah suci ini.

Sesungguhnya menunaikan fardu haji ke tanah suci Mekah bukan seperti berkelah atau melancong yang disediakan pelbagai kemudahan dan beraneka keseronokan. Di Mekah buminya kering kontang dan kepanasan cuacanya boleh merentungkan kulit dan menghisap air dalam badan. Berjuta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berkumpul di situ menjadikan kedaan penuh sesak hinggakan terpaksa berkongsi bilik tidur, bilik air dan tandas. Setiap ruang dalam Masjidil Haram penuh sesak dengan manusia hinggakan sukar meletakkan dahi di tempat sujud ketika sembahyang.

Tetapi demi keyakinan dan cinta itu tidak aku kesal walau beribu harta yang terpaksa kukorbankan. Walau banyak dugaan yang datang. Walau banyak air mata mereka yang menyayangi diriku tumpah sewaktu mengiringi keberangkatan orang yang telah merelakan dirinya jika ditakdirkan mati ketika mengerjakan rukun islam ke 5 itu.

Aku rasa bertuah menjadi tetamu Allah ketika usia masih muda. Jika usia sudah lanjut bagaimana akan kutempuhi perjalanan yang begitu banyak menagih kesabaran dan pengorbanan ini?. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, di bumi yang kontang dan terasing ini Allah perintahkan Nabi Ibrahim membina Kaabah kemudian menyeru manusia mengunjunginya. Jikalau tidak ada Kaabah di Mekah dan makam Rasullullah saw di Madinah pasti tidak ada siapa yang sanggup datang ke daerah asing yang kering kontang ini.

"Wajib haji cuma sekali sahaja seumur hidup," kataku kepada ayah mertuaku.
Dia nampak termenung seketika. Entah apa yang difikirkannya hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya. Setelah melepaskan sebuah keluhan maka dia pun berkata.
Ayah pun ada juga terlintas di hati hendak pergi ke tanah suci tetapi masih belum sampai seru.

" Belum sampai seru?" aku tersenyum mendengarnya.

" Sebenarnya seruan haji sudah lama disampaikan oleh Nabi Ibrahim. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam al Quran surah al Haj ayat 27 yang bermaksud; Serulah manusia untuk mengerjakan haji Nescaya mereka datang dengan berjalan kaki atau menunggang berbagai kenderaan. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh."
Ayah mertuaku tidak menjawab. Dalam hati aku berdoa semoga Allah akan membuka pintu hatinya untuk menunaikan rukun islam yang ke 5 itu. Tambahan pula dia lebih dari mampu samaada di segi tenaga atau pun harta. Di segi tenaga dia masih sihat walaupun usianya sudah 65 tahun. Di segi harta dia punya simpanan di bank dan saham yang beratus ribu jumlahnya. Sebagai seorang ahli korporat dia tergolong sebagai orang kaya.

" Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, barangsiapa yang berkemampuan tetapi sengaja tidak mahu menunaikan ibadat haji maka apabila meninggal dunia maka dia mati sebagai Yahudi atau Nasrani kerana engkar perintah Allah," kataku lagi yang akhirnya membuatkan ayah mertuaku naik berang.

" Aku tahu dan awak jangan cuba nak berkhutbah," katanya dengan nada suara yang tinggi. Kemudian dia keluar dari rumah lalu naik kereta mewah kesayangannya.

"Sampai di Mekah nanti tolonglah berdoa semoga Allah membukakan pintu hati ayah kamu," kata ibu mertuaku sambil mengesat air mata.

Dia juga sedih dengan sikap suaminya yang lupa daratan setelah menjadi kaya raya. Kalau dulu suaminya rajin ke masjid tetapi bila sudah kaya asyik mengumpulkan harta sehingga lupa beramal ibadat. Aku berjanji dengan ibu mertuaku akan berdoa di depan Kaabah semoga Allah membuka pintu hati ayah mertuaku supaya insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Kepada saudara mara dan sahabat handai aku memohon maaf jika ada salah silap samaada yang disedari atu tidak kusedari. Maklum sajalah pergi menunaikan ibadat haji belum tentu balik atau tidak. Jika ditakdirkan bersemadi di tanah suci maka dosa-dosa dengan saudara mara sudah dimaafkan.

Ketika berada dalam perut kapal terbang dan ketika kapal tersebut bergerak meninggalkan lapangan terbang aku sempat melambaikan tangan ke arah orang ramai yang mengiringi keberangkatan kami. Walaupun aku tahu lambaian tangan melalui tingkap cermin kapal terbang itu tentu tidak dapat dilihat oleh isteri dan anak-anakku namun hatiku berasa puas melakukannya.

Penerbangan dari KLIA ke Jeddah selama lapan jam dan sepanjang perjalanan yang begitu lama itu aku isi dengan membaca al Quran, berzikir dan berfikir. Aku teringat kata-kata sahabatku.

" Umur masih muda buat apa pergi naik haji. Bila sudah tua baru bertobat dan minta ampun kepada Tuhan," kata Kudin yang memang terkenal seorang yang suka berfoya dengan perempuan dan kaki botol.

" Adakah kau pasti boleh hidup sampai tua?. Bagaimana kalau kau mati sebelum sempat bertaubat?" Kudin nampak serba salah mendengar kata-kataku. Aku berdoa semoga dia juga akan insaf.

Oh Tuhan, betapa gembiranya hatiku apabila menjejakkan kaki ke dalam Masjidil Haram yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Kulihat lautan manusia yang berpakaian serba putih melambangkan kesucian hati berusaha mendekatkan diri kepada Ilahi. Tanpa membezakan warna kulit atau darjat keturunan masing-masing memenuhi masjid agong untuk beramal ibadat. Ada yang bersembahyang sunat, berzikir atau membaca al Quran. Masing-masing tenggelam dalam kerinduan dan ketakwaan. Aku turut berganding bahu berjalan kesatu arah mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah sambil melafaskan ucapan talbiyah;

"Labbaikallahumma, Labbaik, Labbaika, La syarika laka, Labbaik, Innal Hamda, wan nikmata, Laka wal mulk, La syarika lak".

Selesai mengerjakan tawaf, aku memanjatkan doa di Multazam kerana yakin disitulah antara tempat yang doa mudah dimakbulkan. Bermacam doa yang aku pohonkan untuk diri dan keluargaku. Dan aku tidak lupa berdoa semoga Allah swt membuka pintu hati ayah mertuaku dan sahabatku Kudin supaya insaf dan bertaubat.

Kemudian aku mengerjakan sembahyang sunat di makam Ibrahim dan selepas itu aku berusaha untuk mengucup Hajaratul Aswad. Apabila berasa dahaga aku meneguk air di telaga zam-zam. Begitulah yang aku lakukan selama berada di tanah suci Mekah kerana ingin merebut ganjaran pahala yang disediakan.

" Sekali bersembahyang di Masjidil Haram sama pahalanya dengan mengerjakan 100,000 kali sembahyang di tempat lain."

Masih kuingat kata-kata Ustaz Zaki yang memberi bimbingan ibadat haji sebelum aku berangkat ke Mekah. Kerana itu aku menggunakan kesempatan yang ada untuk beramal ibadat kerana tujuan kedatangan aku ke tanah suci hanyalah untuk beramal ibadat.

Ketika wukuf di Padang Arafah, kulihat lautan manusia memenuhi padang pasir yang penuh rahsia itu. Di bawah pancaran sinar matahari yang memijar, dan boleh merentungkan kulit itu para hujjaj dengan pakaian ihram dan rambut kusut masai melafaskan takbir dan tahmid yang bergema ke angkasa. Sesungguhnya cuaca di sini sememangnya panas namun kubisikkan ke hati ini bahawa kepanasan cuaca di padang arafah tidak sama dengan kepanasan di padang mahsyar dimana matahari berada sejengkal jaraknya di atas kepala.

Apabila tiba hari-hari Tasrik, aku dan ribuan para jemaah haji melakukan ibadat melontar jumrah di Mina. Ketika membuat lontaran aku teringat peristiwa Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah Swt untuk membuat korban dengan menyembelih anaknya Nabi Ismail. Dalam perjalanan ke tempat korban, mereka di hasut oleh iblis, lalu Nabi Ibrahim melontar dengan anak-anak batu ke arah syaitan tersebut.

Selesai wukuf di Padang Arafah, bermalam di Mina dan melontar tiga jumrah maka semua jemaah haji balik ke tanah suci Mekah. Dengan itu selesailah ibadat haji. Para jemaah haji yang datang awal, mereka mula bersiap untuk pulang ke tanah air. Aku yang datang dalam penerbangan akhir terpaksa menunggu giliran untuk pulang. Sementara menunggu tarikh pulang ke tanah air aku teruskan dengan melakukan ibadat dan berdoa di tempat-tempat yang doa mustajab.

Kemudian kami di bawa ke Madinah untuk ziarah makam Rasullullah saw dan mengerjakan sembahyang 40 waktu. Ketika berkunjung ke makam Rasullullah saw di Madinah perasaanku terharu dan air mata bercucuran. Kulepaskan rindu dengan menziarahi makam Rasullullah saw berkali-kali Serta mengucapkan selawat berpuluh ribu kali. Ketika berada di Raudah kupanjatkan doa-doa kerana aku yakin disitulah antara tempat yang doa-doa dimakbulkan. Dan sekali lagi aku berdoa semoga ayah mertua dan sahabatku Kudin mendapat hidayah daripada Allah swt. Dan aku bersyukur dapat mengerjakan sembahyang sebanyak 40 waktu di Masjid Nabawi.

" Barangsiapa yang dapat melakukan sembahyang 40 waktu di Masjid Nabawi nescaya diampunkan oleh Allah swt akan dosanya." Begitu kata ustaz zaki sewaktui memberi ceramah haji kepada kami.

Aku berdoa semoga dosa-dosaku diampunkan oleh Allah swt . Aku sedar tanpa keampunan daripadaNYa tentu aku tidak dapat melepaskan diri dari siksaan api neraka yang kepanasannya 70 kali ganda daripada seksaan api dunia.

Akhirnya sampailah saat yang dinantikan bilamana aku kembali ke tanah air. Aku terpegun apabila melihat ayah mertuaku dan Kudin sahabat baikku turut menunggu kepulanganku di lapangan terbang KLIA.


" InsyaAllah, ayah akan pergi ke tanah suci Mekah tahun depan," kata ayah mertuaku sambil mendakap erat tubuhku.


" Saya juga telah insaf dan bertaubat. InsyaAllah, saya juga akan ikut jejak langkah kau, Syafiq." Kata Kudin pula ketika bersalaman dengaku.

Aku mengucap rasa kesyukuran kerana doaku telah dimakbulkan oleh Allah swt. Aku juga berharap ibadatku diterima serta mendapat haji yang Mabror.



Hak Cipta Terpelihara: Md. Hasrul Ja’Afar
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 23 April 2008

KEHIDUPAN ALAM REMAJA (CINTA)

Kali ini aku nak cerita pasal kehidupan dunia remaja. kata orang kehidupan dunia remaja ini adalah saat-saat manis bagi seumur hidup kita. dlaam usia remaja inilah kita dapat merasakan kebebasa, percintaan, dunia kampus dan sebagainya. pelbagai keseronokan yang kita lalui saat usia remaja ini. namun semua itu ada kebaikan dan keburukannya. saat-saat bersama rakan-rakan dan tersayang adalah saat yang amat bahagia.

bila mempersoalakan kehidupan remaja aku teringatkan sebuah lagu yang dinyanyikan Ogy Ahmad Daun dalma cerita ali setan.

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

( korus )
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan

Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati


Dalam lagu ini mengambarkan cerita kehidupan dunia remaja. Memang manis kehidupan yang diceritakan dalam lagu tersebut. Mungkin aku tidak menghargainya sekarang atau mungkin aku tidak menganggap dunia remaja amat menyeronokan seperti rakan-rakan lain kerana kita sedang melaluinya sekarang ini. tapi percayalah suatu hari kita sendiri akan mengenang kembali usia remaja kita seperti mana kita merindukan zaman kanak-kanak kita.

Usia remaja sering dikaitkan dengan alam percintaan. Ada cinta putus dan ada cinta yang bahagia sehingga membina mahligai bahagia. Awal mula percintaan adalah saat-saat indah yang tidak dapat dilupakan. Kita merasakan dunia ini adalah terindah dan menyenangkan. Segala perasaan ketika ini timbul dan membuatkan kita buta dan kabur. Jika cinta itu sejati baguslah tetapi jika tidak??? Fikir-fikirlah..

Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan lahirnya anak haram dan pembuangan bayi. Apa yang ingin diperkatan disini adalah, percintaan ada batasnya dan hadnya. Manusia ada akal dan fikiran dan gunakanlah sebaik-baiknya. Secara lumrahnya, percintaan memang membuatkan menusia itu buta sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi menujukkan bukti cintanya. Kamu ada otak fikirkan lah....

Ada sepekara lagi, percintaan yang akan membawa kemusnahan akan memberikan kesan sementara kepada seseorang. Dalam alam percintaan, setiap pasangan perlu saling faham memahami antara satu sama lain, dan jangan masing-masing menjadi api. Salah seorang selalunya haruslah menjadi air. Dengan cara ini, seterusnya akan menyebabkan hubungan akan kekal lama..insyaALLAH.

Percintaan yang kekal juga harus mengamalkan 3 K iaitu kejujuran, kepercayaan dan keikhlasan. Ini adalah perkara asa jadi fikir-fikirkanlah.

Sekadar renungan bersama
ASRUL
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

exam dan tips

exam memang penat, bayangkan saya ada paper 3 hari berturut-turut semunaya pagi. penat sangat, otak saya dah beberapa kali migrain. tak baca nanti tak tenang pula. kene baca juga lah. huhuh.. kata orang bila 'time-time' exam, kita akan cepat penat, lapar, mengantuk dan jadi makin pemalas. mana taknya semua tenaga kita digunakan untuk memahami dan meghafal. otak yang kekurangan oksigen akan menyebabkan sistem perjalanan darah terganggu dan seterusnya menyebabkan migrain atau sakit kepala.

pernah terjadi penyakit kepala sebelah x?
jangan tek percaya jika diteliti dan diingat-ingat kita pernah mengalami sakit kepala sebelah disebabkan penggunaan aspek tertentu dan diberikan penekanan yang lebih. skit kepala sebelah selalunya terjadi ketika kita menghadapi peperiksaan. menurut teori otak Roger Sperry (1981) menyatakan hemisfera otak manusia terbahagi kepada dua iaitu hemisfera otak kanan (HOKA) dan hemisfera otak kiri (HOKI). proses menghafal dan mengingat lebih tertumpu menggunakan hemoisfera otak kiri kerana otak kiri adalah tempat semua perkara yang melibatkan logik, matematik dan sains serta semua yang melibatkan pembelajaran yang bersifat objektif.



menurut Roger Sperry lagi, hemisfera otak kanan lebih menumpukan perkara yang melibatkan perkara-perkara yang kreatif seperti melukis, mecipta sesuatu dan berunsurkan subjektif. oleh itu, pengajaran dan pembelajaran lebih menumpukan kepada HOKI dan seterusnya akan mengakibatkan kita sakit kepala sebelah. penumpuan yang lebih kepada sebelah bahagian otak seterusnya akan menyebabkan seseorang mengalami tahap pemahaman dan penghafalan yang tepu dan terhad jika proses pemahaman, mengingat dan penghafalan dilakukan dengan berterusan tanpa berhenti untuk berehat.

oleh itu, selain menjaga pemakanan sebelum menghadapi peperiksaan, penjagaan organ dalam juga penting untuk membolehkan seseorang itu sihat mental dan lebih bersedia sebelum memasuki dewan peperiksaan. oleh itu, pembelajaran memerlukan rehat yang cukup bbukan untuk badan tetapi untuk otak juga. selamat mengamalkannya.

tips peperiksaan daripada ASRUL...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Ahad, 20 April 2008

sad story from me

where I convinced myself that she wasn't dead.

On August 2007, just before my birthday, liza visited me in a dream. I dreamed that I was inside a hospital room. I was wearing a hospital gown and I was sitting at the foot of my bed. Liza suddenly appeared before me, clothed in bright lights. We communicated mentally. I told her it wasn't true that she was gone. She replied that I must accept the fact that she was already dead but it didn't mean that she as leaving me. "I will always be beside you, gaurding you," she said

I cried saying, "I'm sorry I didn't have the guts to fight for our relationship."

She comforted me and soothed me by shrouding me with her bright light. The bliss I felt was interrupted by voice calling her name "It's time for me to go," she told me. "But what about me?" I asked, tears in my eyes. " I will be here for you always," she replied,"and I will be waiting for you there. And don't ever forget that love you very much."


After saying this, she vanished before my eyes.
I woke up crying. After this accident,
I finished began to accept her death.
And whenever I'm depressed I feel her presence beside me I know somehow out there she's still waiting patienly for me.
thanks a lot..

true story
by ASRUL
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

fitna's film reaction (conclusion)


International reaction to Fitna consisted of universal condemnation across the international community, several fatawa against Geert Wilders, and attempts by Southeast Asian countries to censor the film. The Dutch government immediately distanced itself from the film. Non-governmental organizations have organized boycotts against Dutch products.

Indonesia, the most populated Muslim country, has conducted a ban on several web sites, such as YouTube, MySpace, Rapidshare and Metacafe, as directed by the Ministry of Communications and Informations.On April 11, the Indonesian government lifted the ban. Indonesian communications minister Muhammad Nuh apologised to the public for the inconvenience.

Kurt Westergaard, the painter of one of the Jyllands-Posten cartoons is astonished because his cartoon has been used in the movie without his permission. This is, according to him, a copyright violation. Currently, he is researching legal possibilities against WilderS.

Various Dutch people filed an official complaint against the movie, after it was released. The Dutch Ministry of Justice is determining whether any statutes will be broken by the publishing of the film. According to some experts, prosecution is without any chance, because Wilders has been aware in advance of legal possibilities and impossibilities.

On March 28 a contra-movie was released by the Arabic-European Liga, named Al Mouftinoun.

In response of the movie on Sunday March, 30 an op-ed by the Dutch Minister of Foreign Affairs, Maxime Verhagen, was printed in the Arabic Newspaper Asharq al Awsat. In the article, he asks of the readers to "keep the head cool and the relations warm". He urges the need of dialogue, instead of provocation, als a means to bridge the differences between cultures.

On April 1, 2008, a debate was held about the movie in the Dutch parliament. In this debate, the government and Geert Wilders accused each other of lying about facts of their previous communication. According to various members of the government, Wilders had told in previous conversations about his intentions to tear parts out of the Qur'an and setting them on fire. Wilders denied this.

A Saudi blogger made a contra-movie in April, named Schism. The point he wants to bring across is that "it's easy to take some pictures and verses and try to make people think it has connection to religion."

BY ASRUL
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Sabtu, 19 April 2008

aku seronok ada kembar..

Seronok menjadi pasangan kembar?????



Soalan ini sering kali diajukan kepada aku, seronok menjadi pasangan kembar? Berbuih gak mulut aku untuk mengulangi benda yang sama. Bagi mereka di luar sana pasangan kembar adalah unik. Tapi bagi aku biasa-biasa saja. Sebab mungkin aku ini pasangan kembar sebab itu aku tak berasa pelik seperti dia orang semua.

Seronok sangat-sangat, mula-mula rasa macam tak selesa tapi itu waktu dulu lah masa kecil-kecil. Kalau boleh semua benda nak sama, pakaian, makanan dan satu kelas pun nak sama gak. Itu masa berada di sekolah rendah. Muka dah sama, pakaian pun sama susah untuk orang lain nak membezakan. Bukan ornag lain jew, mak bapak aku pun kadang-kadang tersasul. Tak hairanlah jika orang lain pun tersasul. Beza antara aku dengan adik aku banyak sangat walaupun bentuk fizikal yang hampir serupa. Beza dari segi aku ada tahi lala di dahi, adik aku pula ada parut (tahi lalat vs parut). Minat kita orang pun sama, dia suka main bola sepak dan lepak-lepak aku pula tak suka sangat. Aku lebih suka badminton dan suka baca buku dan menulis..uhuk...malu la.



Tapi kita orang pun ada minta yang sama, aku dan di suka main bowling dan menyanyi. Bowling? Masa sekolah dulu kalau ada duit lebih, kita orang akan main bowling sehingga pada suatu hari kita orang selalu menjadi perhatian orang ramai. Pelik kan bunyinya? Huhuhu... bukan apa, kita orang lawan bowling antara satu sama lain sehingga score tinggi macam tak percaya pun ada. Nak taw tak score aku dengan adik? Uhu.. aku dapat 267 jatuhan pin adik aku pula 256 jatuhan pin. Kira banyaklah tu, kebiasaanya kita orang main dalam 160-200 jatuhan pin jew. Mungkin sebab kita ornag fight kot masa tu, pelik kan.

Mungkin disebabkan itu juga kot, orang ramai tengok. Baik-baik tempat kita orang kosong alih-alih ramai pulak kat belakang tu, tengok kita orang main bowling. Dah macam pemain profesional plak.. ahaks.. ada-ada jew aku ni kan?... walaupun kita orang fight, kita orang tetap bagi semangat antara satu sama lain. Nak tau tak apa yang kita orang cakap, kita orang akan cakap ”dik, ko kene baling mcm ni? Ikut lorong dia. Ala macam main game tu?” huhuhu... kita orang main game bowling banyak kali kat umah. So tak hairan lah jika taktik yang digunakan dalam game diaplikasikan dalam permainan sebenar juga. Memnag berkesan.

Sejak dari hari itu, aku dengan adik akan main bowling seminggu dua kali. Secara seronok-seronok. Adakalanya aku menang, adakala dia menang pula. Pelik sungguh dua beradik nie? Ahaks.. score paling tinggi aku pernah buat 277 jatuhan pin, manakala adik aku pula 271 jatuhan pin. Tapi itu cerita lama, aku dan dia dah lama tak main bowling. Kali terakhir aku main bowling sama-sama dengan dia selepas result SPM keluar time tu tahun 2003. dalam 5 tahun dah tak main bowling rasa kekok pun ada..kalu nak main lagi, kene mula dari bawah.. tahun lepas aku ada main bowling tapi bukan dengan adik aku, tapi dengan kawan-kawan kat times square. Hancus permainan aku masa tu.. biarlah.. tak silap aku sebulan sebelum tu adik aku penah main kat sana gak, dia main masa KFC buat pertandingan bowling peringkat kebagsaan. Setahun lepas (2006) dia dapat pemain paling banyak jatuhan pin dan tahun 2007 dia dapat sekali dan dalam bulan 7 sepatutnya dia pergi ke bangkok untuk pertandingan bowling peringkat asia tenggara ni KFC buat lah. Tapi hajat untuk ke sana tidak kesampaian, dia tak dapat pergi ke bangkok sebab pada bulan itu dia masih lagi sedih sebab baru kehilangan tunangnya (Arwah Aida)....al fatihah doakan tok arwah ya... terima kasih..semoga arwah selamat di sana..amin..insyaAllah


Aku teringin nak main bowling lagi dengan adik aku, ada masa aku akan main lagi. Selain bowling aku dengan adik aku pun ada hobi yang sama juga iaitu menyanyi. Kita orang selalu nyanyi kuat-kuat..huuhu... seronok sangat. Bukan aku dengan dia jew, mak, abah, along dan acik pun suka menyanyi gak..uhuhu..bestnya menyanyi dengan adik aku, duet lagi tu..jangan marah.. tapi dia tak aktif sangat nyanyi sebab tu kalau aku masuk pertandingan dia akan support aku. Tanpa di sangka-sangka banyak pertandingan aku johan..ooppsss....malu lah..suara tak sedap pon ( tau tak pe). Cerita lain plak.. NEXT..heheheh



Apa lagi ek hobi kita orang yang sama...ermmm.. jap-jap tengah pikir ni..lupa lak.. huhuhu.. uuwaaa.. baru teringat..aku dengan dia suka tengok wayang.. kalau kau cuti semester jew mesti dia akan bawa tengok wayang..kadang-kadang dalam seminggu dua kali kita orang tengok. Aku dengan dia jenis tak kisah nak tengok cite apa, humor, seram, romantik..semuanya Layaaaannnnn... apa-apa aje..ahaks.


Seronok jadi pasangan kembar, kemana keluar selalu jadi perhatian. Dia lah teman, dia lah kawan dan dialah sahabat sejati. Aku sayang dia sangat-sangat dunia akhirat...amin
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 18 April 2008

Hobi mak aku musim ke kedua

Hobi mak aku musim ke kedua

Seperti episod yang lepas, aku telah ceritakan hobi mak aku yang suka menyanyi kan. Kali ini, aku nak ceritakan pula hobi mak aku yang lain. Biasalah orang tua..opppsss bukan tua, orang lebih veteren daripada aku, apa sangat yang boleh dia lakukan..hehehhe... mak aku sebenarnya suka sangat masak. Dalam satu hari kadang-kadang banyak lauk dia masak. Tapi time dia sakit, dia tak larat nak masak.. biasalah mak aku ada darah tinggi. Dia ni suka buat kuih, macam-macam kuih dia buat, dari kuih basah hingga ke kuih kering. Mula dari suka-suka dan niat untuk sedekah atau hadiah kuih kepada kawan-kawan dia yang melangsungkan perkahwinan anaknya, terus mendapat sambutan apabila seorang demi seorang mengatakan bahaw makanan yang dia masak sedap. Bukan sikit dia bagi, kadang-kadang satu atau dua tin. Kepuasan bagi dia apabila ada orang memuji masakan dia. Biasalah adat manusia, suka dipuji. Mak aku pun macam itu juga.



Apabila ada yang memuji kuihnya sedap, seorang demi seorang menempah kuih daripadanya untuk dibuat kuih hari raya.. ala kuih raya beli lah tu, tapi beli daripada mak aku. Kuih yang mak aku buat biasanya kuih jenis kerepek-kerepek dan kuih yang bergoreng. Antaranya kuih ros (kuih goyang), tempeyek, tumpi dan beberapa jenis lagi. Dari situ ramai yang menempah daripada mak aku, tidak kira lah sama ada untuk majlis perkahwinan atau pun untuk raya. Malah, ada juga yang menempah kuih untuk dijadikan makanan sekeluarga. Begitu kuat pengaruh kuih mak aku.

Bukan itu saja, perniagaan kecil-kecilan mak aku itu tersebar luas hingga ke luar kawasan kediaman kami (Taman Mount Austin). Ada yang menempah dari Johor Jaya, Taman Daya dan jauh lagi ada. Bukan mahal mana pun kuih yang dibuat, bagi kau terlalu murah mak aku letakkan harga. Aku rasa tak berbaloi, tapi bagi mak aku apa yang berbaloi bagi dia ialah orang suka apa yang dia buat dan suka masakannya. Itu lah sifat mak aku. Harga setin, kuih ros, tempeyek dan tumpi yang mak aku buat adalah dalam Rm. 20-Rm 25 (tidak termasuk harga tin). kalau tak ada tin, akan dikenakan bayaran sebanyak Rm5. Maknanya, kalau nak lagi murah, kena bawa tin sendiri lah. Sendiri mahu ingat. Murah sangat kalau nak dibandingkan dengan harga di pasaran, aku dah buat pemerhatian, ahaks kira survey lah ni kat pasar-pasar kat JB terutamanya pasar larkin. Ya ampun mahal bangat, harga kuih ros dalam balang besar dari RM 15-RM 18. Mahal tu kalau nak dibandingkan dengan harga setin.


Aku ada cadanngkan kepada mak aku supaya meluaskan perniagaan sambilan dia ni, tapi dia cakap masih belum ada rezeki agi. Lagipun, buah kuih ni adalah sambilan dan mak aku masih bekerja di kilang. Biarlah dia kembangkan dulu perniagaan yang masih terlalu awal ini. secara tidak langsung, perniagaan kecil-kecilan ini dapat mempromosikan makanan melayu dan india (kuih ros) kepada bangsa lain. Mak aku sering kali mendapat tempahan yang banyak sewaktu musim perayaan. Tidak menentu jumpalahnya tapi yang pasti tahun lepas raya puasa dan raya india, mak aku mendapat tempahan dalam lingkungan 40-50 tin. banyak tu, kesian mak aku penat dia buat seorang diri.

Walau bagaimanapun, dia meneruskan usahanya untuk membuat kuih itu disebelah pagi. Ini kerana, mak aku akan memulakan kerjanya di sebuah kilang di desa cemerlang pada pukul 3. Aku kebetulan pada masa itu cuti raya puasa menolong mak aku, tapi bukan buat kuih. Aku Cuma tolong susun kuih ke dalam tin. nak suruh buat kuih, tak pandai aku, lain pulak jadinya. Aku ni tak reti masak..uuwaaaaaaaaaaaa.....

Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

HIKMAH...

Ini sebenarnya salah satu cerita tentang seorang sahabat. Kenapa ada waktu-waktu tertentu saya merasa sedih yang amat pedih? saya asyik memikirkan sesuatu perkara yang sudah berlalu. Banyak perkara yang saya lakukan tetapi apabila saya duduk seorang diri, saya sering memikirkan nasib seorang sahabat sehingga membuatkan saya kagum bercampur sedih. Pernahkah kamu fikirkan? Pernakah kamu alami? Selama ini banyak benda saya simpankan di dalam hati. Tetapi kali ini berkaitan dengan seorang sahabat yang saya kenali di laman web Friendster.com. harap anda bacalah dan nilailah sendiri adakah ini persahabatan? Saya tidak tahu bagaimana semuanya bermula, semuanya berlaku dalam masa yang singkat dan pantas, dan saya sendiri keliru dengan kehidupan ini. Hendak mula daripada mana cerita ini? saya pun tidak tahu kerana cerita ini benar. Saya ini jenis yang pelupa. Tetapi saya akan berkongsi cerita juga untuk kebaikan kita bersama. InsyaAllah. Saya abadikan dan adaptasikan kisah sahabat ini dalam cerpen “Hikmah”...

_____________________________________________________________________________

HIKMAH...

Aku mengenalinya memalui internet dunia tanpa sempadan. Perkenalan kami, bermula dengan berkongsi masalah antara satu sama lain dan akhirnya dia menceritakan segala masalahnya dan aku menjadi pendengar setianya. Aku sekadar menjadi tempat untuknya melepaskan segala masalah. Aku tidak kisah, asalkan dia semakin baik dan dapat menghadapi masalahnya. Aku pernah menangis dan bergembira bersama dia. Aku pernah menerima segala kemarahannya. Namun semua itu aku jadikan batu loncatan untuk dia sedar dan dapat menghadapi masalahnya. Permulaan kami di dalam laman friendster.com secara tidak langsung mengubah segala persepsi aku terhadap persahabatan secara maya. Aku menggangap persahabatan cara ini hanya sementara dan tidak kekal lama. Tapi semuanya itu diterangi dengan cahaya setelah mata aku dikaburi oleh segala-galanya. Baru aku sedar, semakin lama kami menjadi semakin akrab dan seolah-olah kami mengenali satu sama lain.

Linda adalah bukan nama sebenar. Awal perkenalan dengannya aku dapat rasakan dia seorang yang periang dan peramah. Wajahnya yang ceria dan comel mulanya membuatkan aku tertarik, namun aku abaikan semua itu kerana aku bukan jenis yang senang untuk menyukai seseorang terutama kenalan dalam internet ini dan kami baru sahaja berkenalan. Perkenalan kami pada mulanya membicarakan tentang perkara-perkara biasa atau omong kosong. Daripada internet kami bertukar-tukar nombor telefon dan mula bermesej-mesej. Sehingga dalam sehari ada hampir seratus mesejnya dalam peti masuk mesej telefon bimbit aku. Akhirnya, dia mula menceritakan masalahnya berkaitan dengan kehidupan dan apa yang dia alaminya sebelum ini. Turut bersimpati aku akan nasib yang dia alami. Sungguh perit, aku tak dapat bayangkan seorang gadis yang cantik dan comel seperti itu melalui pelbagai rintangan dan dugaan yang dia alami dalam usia yang terlalu muda.

Linda bukanlah berasal daripada keluarga yang berada dan senang. Dia merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Kedua ibu bapanya telah lama meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya ketika dia berusia empat belas tahun dan dia terpaksa menjaga adik-beradiknya yang masih kecil ketika itu. Dari situlah dia terpaksa berhenti sekolah untuk menyara kehidupannya dan adik-adiknya. Pernah sekali Jabatan Kebajikan Masyarakat ingin mengambil dia dan adik-adiknya untuk dijaga disebabkan tiada ahli keluarga lain yang sanggup membela mereka termasuk keluarga sebelah ayah dan ibunya.

Linda cuba meyakinkan pihak-pihak tertentu yang dia boleh menjaga adik-adiknya dengan titik peluhnya. Dalam usaha untuk mengelakkan adik-adiknya dibawa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, dia berusaha untuk mencari pekerjaan yang dapat menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Pernah sekali seorang lelaki mengajak Linda untuk menjadi pelacur, kerana dengan bayaran yang lumayan dia boleh menjaga adik-adiknya. Linda seakan-akan mahu mengikut kata-kata lelaki tersebut tetapi dia teringat akan ibu bapanya dan mahu dia menjadi seorang yang boleh dicontohi oleh adik-adiknya. Akhirnya niatnya dihalang oleh dirinya sendiri, dan dia berusaha mencari pekerjaan lain. Merata tempat dia mencari pekerjaan. Bayangkan seorang gadis kecil berumur empat belas tahun mencari pekerjaan dan masih adakah majikan yang mahu mengambil pekerja seperti itu?

Sewaktu Linda berusaha untuk mencari pekerjaan di pekan, dia terlibat dengan satu kemalangan jalan raya dan menyebabkan kepalanya terhantuk disisi kanan jalan. Dia dikejarkan ke hospital dan ditahan selama dua hari. Dalam keadaan sedar, Linda memanggil nama-nama adiknya. Meraung dia hendak pulang ke rumah kerana takut adiknya lapar dan menunggunya balik. Tanpa berfikir panjang Encik Razif iaitu seorang pengurus di salah satu sebuah syarikat swasta terkemuka di Ibu Kota dan dialah yang telah melanggar Linda. Encik Razif mengambil alamat Linda daripada kad pengenalan Linda dan bergegas menuju ke alamat tersebut. Sebelum pergi ke rumah Linda, Encik Razif berjanji akan membawa adik-adiknya berjumpa dengan Linda dan dia juga berjanji untuk menjaga adik-adiknya. Sememanganya Encik Razif seorang lelaki yang alim dan warak dan masih bujang. Dia merupakan anak kepada Dato’ Kamal iaitu Pengarah Urusan Syarikat di tempat Encik Razif bekerja. Encik Razif bergegas mencari alamat yang dicatatnya sebentar tadi.

**********************************************************************************

“Assalamualaikum” Encik Razif memberi salam setibanya dia dihadapan rumah Linda.
“Assalamualaikum” Encik Razif mengulangi salamnya setelah tiada balasan yang diterima.
Tiba-tiba terdengar suara berhampiran dengan rumah Linda.
”Waalaikumusalam” suara Mak Cik Embun, jiran sebelah rumah Linda memberi salam.
Encik Razif berpaling ke arah Mak Cik Embun dan bertanyakan tujuanya. “Mak cik, betul ke ini rumah Norhaslinda Anatasya Bt. Norhasnawi”
“Ini memang rumahnya, tapi siapa encik ini?” Mak Cik Embun membalas pertanyaan Encik Razif dan meminta penjelasannya.
“Linda, sebenaryan terlibat dalam satu kemalangan...”
“Ya Allah” tidak sempat Encik Razif mengakhiri percakapannya, Mak Cik Embun bergegas ke dalam rumah.
“Adam, Amira!!! Kak Linda kemalangan”. Suara jeritan Mak Cik Embun kuat kedengaran seolah-olah memberitahu sesuatu kepada orang lain. Dua tubuh kecil bergegas berlari keluar.
“Betul ke makcik, akak kemalangan” sambil nafas tercunggap-cunggap Amira bertanyakan mak cik yang telah mereka anggap sebagai ibunya sendiri.
Mak Cik Embun berpaling ke arah Encik Razif setelah solan itu diajukan. Dengan berdiam diri Encik Razif hanya menganggukan kepalanya sahaja.

“Ya, akak awak kemalangan. Tapi dia selamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius. Kalau boleh saya hendak membawa mak cik dan adik-adik ke hospital untuk melawat Linda” penerangan panjang oleh Encik Razif. Tanpa berfikir panjang, Mak Cik Embun serta Adam dan Amira bergegas masuk ke dalam rumah dan menjalin pakaian. Sambil masuk ke dalam, Mak Cik Embun berdoa kepada Allah supaya Linda selamat. Setelah mereka selesai mengenakan pakaian, Encik Razif membawa Mak Cik Embun, Adam dan Amira ke hospital.

Resah, gelisah semuanya bermain dalam fikiran mereka. Apa yang difikirkan harap-harap tidak menjadi kenyataan. Penerangan Encik Razik sekali lagi meyakinkan Mak Cik Embun bahawa Linda tidak mengalami kecederaan yang serius. Bukannya apa, Linda dan adik-adiknya telah kehilangan orang tua mereka, jika sesuatu terjadi kepada Linda siapa yang akan menyara hidup adik-adiknya.

“Hendak mengharapkan aku, aku ini sudah tua. Hanya mampu menjual nasi lemak dan kuih di depan rumah. dapatkah aku tampung mereka dengan semua itu?” banyak perkara yang bermain difikirkan dan di dalam hati Mak Cik Embun semasa mereka bergegas ke hospital.

*********************************************************************************

Sebulan selepas kemalangan itu, Linda akhirnya sembuh sepenuhnya. Dan ketika pulang ke rumah, Linda di hantar oleh Encik Razif dan kerana dialah Linda mendapat pekerjaan di syarikatnya. Segala perbelanjaan sewaktu Linda berada di hospital telah di tanggung oleh Encik Razif. Oleh itu, kebaikan yang telah Encik Razif lakukan, akhirnya Linda bersetuju bekerja di syarikatnya dengan tujuan untuk membalas jasa. Waktu itu, usia Linda masuk lima belas tahun da encik razif pula dua puluh tahun.

Semasa mula bekerja di syarikat Encik Razif, usia Linda merisaukan pihak syarikat kerana pada waktu itu usianya baru mencecah lima belas tahun. Oleh itu, pihak syarikat mengambil keputusan untuk menghantar Linda untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang pengurusan dan perniagaan. Segala perbelanjaan pelajaran Linda dan persekolahan adik-adiknya akan ditanggung oleh Dato’ Kamal.

Namun semua itu adah perkara lama, sekarang usia Linda telah mencecah 19 tahun dan telah menamatkan pelajaran di Univesiti Industri Selangor (UNISEL). sekarang linda telah bertunang dengan Encik Razif dan akan melangsungkan perkahwinanya pada tahun hadapan. Hubungan cinta berputik pada mulanya atas rasa simpati dan ingin membalas jasa. Namun semua itu adalah kehendak Tuhan Yang Esa. Sekarang Linda bekerja di syarikat bakal bapa mertuanya iaitu Dato’ Kamal sebagai pengurus urusan luar. Amira dan adam akan menduduki peperikasaan pada tahun ini. Amira akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Adam pula akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Segala usaha dan kesabaran mereka semuanya akhirnya menyebelahi mereka. Inilah dikatakan hikmah sebuah kejadian.

Segala liku cabaraan yang dilalui oleh Linda dan adik-adiknya telah disinari cahaya yang diterangi oleh kehadiran Encik Razif. Kehidupan Linda semakin sempurna semasa memperolehi gaji pertamanya. Sangkaan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah panas terik, Linda tidak sempat membalas jasa Mak Cik Embun yang selama ini mengambil berat terhadap Linda dan adik-adiknya selepas kematian orang tuanya. Allah kehendak lain dan mereka terima semuanya dengan redha. Niat di hati Linda ingin menghadiahkan sepasang baju untuk Mak Cik Embun dan niat itu tidak kesampaian kerana Mak Cik Embun menghembuskan nafasnya yang terakhir disebabkan oleh kegagalan organ hatinya untuk berfungsi.

Tetapi mereka percaya semua yang berlaku ada hikmahnya dan mereka sekarang telah mencapai hikmah dari Tuhan Yang Esa. Berkat kesabaran dan tanggungjawab kehidupan mereka sekeluarga. Kini, Linda bahagia disamping adik-adik serta tunang yang dicintainya.


SEKIAN...

Cerita ini adalah luahan seorang sahabat ingin dirinya dikenali sebagai Linda dan tujuan Linda menyuruh saya menceritakan cerita ini adalah untuk pengajaran dan pedoman untuk kita semua. Saya mengadaptasikan cerita Linda ini dalam sebuah cerpen “Hikmah” diharap dengan adanya kisah ini dapatlah sekiranya kita sama-sama memanfaatkannya. Salam ikhas dari Linda (Bukan nama sebenar)

Hak Cipta Terpelihara: Md. Hasrul Ja’Afar
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky