- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Ahad, 30 Mac 2008

PERCINTAAN VS PERSAHABATAN

kalau nak diceritakan tentang kawan aku yg aku maksud kan di bawah ni..mmg panjang citenya.. tapi kalau aku cite lebih2 aku takut aku salah cite..kalau salah sorryy yyee.. ermm.. dia ni seorang yang pendiam dan kadang2 suka menyendiri..pelik gak aku rasa..ermm..tapi xpelah mybe tu cara dia..apa nk dikata..ahaks.. sebagai seorang kawan dan sahabat aku nk yg terbaik tok org2 yg aku sayang.. tapi pernah satu ketika saat aku melihat air matanya mengalir, tersentuh hati aku dan terharu.. hendak menangis terpaksa aku tahan dan tunjukkan yang aku ni kuat.. kalau aku turut menangis, lagi sedih dia plak..'berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul'..

aku teringat lagi sajak yang aku gubah sebelum ni..aku copy semula lah ye..

pengertian sahabat......

sahabat sejati bukan untuk disakiti,
sahabat sejati bukan diminta ntuk dimengerti,
sahabat sejati bukan untuk dijual beli,
sahabat sejati bukan untuk ditinggal dan pergi,
sahabat sejati bukan hanya saat bersuka ria,
sahabat sejati bukan pula untuk dilaga...

hakikatnya,

sahabat sejati adalah untuk dikongsi bersama,
sahabat sejatu adalah untuk kita berduka dan suka
sahabat sejati adalah untuk bawa sampai ke mati,
sahabat sejati biar jauh beribu batu,
sahabat sejati biar tidak pernah jumpa sekalipun,
sahabat sejati tempat kita bermanja...

kesimpulannya,

tiada ungkapan seindah sahabat sejati,
namun mengapa apa manusia yang
tidak menghargai ungkapan ini,
adakah ia normal atau sebaliknya?
aku mencari sahabat sejati yang abadi...
sudahkah aku temui?

.........................................................................

penilaian aku dalam bersahabat amat mendalam.. entahlah..kenapa bila kita bersungguh bersahabat ada pula yang memaling dan mecari kesilapan..
sudah lumrah kawan.. sabar k..kita serupa jew..terpaksa tahan dengan segala-galanya.. sahabat berkongsi suka duka, sahabat juga adalah teman terbaik kita. bukan sebab sahabat kita suka dan bila derita kita berjauhan.. tiada kata dapat disusun, mana subjek,predikat dan susunan sintaksisnya.. dapat mengungkapkan semuanya.. sahabat mebuatkan aku gembira dan sahabat membuatkan aku duka dan merana..

bukan cari sahabat untuk berkongsi segalanya tetapi mencari sahabat untuk dimengerti..begitulah aku mengibaratkan KAU..sape yang baca ni taw2 lah,itu adalah dirinya.. setiap percintaan ada susah senangnya..mcm persahabatan.. tapi dalam bercinta mula2 semua kata sayang, semua perfect dimata..tapi kenapa semua itu hilang, kenapa warna cinta itu semakin pudak dek kala disirami air.. corak cantingan pada batik, menampakakan urat2 benang yang putus. cantingan batik lembut semakin bercelaru lukisannya.. pelik jika sesuatu itu berlaku..

itu lah percintaan dan persahabatan.. kemana bila cinta hilang, kemana arah kita... mestilah kepada sahabat..kemana bila kita dalam gelora cinta..sahabat juga akan dilupakan.. dalam persahabatan beringat2 lah ye... sahabat adalah segalanya... adakah cinta seperti sahabat.. kekal untuk selamanya.. adakah istilah CINTA SEJATI dalam dunia??? tetapi aku pernah dengar SAHABAT SEJATI..

renung-renungkanlah dan selamat beramal..ahaks
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 28 Mac 2008

Isi hati seorang sahabat dengan air mata...

aku diminta tuliskan cerita kawan aku sorang ni kat dalam blog ni supaya dia nak semua orang tahu perasaan dia selama ni.. aku akan ceritakan sebab akulah yang tahu segala-galanya.. dia menyuruhku menulis tentang dirinya tatkala kami belajar di dalam kelas... bual2 kat belakang lah..huhuhu..mastu ada pembentangan.. cite ni sedih so..aku xnak wat lawak lah..tapi tak wat lawak mestid korang boring baca kan..uuwaaaaa...selang seli lah ye..ahaks..

namanya dia soh rahsiakan tetapi ceritanya akan aku ceritakan..sebelum tu... dia pernah meluahkan segala-galanya kepada diri aku ni..sehingga di menitiskan air matanya dihadapan ku.. tanpa aku sangka seorang lelaki yang boleh dianggap tabah dan gagah ni menitiskan air mata di hadapanku.. ermm..lumrah manusia.. sebelum tu ini ada teks yang dia tulis..huhuu..masa kat dalam kelas..korang bc btol2 ek..huhuhu tok prngajaran saja..k

" jangan diberi harapan itu jika hati bercelaru dengan pelbagai persoalan yang belum pasti. menyakiti hati seseorang begitu senang sekali, tetapi bila kita berbicara tentang hal-hal menjaga hati, orang kita ambil mudah. bila tuhan anugerahkan perasaan cinta dan kasih, layarkanlah ia hingga mekar mewangi seperti bunga yang berkembang dek baja dan penjagaan yang sempurna.

alangkah indahnya tatkala dua hati bersatu dibawah naungan-nya. hatiku dulu pernah tertaut dengannya dan perasaan kasih dan cinta itu aku layarkan dengan sepenuh hati, atas fitrah seseorang hamba Allah yang tidak pernah lari dari berkasih sayang antara satu sama lain. aku layarkan bahtera cintaku terhadapnya dengan penuh kejujuran, kubawa perasaan itu kepengetahuan keluarganya, sesuatu yang tidak terlintas dipikiranku. tuhan sahaja yang tahu bila aku mendapat lafaz cinta daripadanya. aku lakukan segala-galanya untuk mendapatkan cintanya.

tapi diriku tidak pernah lekang dari ujian tuhan yang Esa. cinta yang kulayarkan terputus di tengah jalan. apakan daya manusia itu cepat berubah. sesuatu yang aku tidak faham sehingga kini, kenapa sampai sekarang aku tidak dapat melupakannya. mungkin anda akan terkejut bila mengetahui bahawa aku masih sangat sayangkan wanita itu. perasaan cinta dan sayang dalam hatiku tak berkurangan langsung malah rasa itu semakin berkembang. terkadang diri terus dengan perasaan ini. menangis seorang diri kerana cinta yang dilayarkan tak ditiup angin cinta daripadanya. fikiran berserabut dengan pelbagai perkara. terfikir membunh diri..huh" wei kawan ko biar tol nk bunuh diri.. ermm..aku pon penah gak nak bunuh diri kerana cinta.. k lah aku sambung ek..

"cinta ini menyakitkan lebih menyakitkan bila diri terasa ditipu secara terang-terangan. bukan hendak merendah-rendahkan kaum hawa, tetapi inilah hakikatnya. seorang kaum hawa mempermainkan hati dan perasaan kaum adam. aku begitu sakit sekali, bukan sakit biasa, tetapi sakit yang aku alami adalah sakit yang tidak dapat aku tanggung sendirian. dimana perasaan seorang insan yang bertuhankan Allah sehingga sanggup membiarkan aku terkapai-kapai keseorangan"

krriiinngggg...dah abis kelas..mcm kat sekolah jew bunyi lonceng.. itulah sedikit sebanyak apa yang dia alami..korang fahamkan apa yang ditulis..huhu.. aku sanagt sedih bila tgk dia.. dia adalah best friend aku dan segalan masalah yang dia ada diakan cite kat aku dan seorang rakan kami.

kepada mereka yang pernah mengalami perasaan ini, sma dengan aku juga mesti sakit hatikan.. ermm apa2 pon..aku sentiasa bersamamu.. bersamamu, bersamamu walau kemana juah..[lagu iklan digi ni..huhuh] apa2 pon aku syg ko dan aku tak nk tgk ko menangis lagi ye..
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Khamis, 27 Mac 2008

MANUSIA CEPAT BERUBAH

MANUSIA CEPAT BERUBAH

Ada kata orang manusia tu cepat berubah,
Tapi aku tidak percaya.
Perubahan itu memerlukan masa yang lama,
Sebab dan akibatnya.

Ada manusia yang menjadi punca akan perubahan tersebut,
Ada juga yang menyatakan hal yang lain..
Namun semua itu adalah alasan dan tidak terbukti.
Aku yakin dengan seseorang dari sikapnya,
Dari caranya dan dari gaya.

Tutur kata dan gerakan percakapannya.
Membuatkan aku yakin dengan segalanya,
Buta dan kaku aku dibuatnya.
Tuli dan bisu semuannya ada.

Manusia oh manusia,
Aneh ada, unik ada, istimewa pun ada.
Ramai yang berpendapat manusia lebih mulia di bumi ini,
Namun semua itu betul atau sekadar omong kosong,
Aku sebagai manusia mesih mencari jawapan yang pasti,
Puas aku bermenung, puas aku mencari
Di manakah kesilapan manusia seperti aku,
Ada kesalahan dan ada pengajaran.

Ombak yang memukul ke pantai pasti akan surut jua,
Awan yang mendung pasti akan berlalu,
Tapi sampai bila manusia harus mencari,
Hakikinya telah terbukti,
Terbongkar semua fakta yang tersurat dan tersirat,
Terima hakikat kehidupan pasti berlalu.

Baru aku sedar masa berlalu dengan pantas,
Baru aku tahu manusia cepat berubah,
Baru aku sedar banyak kesilapan dan keegoan.

Hancurnya manusia pada budi,
Hancurnya budi pada hati,
Hancurnya hati pada diri sendiri,
Hancunya diri pada semuanya.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Haruskah mati keranamu

Haruskah mati keranamu

Bagaimana mestinya,
Membuatmu jatuh hati kepadaku,
Daku tuliskan sejuta puisi,
Yakin kamu membalas cintaku,

Haruskah mati keranamu,
Terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu,
Haruskan ku relakan hidupku,
Hanya demi cinta yang mungkin bisa membunuh,
ku hentikan denyut nadi untukmu,
dan takut tak bertapa sucinya hatiku,
untuk memilikimu,

melakar keikhlasan,
dalam paling jiwamu mengetukku ,
ajakan membahasa perasaan,
hingga hatimu terlebih membeku,

tiada kekeliruan dihatimu untukku,
mungkin bisa untukku singgahi,
hanya sekadar penyejuk disaatku layu,
terus menantimu hingga akhir masa...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 26 Mac 2008

proses mengubah pantun..CIKGU VS CIKGI

CIKGU VS CIKGI

Asrul : tidur mlm termimpi-mimpi
Asrul: selimut putih jadi peneman
Lia : hidup jangan meninggi diri
Lia : kelak nanti jadi x siuman

Lia : pergi ke pasar naik beca
Lia : naik beca dengan cik baba
Asrul: asas mengajar ilmu membaca
Asrul: semoga berkat ilmu ditimba

Asrul: mendengar alunan lagu p. ramlie
Asrul: sambil membuat assigment di mlm hari
Lia: solat isyak dah ke belum nie
Lia: sbb mata mcm nk lali

Lia : pergi ke hutan bersama taulan
Lia : hendak mencari rotan sebatang
Asrul: banyak cabang perlu di jalan
Asrul : agar rintangan dapat dihalang

Asrul: bulan mengambang di siang hari
Asrul: hendak terbenam di ufuk barat
Lia: hidup didunia kena berdikari
Lia: supaya tidak diancam mudharat

Lia : pergi ke kota menaiki beca
Lia : menaiki beca memakai kebaya
Asrul : hidup ini jangan selalu mencerca
Asrul : moga selamat dari bahaya

Asrul : menara berkembar kebanggaan malaysia
Asrul : puncaknya tinggi mencecah angkasa
Lia: teguh berdiri sanjungan manusia
Lia : jadi kebanggaan malaysia perkasa

Lia : mengail ikan di tepi kali
Lia : pakai umpan si anak udang
Asrul : kubur sendiri jangan digali
Asrul : kelak merana budi yang hilang

PELAJAR SEMESTER 4
PENDIDIKAN BAHASA MELAYU,upsi
Asrul = Md Hasrul
Lia = Jamaliah
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Selasa, 25 Mac 2008

hobi mak aku..episod satu


kali ini aku nak cite pasal mak aku lah..ahaks..aku rindu giler kat dia. dia dulu xreti nak sms2 taw.. sekarang sms dengan aku mcm pak we mak we jew.. ooppss.. aku dah ada kapel dah n dialah kapel terbaik aku.. aku paling syg dia sngt2..mak love..huhuh.. bukan ini aku nak cite tapi aku nak cite pasal hobi mak aku.. mesti korang nak taw kan..nk x? huhuhu

ermmm... yg pertama dia ni pandai menyanyi..huhu hebat taw dia nyanyi kalah korang..:D.. dia pernah masok bnyk pertandingan n dia ni juara bagi kategori vateren..ermm kalau ada satu kategori jew..dia pon juara gak..kalah org2 muda taw.. suara dia mmg tinggi.. dia dia suka lagu2 klasik tapi dia suka gak nyanyi lagu2 baru.. sebut pasal klasik ni, kalau naik kete tu, mesti dia soh buka radio chanel klasik fm.. bukan aku xsuka suka lah juga tapi baik2 xnk tdo dlm perjalanan aku tertdo..boring.. kalau lagu rancak2 tu ok lah juga.. klau aku or akak aku drive kete tu, kita org tukar chanel..tapi bila turn mak bapak aku kuar jln dia tukar balek chanel tu.. tau plak dia.. tekan2 tu..huhuhu..lucu sungguh mak aku.


pasal nyanyi ek..ermm mak dulu nk p kl tau tok jadi penyanyi.. dengan akak2 dia tu.. adalah dlm 2 3 orng.. suara adik beradik mak aku ni memang power2 lah.. yg pompuan fuh hebat siot.. nk p kl tapi xjd.. huhu..nk taw nape? sebab arwah nenek aku tak bagi. dia takut anak2 dia sesat kat kl. dah lah xde sedara kat sana dan masa tu semuanya xtaw apa2.. yg ada bakat jew.. tu yg xjd pergi sebab takut..yelah pompuan n tempat org yg xkenal..bahawa tu..


yg lelaki dulu pak cik-pak cik aku dulu nk wat band tau.. ala mcm band search tu.. nk tunjuk pic ada kat umah lor..aku sendiri tgk. fuh..rambut panjang2..sumenya kurus kering.. pakaian ketat giler..ala ala kumpulan rock lah.... tapi sekarang sumenya dah berubah, dah xkurus dah.. semuanya dah kawen n ada yg dh alim2 dah.. tapi kalau aku tgk pic tu, memang gelak sakan aku..aduh..kan dah sakit perut gelak kuat sangat..huhuh....

walau mak aku n the sisters and brothers xjadi penyanyi tapi dia org selalu gak nyanyi bila ada sedara or sepupu aku yg nyanyi.. terpegun aku bila tgk dia org nyanyi..



bukan mak aku n the sisters and brothers je pandai nyanyi.. anak2 dia org pon pandai tau.. kaluada sedara aku kawen, xpaya panggil penyanyi..cukuplah dengan sedara2 sendiri yg nyanyi.. pandai nyanyi lor.. akak aku pandai nyanyi,adik bongsu aku, abah aku pandai nyanyi gak tapi dia segan....adik kembar aku pon pandai nyanyi gak..lagu rock selalu..huhu...kalau aku mcm mana ek? huhuh..aku pandai gak lor.. kita org 3 beradik [aku, akak n adik bongsu] penah masok satu pertandingan yang sama taw.. xsilap kat cs [city square jb] ada 3 kategori jew masa tu.. sekolah rendah, sekolah menengah dan dewasa.. kita org masuk suka2 jew.. xde niat pon apa2..huhuh.. tanpa di sangka2 aku n akak aku dapat juara, adik aku tu no dua..huhuhu tulah kenangan terindah...pastu aku trus stop bila dah F5 n F6.. tapi F6 aku ikut nyanyian aktiviti sekolah je.. mcm permas idol and ada lagi la...

mungkin ini lah namanya kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..huhuhu
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Ahad, 23 Mac 2008

kembalilah

Andai hati ini bisa berteriak,
kau akan mendengar jeritannya,
andai jiwa ini bisa meronta,
kau akan merasakan dentuman yang kuat,.

Terlalu dalam cinta dan kasih aku kepada mu,
Tapi kenapa semuanya ini terjadi,
Di kala bunga mekar mewangi,
Kau siraminya dengan racun,

Hujan yang ku arapkan
Membersihan racun dan
Baja yang ku sirami,
Kau cantas pokok itu dengan
Kecuranganmu..terima kasih

Masih teringat dan terbayang
Waktu engkau sumpah dan janji
Masih tersirat dan tersimpan dalam fikiran
Hanya aku di hatimu

Namun.manusia tetap manusia,
Hati siapa yang akan kekal dengan semua ini,
Jika kau dengar jiwaku,
Jika kau dengar jeritanku,
Akan kau dengar kalimat
Aku sentaisa mencintaimu
Sumpah itu kekal untuk selamanya..

Kembalilah kepadaku......terima kasih
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

tak marah, cuma....

salam semuanya..heheh

korang nak taw x? sebenarnya aku buat blog ni tok apa? aku nak luahkan semuanya..maksud aku nk luahkan segalanya supaya korang taw apa yang tersirat dlm diri aku... sebagai manusia biasa [poyo seh..huhuhu]... aku kadang2 xberani nk luahkan semuanya depan2 kawan aku.. so dengan cara ini aku luahkan.. maaf ye korang sume..

tapi ada sorang yg ckp aku ni saje je nk tunjuk2 buat blog ni..pe kes??? ada masalah ker? suka hati aku lah aku nk wat pe pon.. jeles ke..xde maknanya..aku xpenah jeles pon dengan ko.. [wah tol2 marah ni... bukan marah tapi xsuka sebab ada org ckp mcm tu].. huhuhu... abaikan lah..mls nk layan..mkin layan sakit hati..uuwaaaaaaaaaa.... dah2 ek... aku taw korang menangis blog aku ni..ye ke ni? eleh mata dh berahir tu..huhu
kita cite lain lah..

ooo ye..mugkin korang sume tertanya2.. nape kwn2 aku yg aku cite sumenya lelaki kan.. aku ikut turn..nanti pompuan ye..huhuh.. kawan2 aku kat myspace, friendster, tageed, hi5, facebook, dalam ym, im myspace, skype dan msn.. hope persahabatan kita kekal ye.. bagi aku xsalah berkawan..kalau nk berkawan-berkawan bersungguh2... sifat aku cuma aku nk cri kawan yg leh sama2 berkongsi suka duka.. tu je..
aku setia pada persahabatan..sebab lebih bnyk kita berkawan..lagi bagus..

sape2 yg nk kawan dengan aku tu jgn segan2 lah ye tegur2..aku akan bls korang..insyaAllah.. k...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Sabtu, 22 Mac 2008

my forever friend - saljie & mizi


kali ini aku nak cerita pasal 2 org mangkok..huhuh..alamak jangan marah ye..2 orang kawan aku ni..huhuh..aku saje je tulis lambat sebab nk suprise..ahaks... diorg mesti dah majuk..ala bucuk2 ahaks..aku xreti pujuk lor..ahaks.. mizi dan salji adalah kawan aku yang aku kenal semasa dalam kelas sem 1 satu lagi.. sebenar dari awal kami ada empat orang..aku, saljie, mizi dan zam.. sem satu kita orang mcam belangkas.. kemana pergi mesti bersama..huhuhuhu

mizi dak kedah.. dan saljie lak dak sabah.. aku syg dia orng ni sebab dia orang kawan terawal aku kat UPSI ni.. mana leh lupa. mesti dia org tertanya2 mana cite dia org kat blog ni kan..huhuhu..jgn marah ye nanti kene jual..ahaks.. mula2 dgr nama saljie serius aku tergelak sebab aku xpenah dengar nama tu sebelum ni.. tapi jie jgn marah ye..huhuh.. korang memang best..ahaks.. mizi lak nama dia xpelik bagi aku sebab sebelum ni aku ada kenalan yang bernama sama dengan dia..



cakap pasal saljie, dia ni sekarang dah ada awek..uuwaaaaaaaa..sape nama dia.. siti.. mizi siti kan..siti apa ek? siti payung ek..ahaks..ahaks..apa2 pon sebagai kawan aku doakan semoga ko bahagia..ahaks.. ermm mizi lak..dia ada awek..api dia xcakap sape..awek??? nk taw gak..sape mizi..ahaks.. satu ari nanti aku akan korek rahsia ko..uuwaaaaaaaaaaa... mizi nanti dah terkenal jgn lupa kawan ek..huhuhu..[fhm2 je lah..] ah

pernah ke kita gaduh ek??? ermm pernah lor..aahks tapi xnk fikir lah pasal tu..huhuh..biarlah semuanya berlalu.. sebab apa sebab aku syg korang.. oo yyeee... xsalah kan kalau aku nak cite, ada org cakap kenapa kita bertiga tak rapat macam dulu.. ??? sape cakap kita tak rapat.. kita rapat mcm dulu la..cuma kita ni xselalu bersama.. mizi dan saljie xkira apa org cakap yang penting kita berkawan baik taw.. tu janji kita.. kalau ada sakit hati tu biasalah.. aku ni mulut ckp lain, tapi hati tetap sayang korang.. percayalah..kasih mu lemah tersulam..[lagu siti, tol ke lirik dia ni.. memandai jew aku] hehehe..ermmm..

so, dengan adanya blog ini, kwn2 lain dapat taw..apa perkara sebenarnya yang berlaku.. bukan kita tak bersama kita tak berkawan. kadang2 orang salah tafsir ni yang aku benci ni..huhuhu..wah hai umat manusia semua.. ingat lah kamu, barang siapa memfitnah orang lain hukumnya lebih besar daripada membunuh.. [tol ke aku cakap ni..kalau salah so sorryyy... aku mcm tu lah aku umpamakan..] heheheh.. so jgn memandai2 nki cakap bukan2 tentang aku org kita orang ni dan cuba nak merenganggkan kita...

sebenarnya dalam berkawan ni, bnyk dugaannya..[dah serius dah] ni aku jujur lah wei..ahaks.. aku taw ada sorng insan di luar sana yang cuba memburuk-burukkan aku.. tapi korang leh nilai lah ye.. mizi ko taw sape org tu..jeng..jeng..jeng..ahaks.. aku xnak cakap sape.. tapi kalau orang tu baca..tepuk dada tanyalah ko nak makan apa..aku xnk tanya selera ko..ahaks.. aku xnk sebab dia, kita rengangg.. korang pon tgk sendiri dia sindir aku terang2..uuwaaaaaaaaaa.. abaikan je lah nyamuk tu..ahaks


kesimpulannya.. saljie dan mizi.. u my best friend.. love u all.. kalau aku silap tulis ke..sorryy ek.. saje je aku tulis lambat..sabab surprise..:D
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

parut vs tahi lalat

selamat pagi semuanya... hari ini aku nak pergi kampus ada ceramah... sape nak ikut.. jom ar.. tapi kene bayar lor.. huhuuh.. xpe2 yang penting ilmu tu..ahaks... [tol tol tol] kali ini aku nak ceritakan sedikit demi sedikit demi aku.. di episod tahun lepas ahaks..aku dah ceritakan tentang adik kembar aku kan..hehehhe.. kali ini aku secara peribadi nak ceritakan tentang diri aku.. tapi ini cuma sedikit je lah ye..ahaks..

kalau korang perasan, kat dah aku ada tahi lalat sebelah kanan.. cuba tengok betol-betol..hehehe... kata orang-orang tua, kalau ada tahi lalat kat situ maknanya dia ni jenis yang suka mencari ilmu.. ye ye je kan aku ni..huhuh.. tapi bukan aku ckp ek, orang yg dah mkn garam dari aku dan korang sume..huhuhu..patutlah kene darah tinggi.. maaf atok nenek..hehehe...silap ari bulan kene sekeh aku ni kang..ahaks..gurau je..bak kata pepatah aznil haji nawawi.. wah masuk juga nama dia ni "apalah erti hidup tanpa senda dan gurau" dipetik dan diubahsuai daripada rancangan macam-macam aznil..ahaks.. teringat aku pengajian am masa STPM dulu.. naseb baek dapat A.. time kasih cikgu rozila dan cikgu saravanan..sayang cikguku semua..ahaks..oopppsss..larrrrrrrrrrrrriiikkk..

aku dah cite pasalh tahi lalat aku kan... kalau korang perhatikan pic adik kembar aku lak, dia bukan ada tahi lalat, tapi dia ada parut kat dahi sebelah dahi kanan..sama tempat tahi lalat aku.. kisahnya begini.. aku memang terjal giler masa kecik dulu...memang mcm toyol @ setan la..alamak cian aku..ahaks.. xpe2..tu dulu k..sekarang ni aku baik sngt2..uuwaaaaaaaaaaa.... terpuji plak diri sndiri.. apa nk cite ek.. lupa lah..oohh ye pasal parut adik aku ye.. dia tu ada parut sebab aku tolak dia dari katil 2 tingkat. huhuhu

xsilap masa tu umur kita orang dalam 5 thn kot..memang aku xboleh lupa lah.. sebab ini perkara pertama yang buat aku cuak giler..ahaks.. ermmm.. masa tu kita orang main terjun-terjun taw dari katil tu..tinggi pe..masa tu kita orang comel2 siot,..ahaks..
mak aku masa tu tengah masak kuih tok jual kot..kat pasar malam.. kita orang tukar-tukar lompat lah..sekali aku dah lompat dia nk lompat takut, aku naik atas pastu aku tolak dia..uuwaaaaaaaaaaaaa [jahatnya aku].. dia xready lagi nk terjun..huuh.. tup... pale dia terhantuk kat simen tau masa tu.. aku ingt sikit jew..sebab dia senyap jew.. pastu bila nampak darah jew dia terus nangis.. cuaakkkknya aku..

nak xnak kene bagi taw mak aku.. aku mula lah membebel.. tu yang dia suh bapak aku balik..masa tu xde henpon..dia soh orang panggilkan.. uuwaaaaaaaaaaaa... aku memang dah cuak..takut adik aku ada pe2 je [ye ye jew padahal takut kene marah n pukul] ahaks... entah lah aku kene marah lor..sangat2 smpai sakit tinga aku.. entah lupa aku kene pukul ke x? rasa2 xkot.. adik aku kene jahit kat tahi tu..

abis balik dari sepital, kat umah aku pelok adik aku.. aku cakap kat dia, sakit x? dia cakap sakit.. masa dia sakit tu lah aku jaga dia.. syg jaga aku kat dia kan..
so swwwwwwwweeeeeeeeeeeeetttttt... tulah kisahnya..:D
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 21 Mac 2008

zulfadli dan asura... in love


ini sekarang giliran zulfadli, my best friend di johor bahru..hehehe..kalau balik jb mesti jumpa dia.. kuarga dia dah macam kuarga aku....huhuh..kadang2 tu aku segan sangat2.. ye lah kuarga dia layan aku baik sanagt2...huhu terasa segan yang amat sanagt..ya ampun... masuk tahun ni, xsilap aku dah 4 tahun kita orang berkawan. dulu satu sekolah masa form 6, tapi lain kelas lah.. pastu lama2 kita orang rapat dan dh macam adik beradik..tol ke lee? heheheh...

dia ni bagi aku seorang yang pendiam, dan kadang-kadang seorang yang pelawak. bagi aku dia ni pandai, cuma dia je yang tak merasa diri dia macam tu.. sebelum dia kawan dengan aku result dia down.. [tol ke ek] lebioh kurang mcm tu lah.. kata orang pengaruh rakan yang mengubah semua itu..ahlamdulilah.. sekarang lee stdy kat UITM, SHAH ALAM.. amik kos pe ek? pasal reka bentuk lah..ahaks.. lupa sworryyy..


lee mula-mula nk masuk UPSI..dia mohon bagi pilihan pertama..tapi dapat kat UITM lak..huhuh..xpelah..sekurang-kurangnya dia smbng belajor..syukur alhamdulilah..ahaks

apa lagi aku nk cite pasal dia ek..ahaks... dia baik lah semuanya.. kadang-kadang tu buat aku sakit hati..biasalah adat berkawan..ahaks.. ada marah dan suka..huhuhu.. dia ni ada kapel taw..name dia asura.. asura pon best friend aku gak..huhu..dia dok pandan,jb..hehehe.. nk taw cite tak, sebenarnya asura suka kat lee dulu.. pastu entah macam aman lee boleh sangkut..uuwaaaaaaaa...larrrriikkkkkkk... hehe..jangan marah ye..sebelum tu ada konflik sikit..tapi biarlah rahsia antara kami berempat .. sape lagi satu azimah lah..ahaks.. kita orang berempat bersahabat baik.. kadang-kadang kalau ada masa kami berempat jalan-jalan bersama..huhuhu..



kisah percintaan lee dengan asura sebenarnya penuh dengan liku, aku sebagai kawan xtahu mcam mana semua itu boelh mereka lalui.. bagi aku semua tu dugaan.. tapi sebagai kawan, aku memang sokong 100% percintaan dia orang berdua.. aku dan azimah akan sentiasa akan mendoakan kebahagian mereka berdua.... suka aku tengok dia orang berdua..heheh... lee kadang-kadang suka menganjing..uuwaaaaaaaa... susah gak nak faham dia.. tapi apa2 pon aku suka cara dia..huhuhu..slow and stady..

last word.. hope semuanya berjalan dengan lancar..dan aku sayangkan persahabatan kita semua..lee ingat taw, walau apa yang berlaku kita tetap sahabat.. jaga asura baik-baik..aku rindu sangat-sangat kat azimah..lama xjumpa dia.. ada masa kita jumpa ye.. aku dengan azimah akan sokong ko.. abaikan anasi-anasir luar ye.. faham2 je lah..ahaks

ok bah.... salam maulidurasul.. selamat menunaikan solat jumaat..
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

A Friend's Greeting

I'd like to be the sort of friend that
you have been to me;
I'd like to be the help that
you've been always glad to be;

I'd like to mean as much to you
each minute of the day
As you have meant, old friend of mine,
to me along the way.

I'd like to do the big things and
the splendid things for you,
To brush the gray from out your skies
and leave them only blue;

I'd like to say the kindly things that
I so oft have heard,
And feel that I could rouse your soul
the way that mine you've stirred.

I'd like to give you back the joy
that you have given me,
Yet that were wishing you a need
I hope will never be;

I'd like to make you feel as rich as I,
who travel on
Undaunted in the darkest hours with you to
lean upon.

I'm wishing at this time that I
could but repay
A portion of the gladness that
you've strewn along my way;

And could I have one wish this year,
this only would it be:
I'd like to be the sort of friend
that you have been to me.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

dalam diri ad smor dan roslan


Kali ini aku nak cerita kan seorang kawan aku bernama ad smor dan roslan plak..huhuhu..jangan marah ye..ahaks. dia ni budak sabah dan lan budak johor dan kita orang satu kelas..ahaks.. terus terang aku cakap kat korang sume tentang ad..setelah aku berkawan dengan dia, baru aku taw apa itu erti sahabat dan apa itu musuh.. sebab dia aku taw segala hal dan sebab dia aku berkongsi masalah.. buat apa nak malu kalau nak berkongsi masalah. Aku pernah menangis dan dia pon sama.. semua ni lumrah manusia..jangan marah ye ad.. aku kenal dia dari sem satu lagi.. walau pun xkenal rapat tapi kita orang bual2 lah.. mula-mula aku tengok dia ni memang sombongh giler.. ni jujur lah aku cakap kan.. pastu bila aku dapat taw dia, aku leh terima dia dan kita orang boleh buat lawak sama2.. itu lah kata orang tak kenal maka tak cinta..ahaks

Nama dia memang pelik.. tapi kata orang apa ada pada nama..ahaks.. ad ni seorang perahsia, susah aku nak taw banyak pasal dia. Ada pon dia cuba elakkan diri. Tapi biaralah, hak peribadi.. one ad akan berjumpa dengan insane yang sempurna.. itu adalah satu cabaran bagi ko ad..ahaks..

Dia ni jenis yang pendiam, pemalu, tak bersosial dan senang dibawa berbincang. Kebanyakkan kawan – kawan aku semuanya ada persamaa dengan aku.. aku ni kurang bersosial dan tak suka kuar rumah. Kiranya satu kepala lah..ahaks..

Ooo..ye lupa lak..ad ni suka tengok cite korea dan jepun..ahaks..kalau aku p bilik dia jew, mesti dia tengah tengok cite dan buka lagu korea..suka sesangat dia bercinta cintun ni..ahaks… tapi nak ilang kan boring layan je lah..tol x? ahaks

Hidup sebagai pelajar adalah rutin jew..lebih-lebih lagi pelajar UPSI. Tiada tempat untuk keluar pada hujung minggu. Sungguh boring.. nasib baiklah ada kawan-kawan..heheh.. ad ada seorang rakan karib iaitu roslan. Macam aku dengan faizal gak..kemana ad pergi kat situ ada roslan.. roslan pon kawan aku gak.. ad dan roslan memang rapat.. cite pasal roslan dia ni pandai dan rajin buat keje.. antara kami semua dia memang rajin.. suspek lah kat ko roslan..ahaks.. mudah bergaul dengan roslan, tak kedekut ilmu, berani dan suka buat lawak gak.. tapi ada masa ada anginnya..ahaks.. sama lah dengan aku..ahaks

Roslan budak johor.. samalah dengan aku. Satu negeri katakan..johor boleh..aahaks.. apa2 pon..memang aku suka berkawan dengan roslan dengan ad..semoga persahabatan kita kekal..amin..doakan ye..:D
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Khamis, 20 Mac 2008

kaulah sahabat, kawan dan kekasih

Adam ialah seorang lelaki yang sederhana dan boleh dikatakan kacak juga. Tapi dia seorang yang baik, dan suka menolong kawan, penyayang, dan suka menyimpan perasaan. Pendiriannya, biarlah dia sengsara asalkan kawannya gembira. Persahabatan baginya adalah satu ikatan yang indah dan tak akan pernah dia lupakan walaupun jarak memisahkan mereka. Adam mempunyai dua orang kawan baik iaitu Syafik dan Zack. Mereka memang sudah kenal dari kecil lagi. Mereka bertiga ini kalau hendak ke mana-mana mesti bersama-sama., tetapi telah terpisah setelah ketiga-tiganya belajar di universiti yang berbeza.

Syafik seorang yang panas baran dan suka bertindak melulu. Namun dalam panas barannya itu dia seorang yang setia akan kawannya dan sentiasa mengambil berat terhadap kawan yang lain. Malah, pernah satu hari ketika Adam terlibat dalam sebuah kemalangan, Syafik merupakan orang pertama yang risau dan gusar kerana memikirkan keselamatan Adam. Zack pula ialah seorang pelajar yang pintar dan sahabat yang suka menolong orang lain. Zack juga panas baran cepat marah. Syafik dan Zack seringkali bertelagah dan Adam sering menjadi orang tengah. Persahabatan mereka bertiga saling melengkapi antara satu sama lain. Betul kata orang, kita saling memerlukan dan perlu tolong-menolong antara satu sama lain.

Krisis persahabatan mereka bermula apabila Zack dan Syafik menyukai perempuan yang sama, iaitu Nana. Namun Nana telah menyukai Adam dalam diam-diam. Nana seorang perempuan yang cantik dan pintar. Gayanya boleh membuatkan banyak lelaki cair. Dia memang cukup sempurna untuk menjadi wanita Melayu terakhir, pandai dalam segala hal, pandai memasak, rajin, suka menolong orang, tidak sombong, dan paling penting pandai menjaga diri. Sifat-sifat inilah yang membuatkan pelajar di sekolah meminati Nana. Walau bagaimanapun, Nana lebih tertarik kepada Adam. Bagaimanakah Nana boleh suka akan Adam?. Dalam banyak-banyak lelaki kenapa Nana pilih Adam?

Nana dan Adam ialah kawan rapat sejak di sekolah rendah lagi. Nana ialah rakan karib kepada Liza, iaitu bekas kekasih Adam. Nana menjadi perantara cinta antara Adam dengan Liza. dan Nanalah yang menjadi saksi hidup dan matinya cinta mereka berdua. Mungkin sudah takdir tuhan bahawa hubungan mereka tidak lama. Liza telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kematian Liza sedikit sebanyak menjejaskan emosi Adam yang ketika itu berada dalam keadan tertekan. Liza dan Adam telah berjanji akan memasuki universiti yang sama dan mengikuti jurusan perubatan. Mereka telah merancang masa depan dengan sesempurna mungkin.

“Adam berjanji kepada Liza, kita tetap akan bersama-sama untuk selamanya. Hanya maut yang dapat memisahkan kita.” romantik sungguh kata-kata Adam ketika itu.
Kicauan burung dan bayu angin yang dingin menambahkan keindahan suasana. Mereka memang mengimpikan suasana seperti itu.
“Baiklah, Liza berjanji hanya maut yang dapat memisahkan kita. Cuma satu saja yang Liza minta pada Adam, jangan cakap tentang mati dan maut lagi” Liza berasa kata-kata itu akan mengubah suasana menjadi suram. Kegembiraan tadi bertukar resah jika memikirkan mereka akan tepisah suatu hari nanti. Namun semua itu takdir Ilahi, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

Adam bukannya seorang budak yang kurang ajar, tetapi pernah sekali Adam telefon ke rumah Liza dan dia tersasul dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
“Hello, Liza ada tak?” Adam memulakan perbualan sewaktu menelefon ke rumah Liza.
“Ada, tapi siapa yang bercakap ni, kawan dia ke?” ibunya membalas kata-kata Adam.
Dengan nada yang selamba Adam menjawab, “yup, kawan dia.”
Sebaliknya ibunya berkata, “Awak ni Melayu ke orang putih? Berilah salam dahulu.”
Adam memang marah sangat pada masa itu, tetapi perkara itu sudah terlanjur, apakah yang boleh dibuat lagi? Malah apabila perkara tersebut diceritakan kepada ayah Liza, Adam dilarang keras berkawan dengan Liza. Ini kali pertama panggilan tersebut merupakan panggilan daripada seorang lelaki untuk Liza di rumahnya. Mungkin Adam bernasib malang. Sejak dari hari itu, ibu bapa Liza menghalang pergaulan Liza dengan mana-mana lelaki termasuk Adam.

Walaupun mendapat halangan, hubungan Liza dan Adam berdua masih lagi akrab seperti dahulu, malah semakin intim. Pernah sekali Liza mentertawakan Adam kerana dimarahi ibunya. Perkara itu memang tidak boleh dilupakan oleh Liza kerana Adam seorang lelaki yang baik. Akrabnya hubungan mereka menyebabkan Liza terpaksa menipu ibu bapanya untuk keluar bersama-sama Adam. Tipu sunatlah katakan, tetapi pada masa yang sama perasaan serba salah selalu menyelubungi Liza dan Adam. Sebenarnya Liza pernah memohon keluar daripada ibunya untuk berjumpa dengan Adam, tetapi dilarang keras dan dia dikawal ketat semenjak hari itu.

Adam membuat temu janji dengan Liza. Seperti biasa Liza menunggu Adam di depan Perhentian Bas Carrefour. Memang di siitulah tempat perjumpaan mereka. Temu janji dibuat pada pukul 5.30 petang pada hari Ahad. Liza sukar mendapat kebenaran keluar kerana hubungan mereka berdua mendapat tentangan hebat daripada ayah dan ibunya Liza. Orang tua Liza seorang yang kuat agama dan mahu Liza berkawan dengan budak-budak masjid. Pernah sekali ayah Liza membawa anak temannya balik ke rumah dan memperkenalkannya kepada Liza. Lelaki itu baik dan alim, tetapi hati Liza tidak berkenan pada lelaki tersebut. Akhirnya, usaha ayahnya hancur berkecai begitu sahaja.

Hampir tiga jam Adam menunggu kedatangan Liza. Adam tetap menunggu, dan terus menunggu kedatangan Liza hingga larut malam.
“Liza dah lupa ke janji kita, Adam takut Liza tak datang.” Kata-kata itu selalu bermain dalam ingatan Adam ketika menunggu kehadiran kelibat Liza.
Lama juga Adam menunggu sehingga tertidur di atas tempat duduk Perhentian Bas akibat keletihan. Adam gagahkan diri menunggu beberapa jam lagi kerana yakin bahawa Liza akan datang, Liza tidak mungkin memungkiri janjinya. Hubungan Adam dan Liza kuat atas dasar saling percaya antara satu sama lain. Apa-apa sahaja yang dilakukan, dan ke mana sahaja mereka pergi pegangan itu tetap dituruti. Mereka berdua tidak perlu risau kerana saling percaya dan setia antara satu sama lain. Semasa Adam tertidur di Perhentian Bas, tiba-tiba telefon Adam berbunyi.

Menatap indahnya senyuman di wajahmu Membuatku terdiam dan terpaku Mengerti akan hadirnya cerita terindah Di saat kau peluk mesra tubuhku Banyak kata yang tak mampu Ku ucapkan kepada dirimu..

Ringtone handphone Adam berbunyi agak lama kerana dia telah terlelap.
“Hello, siapa ni?” Dengan nada yang tidak jelas, Adam menjawab panggilan telefon tersebut.
“Adam kat mana ni, cepat balik. Abah dah marah dan mak dah risau ni. Dah pukul 3.00 pagi ni. Balik cepat?” suara kakak Ila keras singgah ketelingga Adam.
Tanpa membuang masa lagi, Adam segera beredar dan balik kerumahnya. Yang Adam tahu, dia terlalu kepenatan dan mengantuk ketika itu. Penantiannya sia-sia. Hampir enam jam Adam menunggu kedatangan Liza tetapi bayangnya pun tidak kelihatan.
“Mungkin dia ada hal, sebab itu tak sempat nak mesej atau telefon.” Adam berfikiran positif ketika itu kerana tidak mahu berprasangka buruk terhadap Liza.

* * *

Tepat pukul 7.30 pagi hari Isnin, datang pengetua sekolah dengan wajah yang suram, Seperti ada sesuatu yang tidak enak. Adam cuba mencari sebab disebalik pengetua itu, namun gagal. Adam yakin mesti ada sesuatu yang berlaku.
“Kelas bangun, Assalamualaikum pengetua?” ketua kelas memberikan ucapan sambil berdiri. Semua pelajar dalam kelas bangun dan memberi salam kepada pengetua.
“Waalaikumusalam, duduk,” balas pengetua.
Setelah semua pelajar duduk, pengetua memulakan bicara, “Awak semua mungkin terkejut dengan kedatangan saya dalam kelas ini. Ada berita sedih yang ingin saya sampaikan, diharapkan kamu semua sabar dan tabah menerimanya. Adam terus memasang telinga mendengar perkara yang ingin disampaikan oleh pengetua.
“Sebenarnya seorang daripada rakan sekelas kamu ditimpa musibah malam tadi. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya dan...,” kata-kata puan pengetua terhenti seketika.
Setelah beberapa saat membisu dia meneruskan kata-katanya, “Dan dia telah pergi buat selama-lamanya.”
Tiba-tiba jantung Adam berdenyut kencang. Dia mencari kelibat Liza di dalam kelas. Ternyata Liza tidak ada pada ketika itu. Adam mula memikirkan yang bukan-bukan.

Kebetulan, Atiqah juga tidak hadir ke sekolah. Barangkali rakan yang dimaksudkan itu ialah Atiqah, bukan Liza.
“Baiklah saya terus-terang saja. Sebenarnya Liza telah meninggal dunia awal pagi tadi dan dia akan dikebumikan sebelum tengah hari ini.” Sebaik-baik sahaja mendengar kata-kata pengetua, semua rakan memandang ke arah Adam. Adam terdiam dan terpaku seketika. Di dalam hati, Adam cuba menafikan kata-kata pengetua tersebut. Teman-teman rapat Liza mula menangis termasuk Nana.
Keadaan kelas yang tadinya ceria bertukar sedih. Suram telah menyelubungi suasana ketika itu. Malah, ada beberapa rakan sekelas yang tidak dapat menerima berita tersebut turut menafikannya seperti Adam.
“Tidak, tidak! Baru semalam kita berbual-bual dengannya, tak mungkin dia pergi begitu saja,” Nana yang merupakan rakan karib Liza bangun dan menafikan kata-kata pengetua.
“Saya faham perasaan awak semua, tetapi ini takdir dan awak perlu menerimanya. Adam terus bangun dan berlari ke luar sambil membawa begnya.
“Adam, Adam! Awak nak ke mana tu?” Pengetua bersuara keras kerana ingin cuba menghalangnya. Namun, ada tidak menghiraukan kata-kata pengetua itu. Adam menghampiri motosikal yang terletak di luar bilik darjah. Enjin dihidupkannya, topi keledar dikenakan pada kepala dan dia menuju ke rumah Liza. Tanpa berfikir panjang, rakan-rakan lain turut mengikuti jejak Adam.

Sampai saja di rumah Liza, Adam melulu masuk ke rumah. Namun dia dihalang oleh ibu dan ayah Liza. Malah, Adam dituduh menjadi punca kematian anaknya itu. Dia dicaci dan dihalau, malah dihalang daripada melihat wajah Liza buat kali terakhir. Adam terpaksa akur dengan kehendak ibu bapa Liza.

Seminggu Adam mendiamkan diri dan tidak lalu makan. Semuanya menjadi tidak teratur sejak kematian Liza. Adam mengambil keputusan untuk menghilangkan diri daripada tempat tersebut dan menetap bersama saudaranya di Perlis tanpa mengirimkan khabar berita kepada rakan-rakannya. Adam terus menyepi sehinggalah bertemu dengan Nana kembali setelah lama tidak bersua muka. Keakraban Adam dan Nana mula kian terjalin dan semakin akrab seperti waktu mereka berada di zaman persekolahan.

Persahabatan yang terjalin antara Nana dan Adam sekian lama telah membuatkan hati Nana terpikat akan Adam. Dia berasa Adam sesuai untuk dirinya. Setelah dia tahu Adam pernah terluka, dia mahu mengubati luka itu. Pada satu hari, Nana berjumpa dengan Adam dan menyatakan isi hatinya. Adam terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa. Zack dan Syafik yang selama ini menaruh hati terhadap Nana mendapat tahu ada pesaing baharu antara mereka. Adam berasa serba salah. Zack dan Syafik memarahinya. Berkali-kali Adam menafikan bahawa dia mengasihi Nana. Akhirnya mereka bergaduh. Persahabatan yang selama ini terjalin goyah begitu sahaja. Adam menyalahkan dirinya atas perkara yang berlaku.

Adam sudah beberapa kali menerangkan perkara yang sebenarnya kepada Syafik dan Zack tetapi tidak berjaya. Pernah suatu hari, Adam berjumpa dengan Zack dan Syafik di sebuah restoran untuk menyelesaikan masalah tersebut, Syafik dan Zack saling memasamkan muka dan berpaling antara satu sama lain. Akhirnya pertemuan itu tidak berhasil, sebaliknya pergaduhan yang terjadi. Malunya, hanya Tuhan saja yang tahu. Adam tidak mahu pergaduhan itu berlanjutan dan dia cepat beredar dari restoran itu.

Rentetan daripada peristiwa itu, Adam pergi membawa diri jauh dari Johor Bahru, iaitu selama dua bulan. Boleh dikatakan sepanjang masa Adam tidak lekat di rumah. Seminggu di Muar, seminggu di Pontian, dan seminggu di Mersing. Dan ingin bersendirian buat sementara waktu untuk mencari ketenangan-ketenangan yang abadi. Dia harus berfikir, antara sahabat dengan cinta, yang mana satu penting buatnya? Adam seorang yang mementingkan persahabatan dan menganggap persahabatan ialah segala-galanya, selain daripada keluarga. Prinsip ini memang sudah difahami semua temannya. Namun, waktu itu Adam berasa tertekan tuduhan rakan-rakannya. Pernah Adam berasa terkejut dengan perubahan drastik kawan-kawannya. Betul kata orang, manusia boleh berubah walaupun dalam masa sehari sahaja.

Setelah Adam pulang dari Johor Bahru, Nana mengadakan majlis kenduri arwah untuk kakaknya. Kakaknya telah dua tahun meninggal dunia akibat sakit leukimia. Nana telah menjemput Adam, Zack dan Syafik ke majlis tersebut. Mereka bertiga pergi berasingan, tetapi apabila sampai di rumah Nana, Adam berasa ada perkara yang pelik. Zack dan Syafik sudah tidak marah terhadap Adam. Zack dan Syafik cuma kecewa kerana dia tidak memaklumkan kehilangannya yang hampir sebulan itu. Adam meminta maaf dan hubungan mereka kembali seperti dahulu. Malam itulah yang paling bermakna buat Adam, kerana rakan-rakannya telah kembali seperti dahulu. Sebelum pulang, Nana membekalkan Adam makanan dalam mangkuk tingkat, juga untuk Syafik dan Zack. Malam itu Adam mula tertarik kepada Nana, tetapi dia menafikannya.

Esoknya, Adam ke rumah Nana untuk memulangkan mangkuk tingkat yang diberikannya semalam. Sebaik-baik sahaja Adam berada di hadapan pintu rumah Nana, Adam terdengar perbualan antara Nana dengan keluarganya.
“Nana, bila nak pergi kemoterapi?” Adam terdengar suara ayah Nana. Adam terkelu dengan perkataan kemoterapi itu. Nana sakitkah? Tapi kenapa dia tak bagi tahu aku. Macam-macam perkara yang Adam fikirkan pada masa itu. Tiba-tiba pintu rumah dibuka. Nana muncul di depannya. Adam terpaku dan menyerahkan mangkuk tingkat dalam tangannya kepada Nana dan terus beredar tanpa berkata sepatah pun.

Adam terus pulang ke rumahnya dan termenung sendirian. Zack dan Syafik yang kebetulan berada di rumahnya berasa ada sesuatu yang pelik dengan Adam. Zack dan Syafik memang selalu datang ke rumah Adam. Adam tidak menyapa mereka dan dia terus masuk ke dalam bilik. Nana cuba menelefon Adam beberapa kali, tetapi tidak mendapat jawapan. Perkara ini berterusan sehinggalah beberapa hari. Suatu hari Adam menelefon Nana dan menyatakan keinginan untuk berjumpa dengannya. Adam bertemu Nana di sebuah kafe yang mereka sering kunjungi. Setelah mereka berjumpa, Adam meminta Nana menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Nana menyatakan perkara yang sebenarnya bahawa dia memang tidak seihatdia menghidap leukimia seperti kakaknya.
“Sejak bila Nana?” tanya Adam tidak puas hati.
“Sudah lama, hampir setahun,” kata Nana. Adam terperanjat.
“Dah lama. Jadi, kenapa Nana memberikan Adam harapan untuk mencintai Nana? Kenapa Nana?” Nana membisu.
“Adam tak sanggup kehilangan orang yang Adam sayang untuk sekali lagi, Nana.” Pada masa itu Nana menangis sepuas-puasnya.

Sebulan selepas tu, Nana dikejarkan ke hospital akibat pengsan secara tiba-tiba. Dia disahkan koma oleh doktor kerana berlaku komplikasi dalam badannya dan badannya menjadi semakin lemah setelah melakukan kemoterapi pada hari sebelumnya. Jantung Adam memang berdenyut kuat dan kencang sewaktu mendapat berita itu. Nana koma selama tiga hari dan sedar semula selepas itu. Doktor menyatakan Nana akan bertahan hidup hanya beberapa minggu saja. Sebaik-baik sahaja mendengar pernyataan doktor, Adam terduduk di kerusi. Lemah seluruh anggota badannya.

Pernah satu hari Nana meminta untuk melihat laut. Secara kebetulan, Hospital Besar Johor Bahru berhadapan dengan Selat Tebrau. Jadi, Adam menemani Nana yang terpaksa berkerusi roda bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut. Apa-apa saja yang dia inginkan pada waktu itu, Adam penuhi. Selama Nana berada di hospital, selama itulah Adam menemaninya. Masa cuti semester dua bulan juga dihabiskan menemani Nana di hospital. Permintaan terakhir Nana kepada Adam ialah jangan sesekali datang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya. Nana tidak mahu adam mempunyai kenangan yang sedih terhadapnya. Biarlah Adam mengingati masa-masa indah bersama Nana. Adam bersetuju demi kasihnya akan Nana. Selang beberapa hari Nana melakukan kemoterapi lagi dan kali ini menyebabkannya koma sekali lagi.

Hari itu ialah hari Jumaat. Hari itu adalah hari sedih dalam hidup Adam. Adam kembali ke universiti untuk memulakan semester baharu. Pada hari itu juga Adam terpaksa meninggalkan Nana yang sedang koma di hospital. Seminggu memulakan semester baharu, Adam dikejutkan dengan berita pemergian Nana. Nana menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 8.35 malam. Adam keliru sama ada mahu balik atau tidak dan teringatkan janjinya terhadap Nana. Namun Adam akur dan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Masalah datang dan pergi. Dia telah kehilangan kekasih sebanyak dua kali dalam hidupnya. Namun, di sebalik semua yang terjadi, dia telah beroleh kasih rakan-rakannya iaitu Zack dan Syafik. Memberikan kekuatan untuk teruskan hidup dan menerima takdir dengan rela hati.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

luahan hati seorang sahabat

Aku mendengar luahan hati seorang sahabat

Aku meredupkan kesedihan dihatinya

Aku tersimpati dgn dirinya

Tanpa aku menoleh

Aku dapat rasakan naluri hatinya

Kesedihan yg dilaluinya penuh liku

Setelah sekian lama dia bergembira

Setelah sekian lama mereka bersama

Tapi terpisah dengan membisukan diri


Ada apa dgn cinta,

Jika pasangan itu sendiri tidak ikhlas

Ada apa dgn hati,

Jika hati kita tidak jujur

Ada apa dgn kata-kata

Jika ucapan yang diucapkan penuh dengan dusta


Memang benar cinta perlukan pengorbanan,

Tapi dimanakah silapnya jika terjadinya perpisahan,

Dimanakah silapnya jika cerita indah

Berakhir dgn air mata.

Adakah cinta itu lebih kepada kesedihan.


Aku mendengar luahan hati seorang sahabat

Takut aku untuk bercinta,

Tapi aku redha dgn ketentuan-NYA

Aku yakin dgn pasangan aku,

Dan aku yakin dengan diri aku,


Tidak semua cinta itu sedih

Tidak semua cinta itu membawa duka,

Cinta hanya meminta kesetian, kejujuran, keikhlasan,

Dan terima pasangan seadanya.

Rupa tidak menjanjikan apa-apa.

Tapi hati yg ikhlas dan setia,

Itu namanya adalah cinta.


Biar sama-sama mendaki gunung

Biar sama-sama menuruni lurah

Biar sama-sama rasa suka dan duka

Dalam menyelami hati ini,

Kita akan merasa dekat dengan

Cinta kita.


Aku merenung jauh lari kehadapan

Tanpa menoleh lagi ke belakang,

Kisah dulu aku tanamkan sedalam-dalamnya

Duka dan lara menjadikan aku lebih matang,

Mata yg berair kini bersinar,

Tangan yg lemah kini menjadi gengaman yg kuat

Kaki yg pernah melangkah kini bisa ku berlari


Kau bawa aku kedunia baru,

Hidup penuh dengan angan-angan

Dengan kata-kata semua impian jadi kenyataan

Kejujuran adalah pada bibir..

itulah luahan seorang sahabat yang setia....

Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

graven yulius bata.. my friend


Kali ini aku nak kongsi cerita tentang sorang lagi kawan dan juga sahabat aku dia upsi. Nama dia bagi aku pelik lah gak..GRAVEN YULIUS BATA. Kadang-kadang aku panggil dia GYB = gay boy..huhuh…lawak jew..ahaks.. dia ni budak sabah... pelik kan..tapi benar..ahaks. dia ni seorang yang penyanyang kot..ahaks jangan lebih-lebih nanti dia perasan lah pulak. Pernah banyak kali aku cakap kat dia yang perangai dia macam bapak aku. Entah susah aku nak cakap, tapi aku dapat rasakan persamaan antara dia dengan bapak aku. Contohnya, jenis yang tak kisah dan kadang-kadang amik berat. Kalau aku ada masalah gak dia akan tanya sama ada aku ada masalah atau tidak. Tapi aku selalu cakap tak ada pe2 yang berlaku. Hehehehe... dia ni ada kawan rapat nama dia yani. Yani ni budak johor, sama dengan aku lah.. tapi dia dok pontian aku johor bahru. Nak kata diorang kapel tak taw ek kapel ke tak? Tapi mcm kapel sebab selalu dia orang sama2. kadang-kandang aku jumpa kat library. Bila ditanya dia orang ni kapel ke x? Ermm..jawapannya tidak..ahaks tapi aku dapat taw mcm kapel jew..ahaks..tak taw lah betol ke x? Ahaks... ermmm ramai kawan2 ckap macam tu graven..


Panggilan yang aku suka panggil dia adalah grave [batu nisan kan?] ahaks... dia kadang2 marah aku panggil mcm tu. Tapi aku suka panggil mcm tu sebab senang nk sebut..ahaks. tapi lama dah biasa kot. Aku panggil je dengan nama tu..eheheh.. aku suka panggil nama kawan2 yanglain dari yang lain sebab apa ek? Sebab dia best....ahaks.



Mula perkenalan aku dengan dia, lewat dari aku kenal kawan-kawan lain. Graven masuk ke upsi lambat sebab dia panggilan kedua iaitu 3 minggu lewat dari aku. Mula-mula memang xkenal dan rapat sebab kami lain kelas. Memang susah nak jumpa. Kalau nak cite macam mana aku kenal dia, mmg aku lupa dari awal macam mana.. aduiiiii migran aku dibuatnya bila di suruh pikir benda2 yang dh lepas ni..uuwaaaaaaaaaaaaaa...


Tapi yang pasti aku rapat dengan dia masa sem 2 gak, sama dengan faizal. Lama-lama kita orang jadi best friend.huhuhu... semua berlaku dengan pantas..nk cite dari mula memang susah dan aku ni jenis yang pelupa..ahaks...


Kalau korang nak taw, graven ni penah datang umah aku kat johor.. dia dok sana dalam 3 hati kot..aahks..maknanya dia dah kenal pameli aku dan dah dapat jumpa adik kembar aku..huhuhu dia ckp memang susah nk bezakan aku dengan adik kembar aku jika tak ada tahi lalat di dahi. Ahaks..ermmm pastu cara dia nk bezakan aku adalah melalui berat badan. Adik aku berisi sikit..ahaks... semasa jumpa dengan pameli aku mula-mula dia ni pemalu, selepas tu dah ok dah.. dpat bual2 dengan kuarga aku.. abah aku peramah sangat2. mak aku pon lawan dia sangat2..aku pon lega bila kuarga aku layan dia dengan baik.. graven terima kasih sebab ikut aku balik dan berkenalan dengan kuarga aku.. thanks sangat2..


Apa lagi nak diceritakan tentang graven ni ek.. oohh ye..pasal gaduh ek.. nama pon best friend mesti ada konflik sikit.. aku penah gak gaduh dengan dia kot..huhuhu.. bila mood xbaik, dia diamkan diri dan jadi pasif dan cuba nak jauhkan diri. Aku bila ada orang nak jauhkan diri dari aku, aku akan jauhkan diri gak..ahaks.. tapi kejap je dah xlama dah.. sebab xsuka gaduh-gaduh..buat penat je..aahks.apa2 pon we best friend 4 ever,....

Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 19 Mac 2008

dahulu sahabat, tetapi kini...

sukar untuk aku ungkapkan, sukar untuk aku siratkan segalanya..

pernah dulu kau bersama ku
pernah dulu kita bersahabat baik,
pernah dulu kita sentiasa bersama,
pernah dulu kita berkongsi suka duka

jika sekarang kau katakan aku sakit hati, memang ya sangat2..
jika sekarang kau aku jauhi semua kerna kau, memang ya sangat..
jika sekarang kita terputus sebab aku, memang ya sangat2...
jika kita ditakdirkan putus sahabat, memang ya sangat disebabkan kau...


tapi semua itu tidak aku hiraukan, cuma satu kalimat ayat dari mulut mu sahaja.. iaitu ungkapan maaf darimu..
sebab mulut badan binasa, sebab mulut jugalah kita terputus segalanya..

bukan pinta aku, bukan pinta rakan2 lain.. tapi kenapa perlu terjadi..

bagi aku sekali sahabat..kita akan sahabat selamanya.. mulut kata benci tapi hati kata masih mahu bersahabat.. tapi ubahlah diri dulu dan sedari kesilapan lalu..

aku sayang dan hargai erti sebuah persahabatan..

ikhlas..
asrul
kembalilah seperti dahulu...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Selasa, 18 Mac 2008

Faizal Rakan baikku

Mari kita kenali sahabat-sahabat aku yang aku sayang sangat-sahabat.. pertama sekali ingin aku perkenalkan faizal. Dia ni best friend aku kat UPSI. Sayang sangat-sangat kat dia sebab dia senang faham perasaan aku dan leh terima aku seadanya. Kalau aku ada masalah ke dia leh kesan dan faham. Sebab tu aku lebih selesa berkawan dengan dia. Perkenalan aku dengan dia bermula semester ke-2. pada semester pertama kami kenal2 macam tu jew. Tapi bila semester kedua kita orang kenal dengan lebih rapat sebab pada masa tu kebanyakannya satu kelas. Bermula dari situ aku dengan dia bersahabat baik. Lebih kurang setahun lebih dah kenal dia. Kalau kemana-mana je aku pergi mesti kita orang berdua. Macam belangkas. Selalu makan bersama, pergi kelas bersama.. dia kawan aku yang paling terbaik aku pernah kenali dan aku tak mungkin akan lupakannya. Bagi aku dia ni, seorang yang pemalu dan ada masanya peramah. Tapi lebih kepada pendiam dan hanya suka buat kerja sendiri. Dia cuba sesuaikan diri dengan seseorang kadangkala dia tak suka dengan orang tu. Dia ni jenis yang sentiasa jaga hati seseorang dan tidak mudah kecik hati. Kurang marah dan masamkan muka. Kadang-kandang aku susah nak tahu dia ada masalah atau tak. Sebab ada ke x ke dia buat macam biasa jew.. tapi hope tak ada lah.. sebab dia happy je selalu.


Setiap manusia mesti ada masalah kan. Dia pon ada gak kot..ahaks.... tapi aku tak nak amik taw lah..sebab aku jenis yang tak suka busy body. Biarlah dia selesaikan sendiri kecuali jika dia nak ceritakan masalah dia pada aku. Kalau aku ada masalah aku akan ceritakan pada dia. Segalanya aku ceritakan sehingga tiada rahsia lagi antara kita..ermm tak ada rahsia ker? Ermmm ada-ada lupa lak..dia tak tahu siapa lover aku.. ala bukan dia je yang tak tahu.. kawan-kawan lain pon tak tahu..uuwaaaaaaaaa..... biarlah tu hal masaing-masing..


Berbalik pada faizal ni, aku pernah pergi umah dia kat muar. Masa tu aku pergi dengan zam masa tu memang best sebab dapat kenal dengan lebih rapa dengan keluarga dia. Aku kalau dengan dia jenis yang tak kisah lah...

Sedangkan lidah lagi tergigit.. ahaks.. kita orang kadang-kadang penah gaduh.. ermm tapi tak lama lah sebab ke mana ke kita orang pergi mesti bersama. So kejap je marah tu.. ada satu hari aku bengang gak lah.. masa tu nak pergi makan, aku tunggu lah kat bilik dia.. lama gak, pastu dia tak muncul-muncul. Perut dah lapar apa lagi aku terus balik bilik dan baring atas katil. Dah tak ada mood nak makan.. tak lama selepas tu dia tepon aku dan ajak aku makan. Dia cakap dia tunggu kat bawah.. aku turun lah sebab lapor wei.. turun jew dia minta maaf.. ilang marah dah..tak nak lah gaduh-gaduh.. kita orang kan best friend...



selepas faizal, aku akan ceritakan best friend aku yang lain, sepeti aqmal, rieezal, pty dan ramai lagi.... tunngguuuuuuuuuuuuuuuu
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

hari-hari mcm biasa

kehidupan sebagai seorang pelajar best sangat best. tapi rutin hariannya sama je..boring ada lah gak.. ama aku xtulis kat blog ni.. sbb aku lupa password..ahaks sekarang aku dah taw password aku.. aku xreti nk buat blogger ni..nanti aku suh my lover editkan..ahaks..dia nk kata pandai xlah.. tapi dia reti..aku nk xreti pon..ahaks

setakat ni je lah ye...nk tdoo..ahaks
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky