- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Sabtu, 29 November 2008

Islam : Perempuan adalah perangkap syaitan?

Perempuan adalah perangkap syaitan?

Aku ada baca sebuah novel yang menyataka bahawa perempuan adalah perangkap syaitan. Pelik kan…tapi itulah tanggapan orang amerika atau non muslim di barat yang cuba mengelirukan umat islam. Mereka beranggapan bahawa sabda nabi berbunyi bahawa:

Perempuan adalah perangkat syaitan.

Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa perkataan ini bukanlah satu hadis atau ayat-ayat dalam Al-Quran tetapi ia adalah satu pendapat seorang sufi yang bernama Basyir Al-Hafi dalam kitabnya Kasyful khafa. Ini adalah pandangan peribadi beliau melalui perspektif yang lain. Mungkin orang barat tidak faham akan maksud perkataan tersebut dan melemparkan kata-kata yang tidak logik. Kenapa tidak logic, kerana dalam Al-Quran sendiri telah menjelaskan berulang-ulang kali bahawa wanita diciptakan untuk lelaki sebagai peneman hidup. Ini adalah tanda-tanda kebesaran-Nya.

Jika benar perempuan itu adalah perangkap atau panah syaitan, bagaimana mungkin nabi menyuruh kita mengutamakan ibu daripada ayah. Nabi menyuruh kita menyayangi ibu daripada pertama hingga ke tiga dan kemudiannya yang keempat barulah ayah. Bagai mana mungkin perempuan itu perangkap syaitan.

Jelas disini, Allah menciptakan umatnya dengan kekuasaannya dan masing-masing mempunyai keistimewaannya. Itulah kebesaran daripadaNya.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL & AiRuL: Mersing 3

kembali lagi semua...

hari ini aku bangon lewat sikit, coz td mlm aku tdo lewat...huhuh...aku terpaksa pergi rompin pahang kerana aku ada urusan penting yang harus aku lakukan..ahaks...lewat lah balik...xjauh mana pon dari mersing hingga ke rompin dekat je.. dalam 45 minit perjalanan..ahaks..

penah gak lah masa tu..huhuh..tapi nk buat mcm mana..pergi adeq aku drive..masa balik aku lak drive...aku buat drif taw..ahaks..oo..ye arini 29 hbln kan? ermmmm jgn lupa harini festival nasyid kebangsaan taw..ahaks..

ternyata barang2 kat mersing ni murah la..termasuk hp..huhuh...cuma yg mahalnya adalah makanannya..huhuuhu..len kali kalau nak beli barang murah..datang lah sini kk.. ingt td pagi nak jogging tepi pantai tapi hampeh...bangon lewat..adeyh..dh makin gemok aku.ahaks...mana taknya, melantak kfc jew ari2..ahaks


k lah..aku nak mam lapo ar..adios..ahaks
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Khamis, 27 November 2008

AsRuL & AiRuL: Mersing 2

hye..

27/11/2008

hari ini hari ke dua aku kat mersing.. taw x, arini aku kene bangon seawal 6 pagi coz kene balik jb...ada hal penting..huhuh..dh lah mlm td tdo lewat..adeq n kawan2 ajak p karaoke..nasib baik xjadi coz dh tutup pastu ujan lebat...ahaks...peh...sejok siot...

smpai kat jb dlm kol 10 lebih kot..huhuhu..jauh gak..nasib baik dia xsoh aku bawa kete..ahaks..malas lah dh lah mengantok...aku tdo je dlm kete..hahhaha...best,..tapi bangon2 pening pale...adeyh..ahaks

mlm semalm aku tepon mak aku ckp aku, adeq n kawan2 smpai umh dlm kol 12 setelah urusan kami selesai..aku soh mak masak..huhuhu...maknanya makan tengah hari kat umah aku la..huhuhu... mak aku masak ayam masak rendang n sayur kubis..ahaks..nyam2..

pastu tak lama aku balik lah kat mersing..aku ada misi penting kat mersing sebenarnya...hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu..ahakaks..ok lah geng adios..ahaks
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 26 November 2008

AsRuL & AiRuL:Mersing

Assalamualikum...

ketika aku post blog ni, aku kat mersing jalan2... saje tengok kawan aku kat sini.. kawan kfc.. adeq aku kan keje sini... so aku pon datang ar..alang2 time cuti n dia ajak kan..huhuhuh... tapi dia ajak aku ada makna tu..aku pula dia suruh drive..hampeh... hampir 2 jam lah aku drive..

mula2 dia ckp masok kol 3..so ingt leh ar gerak dalam kol 10 n bagon lewat sikit.. sekali dia ckp masok kol 12..so kene gerak awal..hampeh..tapi pagi gerak kol 8...huh...xcukup tdo aku..pastu kene drive dr jb ke mersing..dia sedap2 tgk movie dlm kete..mas tgk movoe tu aku dengar ipod..aku bawa ipod sekali, aku pasang kat telinga kuat2..hahaha..smbil nyanyi.. kalau aku tgk movie sekali, alamat tah ke mana kete aku bawa..ahaks..dia pasang kuat2..aku pasang sound ipod kuat2 xdgr..hahahahha....smbil dgr aku trus consentret pandu..

pas dia tgk movie dia tdo..huhuhuhu...pastu smpai dlm kol 10 ar..ahaks...kalau korang nk tahu ni dia tgh siap2 nk p keje..hampeh..dia minta masok kol 1 coz pening la apa la..huhuh... dia tgh bersolek depan cermin..ahahha..cermin tu agaknya dh bosan dengan dia...kalau cermin leh ckp, kalah mak joyah..ahaks.. k lah geng..t aku cite lagi k..salam
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 19 November 2008

Exam Baru habis...

Assalamualikum..

alhamdulilah..habis juga exam untuk sem ini. betapa siksanya aku sem ini, tak tahulah kenapa. rasa mcm berat je nak exam... tapi atas berkat dan doa orang2 tersayang....akhirnya aku berjaya tempuhinya..hahhahahha..merdeka

tengok kawan2 aku bis exam dan ramai yang dah balik jeles lak...aku jew balik lewat coz aku exam abis lewat....subjek minor la tu..uuwaaa... berakhir exam kali ini bermakna aku akan menempuh semester 6 tahun depan.. sememster 7 aku praktikal..uuwaaa..takot lak.. redha jew lah..hope dapat examiner yang ok..ahaks..insyaAllah... selamat bercuti ye.. tak sabar nak jumpa mak abah dan keluarga aku yang lain.. aku kalau balik umh, mesti aku ngidam ayam masak kurma air tangan mak aku..huuhuh..sodap taw..nak rasa datang umh k..

selamat bercuti semua..
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Isnin, 17 November 2008

Festival Nasyid Kebangsaan: Kumpulan Citra


Assalamualikum.

Kumpulan citra adalah antara 4 kumpulan yang berjaya melangkah ke peringkat akhir bagi kategori nasyid moden dalam pertandingan nasyid peringkat kebangsaan pada tahun ini setelah melalui pelbagai kesukaran. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun lepas dan dianggotai seramai 14 orang ahli kumpulan adalah salah satu kumpulan nasyid yang berasal daripada Sir Aman, sarawak. Setelah menang dalam pertandingan nasyid peringkat negeri, kini Kumpulan Citra melangkah setapak lagi apabila berjaya ke peringkat akhir dengan alunan lagu Aura Kemasyhuran. lagu ini jika di lihat pada lirik dan alunan melodi cukup sempurna dan tenang. malah saya sendiri mendengarnya berulang kali sehingga menghafalnya. diharapkan kumpulan ini akan melakar kejayaan di Festival Nasyid Kebangsaan pada akhir bulan November ini.insyaAllah dengan berbekalkan semangat, lagu yang cukup menarik dan startegi yang mantap. amin.

Pencapaian:
1. Anugerah lagu terbaik nasyid moden peringkat negeri sarawak 2007 (mawar pekerti)
2. Johan festival nasyid negeri Sarawak 2008 kategori moden,
3. Anugerah lagu terbaik nasyid moden peringkat negeri Sarawak 2008
4. Lirik lagu terbaik nasyid moden peringkat negeri Sarawak 2008
5. Persembahan terbaik nasyid moden peringkat negeri Sarawak 2008
6. Finali Peringkat Akhir Festival Nasyid Kebangsaan 2008-akan bertanding pada 29/11/08


lirik lagu Aura Kemasyhuran
lagu ciptaan:Adam Bin Abu Kawi
lirik oleh zizy

Aura Kemasyhuran By Citra

Bahang panah mentari sinar berkilauan,
Awan memutih dilangit kebiruan,
Nun di sana gema azan bersahutan,
Mengetar sukma wira perjuangan,

Kau permata buktikan intan keunggulan,
Melabuhkan citra ummah sarat berwawasan,
Percikan semangat naluri keislaman,
Luhur budimu penyambung warisan,

Sujudmu bersunnah doa berkalimah,
Kau genggam amanah atas kalam Allah,
Di saat manusia leka kealpaan,
Kau bongkar rahsia Allah indahnya ciptaan,

Hikmah rahmat nikmat perjuangan,
Dikau buktikan kesempurnaan,
Nilai keagungan nyata digenggaman,
Kau pejuang penyinar harapan,

The moon faintly sings,
Whispering inside,
U croons the song of life,
Creates the aura of fame,

Tulus kasih mengalir beraksi rembulan,
Keikhlasan yang hadir bintang germelapan,
Kini kau kalungkan intan kesucian,
Keunggulan dilakar berkilauan.


video Aura Kemasyhuran Peringkat Negeri Sarawak 2008




Keputusan Penuh Festival Nasyid Peringkat Negeri Sararawak 2008




InsyaAllah dengan usaha dan berkat dan kehendak Allah, kumpulan ini akan beroleh kejayaan. sama-sama kita doakan.amin
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Ahad, 16 November 2008

MENUMPANG KASIH.

MENUMPANG KASIH.

Air mengalir ke dasar daratan,
Bersandar pada seribu bunyian,
Kau jatuh tanpa halangan,
Menitik terus dengan garangnya.

Pada batu kau hentamkan,
Pada lekuk kau biarkan,
Ia bertakung sendirian,
Hanya menumpang kasih di dalam,
Pada insan yang perhatian.

Air itu terus mangalir,
Dari takungan terhakis batu,
Dari batuan, terus berlari mengikut teman,
Melambai-lambai pada batu peneman.

Kasih yang bertahun diberi,
Hilang sesaat didepan mata,
Air pergi tanpa pesan,
Tinggal batu terhakis keseorangan.

Air pergi untuk selamanya,
Ikut arus tanpa berundur,
Tinggal batu sunyi kesepian,
Menangis syahdu penganti bunyian.

oleh
abg aloha
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 14 November 2008

Kisah-Kisah Nabi : Nabi Ibrahim

Kisah-Kisah Nabi : Nabi Ibrahim

Ibrahim dilahirkan di Irak (Chaldea) dari ayah seorang tukang kayu pembuat patung. Patung-patung itu kemudian dijual kepada masyarakatnya sendiri, lalu disembah. Apabila Ibrahim sudah meningkat remaja, dia melihat patung-patung yang dibuat oleh ayahnya itu kemudian disembah oleh masyarakat dan ada pula mereka memberikan rasa hormat kepada sekeping kayu yang pernah dikerjakan ayahnya itu. Rasa syak mulai timbul dalam hatinya. Kepada ayahnya ia pernah bertanya, bagaimana hasil kerajinan tangannya itu sampai disembah orang?

Kemudian Ibrahim menceritakan hal itu kepada orang lain. Ayahnyapun sangat memperhatikan tingkah-laku anaknya itu; kerana dia kuatir hal ini akan rnenghancurkan perdagangannya. Ibrahim percaya kepada apa yang difikirkannya. Dia ingin membuktikan kebenaran bahawa pendapatnya itu benar dengan alasan-alasan yang dapat diterima akal. Dia mengambil kesempatan ketika orang sedang lengah. Dia pergi menghampiri sang dewa, dan berhala itu dan kemudiannya dihancurkan, kecuali berhala yang paling besar. Setelah diketahui orang, mereka berkata kepada Ibrahim:

"Engkaukah yang melakukan itu terhadap dewa-dewa kami, hai Ibrahim?" Dia menjawab: "Tidak. Itu dilakukan oleh yang paling besar diantara mereka. Tanyakanlah kepada mereka, kalau memang mereka boleh berbicara." (Qur'an, 21: 62-63)

Ibrahim melakukan itu sesudah dia memikirkan betapa sesatnya mereka menyembah berhala, sebaliknya siapa yang seharusnya mereka sembah.

"Apabila siang berganti malam, dia melihat bintang-bintang di langit. Lalu berkata: Inilah Tuhanku. Tetapi apabila bintang itu kemudian terbenam, dia pun berkata: 'Aku tidak menyukai segala yang terbenam.' Dan setelah dilihatnya bulan terbit, dia pun berkata: 'Inilah Tuhanku.' Tetapi apabila bulan itu kemudian terbenam, dia pun berkata: 'Kalau Tuhan tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku akan jadi sesat.' Dan setelah dilihatnya matahari terbit, dia pun berkata: 'Ini Tuhanku. Ini yang lebih besar.' Tetapi apabila matahari itu juga kemudian terbenam, dia pun berkata: 'Oh kaumku. Aku lepas tangan terhadap apa yang kamu persekutukan itu. Aku mengarahkan wajahku hanya kepada yang telah menciptakan semesta langit dan bumi ini. Aku tidak termasuk mereka yang mempersekutukan Tuhan." (Qur'an 6: 76-79)

Ibrahim tidak berjaya mengajak masyarakatnya itu. Malah sebagai balasan dia dicampakkan ke dalam api. Tetapi Tuhan masih menyelamatkannya. Dia lari ke Palestin bersama isterinya Sarah. Dari Palestin mereka meneruskan perjalanan ke Mesir. Pada waktu itu Mesir di bawah kekuasaan raja-raja Amalekit (Hyksos).

Sarah adalah seorang wanita cantik. Pada waktu itu raja-raja Hyksos biasa mengambil wanita-wanita yang cantik untuk diperisterikan. Ibrahim menganggap Sarah seperti saudaranya. Dia takut dibunuh dan Sarah akan diperisterikan raja. Dan raja memang bermaksud akan memperisterikannya. Tetapi raja telah bermimpi bahwa Sarah telah bersuami. Kemudian dikembalikan kepada Ibrahim sambil memarahinya. Dia diberi beberapa hadiah di antaranya seorang hamba bernama Hajar. Oleh kerana Sarah sesudah bertahun-tahun berkahwin dengan Ibrahim belum juga mempunyai keturunan, maka sarah menyuruh Ibrahim bernikah dengan Hajar, dan tidak lama kemudian Hajar hamil dan lahirlah Ismail. Apabila Ismail besar kemudian Sarah pun hamil dan lahirlah Ishaq.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL & AiRuL: Imbau Kenangan silam

AsRuL & AiRuL: Imbau Kenangan silam


Masa cuti semester lepas aku dengan mak bapak aku pergi ke tempat masa aku main-main waktu kecil. Aku ni anak eset, waktu kecik aku duduk kat sana. Siapa kata duk kat sana xbest. Macam-macam boleh buat masa aku kecik. Banyak permainan, haiwan, tumbuhan yg boleh kita tahu. Hhuhu...best tau.. ye lah setiap orang ada pengalaman masa kecik kan. Tapi bagi aku, aku beruntung dibesarkan kat estet dan aku berpindah kebandar masa umo aku 11 thn. Sedih gak nk kene pindah masa tu, tapi nk wat cam ne kene pindah gak sebab kawansan estet itu nk kene tolak dan dibangunkan sebagai bandar baru.



Tapi masa aku pergi, tak di tolak2 pon. Dah hampir 10 thn aku pindah tapi masih ada rumah2 tu. Tapi ada gak rumah yg dirobohkan dan masih kekal. Masa aku dlm perjalanan tu, mmg aku masih cam lagi jalan dia, tapi dah bersemak samun dan banyak rumput. Teringat jln yg dulu aku selalu lalu masa pegi sekolah. Aku dok kat ladang timur mount austin tapi sekolah kat kg maju jaya. Masa tu dak2 kat situ Cuma p 2 sekolah je. Aku kene kat kg maju jaya dan ada yg p kat johor jaya 1. cite balik masa aku main2 ek.. ermm banyak permainan aku main masa kecik, belon acah (ada org ckp galah ), baling tin, gasing, guli, wau, layang2, lastik burung, kutip buah getah, masak buah kelapa sawit, bola sepak, bola rondes, main sembunyi ibu, main hantu2, dan main game tapi game biasa2 je sebab sederhana je kehidupan aku dgn kwn2 masa tu. Banyk sangt pemainan nk kene ingat sbb dh lama benda itu berlaku tapi kalau ingat sikit2 tu boleh lah. Hehehe...

Best sngt..



Masa mak bapak aku keje dan aku dgn adik aku masih keje, aku aku p sekolah. Aku ditempatkan dikombomg. Pelikkan bunyinya..huhu kombong tu namanya tempat penjagaan kanak2 kecil sewaktu org tua p kerja. Tapi kombong tu aku tak tau lah bahsa apa.huhu.. masa kecik2 aku main pondok2 di kwasan blkng umah. Blkng umah tu ada anak pokok kelapa sawit yang tak tinggi sangat rendang je. Kita org buat pondok kat sana buat dengan pelepah kelapa sawit. Masak betul2 plak tu..huhu.. tapi xmakanlah..ahaks.. tapi kwn2 kau ajar aku masak buah kelapa sawit n panggang buah tu. Bila makan sedap rasanya..hhuh kene cuba tau.. lagi satu anak benih pokok kelapa dia punya punca akar bawah di boleh makan bila dipecahkan. Sedap gak..uhuhu..



masa cuti sekolah aku kecik2 dh keje dh dgn kwn2.. first aku keje maybe masa cuti darjah 2, masa tu aku ikut mak n mak cik aku noreh getah pasti ikut bapak aku kumpul buah kelapa sawit. Huhu.. best giler la. Nyamuk bnyk tapi dah biasa. Nama pon budak estet kalau takut nyamuk bukan hero namanya. Mcm biasalah ada ayam n binatang2 lain yg biasa ada kat kg n tempat lain. Tapi aku nk kongsi binatang yg kornag mgkin xpenah jumpa. Bintang tetakun.. nak kata kucing tapi bukan, nk kata mcm arnab tak juga. Tapi manja giler. Dulu aku beli satu, dia manja mcm kucing lah. Ada lagi satu binatang, masa aku nk bakar smpah kat belakang umah, aku terpijak sesuatu, sekali aku tengok buaya.. aku jerit kuat2 pastu lari masuk umah. Tapi pelik kan buaya leh ada kat darat. Pastu aku panggil adk aku dgn abg angkt aku n tunjukkan kat dia org pasal buaya tu. Sekali abg aku ckp tu bukan buaya tapi biawak. Bayangkan biawak sebesar buaya siapa yg tak terperanjat bila dia ada kat kaki..huhuh...ngerinya
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL AiRul : Along Bawa Ular

AsRuL AiRul : Along Bawa Ular

Ini adalah cerita akak aku pula, masa tu aku darjah 2, dia darjah 4. memang riuh masa tu..gamat lor...huhuhu... macam ni cite dia.. ni akak aku and kawan2 dia cite lah... masa tu cikgu dia soh keluarkan buku, so dia keluarkan lah buku.. dia keluarkan n bila dia tgk dlm beg dia ada ular sawa.. dia buang beg tu kat depan kelas dan terpaku..huhuhu...pastu tu dia panjat atas meja.. dia memang tak tahu kalau ular ada dalam beg.... bila dia berdiri atas meja..ramai heran.. coz akak aku buang beg pas tu panjat tas meja..

Tak lama lepas tu, tiba2 ular tu keluar dari beg.. semua terperanjat, dan naik atas meja... ada kawan2 yang amik kayu dan nak pukul ular tu.. masa tu cikgu perempuan..cikgu pon panjat atas kerusi..ahhaaha..kelakar..ahaks.. ramai budak2 jerit... kelas aku dekat je dengan kelas akak aku so aku dapat dengar la...lari lintang pukang sume budak2... ular tu dia lari ke bawah kolong bangunan skolah... ular sawa lak tu..hhuhu... bila dapat tahu kakak aku yang bawa ular, terus famous kami...ahaks... dapat perhatian katakan.. tapi kakak aku digelar ratu ular...hahhahahh....

Ular tu akhirnya dapat tangkap...huhuhu..besar gak taw..ahaks...kakak aku terus trauma..ahaks.. balik jew, aku dengan adeq aku cite kat mak dan abh...derang terkejut.. ular tu masuk ikut siling atas, pastu masuk dalam beg akak aku..kebetulan tak tutup.. sedap2 jew dia nak landing kat situ..huhuhu..yg peliknya leh lak akak aku tak perasan beg dia makin berat..apa la..huhuhuh...malang sunguh nasib kau ular..ahaks
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Khamis, 13 November 2008

AsRuL &AiRuL: Penjual Kacang dan Kerepek

AsRuL &AiRuL: Penjual Kacang dan Kerepek

kalau korang nak tahu, masa sekolah rendah dulu aku dengan adeq kembar aku ni jadi penjual kacang n kerepek pedas kat sekolah..sebungkus 30 posen..huhuu.. memang famous lah kami masa tu.. ahaks..aku masa tu sekolah kat kampung jew, nama sekolah tu sekolah kebangsaan kampung maju jaya..

masa tu kami sekolah sesi petang, so sempatlah mak aku siap2 tok bekalkan jualan tu.. ermm.. mula2 kami jual sikit-sikit..pastu banyak lak wat tempahan...sedap oooo mak aku buat..ahaks.. aku bawa sebungkus plastik besar, adeq aku pon satu... kat sekolah kg tu kami selalu main2 apa kejadahnya tah kat bawah bangunan (bawah kolong kan) kat tempat situ budak2 berkompol sebelum perhimpunan...so bila aku dengan adeq aku smpai jew, ramailah yg serbu..xsampai sepuluh minit, jualan kami abis..ahaks... aku tak lah jerit..2 sringgit 2 sringgit mcm dalam cite upin ipin tu..ahaks.. tapi aku ckp lah kacang kepek...kacang kepek..ahaks...

masa tu kami bukanya hidup senang sngt, so kene cari pendapatan lebih..hari minggu mak aku akan berniaga kat pasar malam kampung sinaran baru... biasalah dulu kami susah..tapi alhamdulilah sekarang..ahaks..huhuhu... sentimental lah pulak..ahaks.. kalau aku ingt balik, itulah kenangan terindah..jual makanan kat sekolah..huhuhu..sonok sngt..lalalalla....
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 12 November 2008

TOKOH : TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD

TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD



Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad amat dikagumi oleh pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar Negara. Beliau merupakan lambang Ultra Rasional dan Pragmatis Melayu ‘Pra Excellence’. Kepimpinan dan kecekapan beliau terbukti setelah beliau menjadi pemimpin nombor satu Negara. Buktinya, setelah menjawat jawatan perdana menteri, beliau telah mempercepatkan waktu rasmi Negara kepada 30 minit lebih awal. Seolah-olah beliau mahu memberikan isyarat bahawa pemerintahan beliau telah bermula dan akan mejadi lebih pantas daripada sebelumnya. Anak bangsa Melayu ramai yang menganggap beliau sebagai antiglobalisasi dan antikapitalisme. Namun pandangan ini salah kerana sudah terbukti bahawa beliau bukan sedemikian sebaliknya beliau besifat unversialisme dan globalisme. Sikap keterbukaannya dalam pentadbiran dan ketegasannya telah membuatkan semua pemimpin lain sama ada di luar atau di dalam Negara memandang tinggi terhadap kebolehan beliau.

Dasar pemerintahan yang digunakan oleh beliau terbahagi kepada 5 dan setiap dasar tersebut memainkan peranan masing-masing. Dasar tersebut adalah nasionalisme, kapitalisme, populis, islam dan autotitarianisme. Populis yang membawa nama Malaysia ke mata dunia Berjaya beliau lakukan dengan berdirinya Menara Berkembar Petronas. Secara jujurnya beliau menyatakan pelaksanaan pembinaan bangunan antara tertinggi di dunia itu adalah untuk membuka mata dunia bahawa sebuah Negara kecil, Malaysia wujud dan akan memberikan amaran bahawa Negara ini sedang berkembang maju. Pada masa yang sama, Menara Berkembar petronas tersebut akan menarik perhatian pelancong dan masyarakat Malaysia akan merasa bangga dengan bangunan ini.



Beliau masih mengamalkan dasar kapitalisme kerana dunia luar memaksa untuk beliau berbuat demikian namun beliau merupakan salah satu pemimpin yang berani menentang ketidaksamaan dalam kapitalisme, nilai negatif barat dan ortodoks dalam agama secara terbuka. Lantas disini, membawa erti yang berbeza walaupun beliau masih mengamalkan dasar kapitalisme namun ada batas-batasnya. Disebabkan sistem kapitlisme, Negara mengalami krisis ekonomi yang teruk pada tahun 1997. Serangan secara senyap terhadap matawang pelbagai Negara memberikan kesan yang buruk. Selaku Perdana Menteri yang berpandangan jauh dan berpengalaman, Tun Dr Mahathir menghadapi serangan ini dengan tenang. Ekonomi serantau terancam termasuk Malaysia sehingga memaksa beliau menggantung wang ringgit Malaysia pada RM3.80 berbanding dollar Amerika. Serangan matawang merupakan yang paling dasyat kerana dirancang oleh kuasa Iluminati Zionis yang boleh menjatuhkan negara tanpa senjata-api tetapi bursa saham dan matawang secara sembunyi tangan.

Kebolehan beliau dalam mentadbir Negara dengan cemerlang telah membuka mata dunia, sekali gus Berjaya membawa Negara Malaysia ke arah yang boleh dibanggakan walaupun pada ketika itu usia Malaysia hanya sekitar 50 tahun. Jika ada beberapa orang seperti beliau yang memimpin Negara Malaysia, maka tidak mustahil Malaysia akan mencapai Negara maju sebelum 2020. kebanggan rakyat Malaysia sebenarnya terletak kepada Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Selama 22 tahun beliau memerintah, pelbagai usaha telah dibangunkan. Saya melihat daripada sudut keunikan pentadbiran beliau, dan bukannya dari sudut politik atau kehidupan beliau.



oleh
abg aloha
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Selasa, 11 November 2008

AsRuL &AiRuL: SinopsiS Ringkas


mungkin ramai lagi yang tak tahu yang aku ni kembar...Ini adalah dengan kembar aku. dia lahir dulu baru aku.... nak tau kenapa??? sebab abg akan dahulukan adik..mengalahkan dengan adik..so bila keluar dari rahim mak aku, dia di panggil adik.hehhheh..kita org dilahirkan pada 05.08.1986. aku pada pukul 2.50 pagi dia plak 2.30 pagi..heheh.. dia sekarang kerja kfc mersing..sekarang dia ni dah jadi manager kat sana. so senang kalau aku nk makan free kfc aku datang jelah kat sana..ehhehe ..

huhu aku sayang dia sangat...kata orang kembar ni ada persamaan gerak hati kan..mesti lah aku dengan dia ada..kalau ada apa2 berlaku aku akan merasakannya juga..hehehe.. kalau bab sakit, dia akan sakit dulu seminggu kemudian baru aku sakit.. tapi tu jarang berlaku. kalau berlaku, aku akan sakit selama sebulan... aku kalau sakit susah nk sembuh..heheheh... lupa plak nama dia hairul.. dah berpunya tau nama awek dia zura pon keje kfc.. hehehe.. dia kenalkan aku dengan zura dan tanya pendapat aku ttg zura. masa tu semua keluarga aku tak tahu yang dia sedang di lamun cinta dengan zura.. sebab masa tu dia telah bertunang dengan aida budak muar..


tapi aida dah meninggal dunia sekarang sebab dia sakit asthma.. masa tu adik aku mmg frust giler..aku nk nangis tapi kuatkan semangat sebab kalau aku nangis mesti dia akan tambah sedih..aku terpaksa tutup kesedihan aku.. sedih giler mana taknya dia baru bertunang sebulan, tunangnya dah meninggal..dah xde jodoh kan..ermm tu je kot yang aku leh bagi tahu pasal adik aku.. oo..lupa dia ni degil skit..kalau p mana2, kem ke masa sekolah, aku yg diamanatkan jg dia oleh mak abah sebab dia ni cepat sngt ikut mmbr..kalau mmbr dia ok xe.hehheeeheh,.. apa2 pon aku syg dia sngt2....


Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Berfikir Sejenak

assalamualikum semua..ahaks

apa kabar.. masa aku tulis benda ni masa ni jam menunjukkan kol 11.05, 11/11/2008..ahaks..aku baru mandi la..ahaks...jap g nk stdy sebab sok nak preksa..mampos..xbaca lagi..uuwaaa...

kenapa semakin nak periksa semakin kita malas???

inilah yang aku pelik kan, kawan2 aku pon cakap benda yang sama..hahaha..apa lah..setelah aku faham dan hayati kan..stail aku semakin nak exam, aku lebih suka tgk movie...pelik kan...ahaks..stdy aku hancus.... semua tu bergantung kepada orang la..lain orang lain cara...

faktor utama adalah psikologi dalam peperiksaan kot...aku cakap jew takut and tak baca abis lagi..tapi malas...nilah penyakit yang tak boleh ubat.. tetapi kebanyakan perempuan depa kan semakin nak exam semakin rajin baca taw..siap buat nota..kadang2 aku cilok bc nota derang tu..hahahha...bukan apa ilmu sama2 dikongsi baru berkat..apa la...huhuhu..

kedua, mungkin sikap ambil mudah aku kot..ni korang pon juga fikir sama kan..kalau exam kita itu obejktif tumpuan kita sambil lewa , tetapi kalau exam dalam bentuk subjektif dan essay ermmm...pulun ar..tapi aku tak juga..ahhaks..sebab esay pon soalan bukan direct..tapi aplikasi....kau ko hafal mcm mana pon tapi xleh nak aplikasi dengan dengan soalan tak guna juga..ahaks..

yang len2 tu aku tak pastu ar..mungkin korang ada pendapat masing2.. tapi pecayalah semua orang nak dapat dekan dan berjaya..tapi kene pada usaha lah... kalau ada rezeki tu adalah...pecaya pada diri sendiri dan yang di atas.. ini semua bukan apa2...tidak ada yang tak mungkin, bahkan dimulai pun belum...
semoga berjaya dalam peperiksaan SPM, SPTM dan Final Exam



sebelum aku mengakhiri perbicaraan aku ini..ahaks...aku ada cipta satu sajak setelah aku tgk cerita ayat-ayat cinta..tapi xde kaitan pon dengan cerita tu..ahaks...kisah dia mengenai seorang penulis dengan mata penanya..ahaks... lepas tu ada novel santai penulisannya daripada aku tajuk dia BUKU HATIAN ASRUL bab 1..ahaks...bacalah..insyaAllah ada ilmu dan berkat kita baca,, kalau ada pendapat bagi taw aku k..aku sedia mendengar..ahaks... tengok lah di

www.abgaloha86.blogspot.com

oleh
abg aloha
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 7 November 2008

Pengumuman

Assalamualikum..

setelah aku mendapat nasihat daripada seorang rakan, aku nak bahagikan blog aku kepada dua iaitu satu untuk penulisan santai dan satu lagi untuk penulisan ilmiah. penulisan ilmiah ini adalah dalam bentuk artikel yang mempunyai unsur ilmiah, sajak serta cerpen. blog penulisan ilmiah ini masih dalam proses.

penulisan santai = www.asrul86.blogspot.com

penulisan ilmiah = www.abgaloha86.blogspot.com

terima kasih kerana selama ini menjadi pembaca blog aku. aku hargai dan aku akan berusaha akan menulis lebih banyak bahan untuk kamu semua membaca. bahan itu berbentuk hiburan, jenaka atau pengetahuan. terima kasih atas komen dan pendapat yang diberikan. terima kasih.

oleh
abg aloha
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL AiRul : Ingat dapat Adek lagi

AsRuL AiRul : Ingat dapat Adek lagi

Masa tengah makan kat kedai mamak lepas solat jumaat tadi, aku cerita-cerita dengan faizal, teringat plak cerita yang aku kena tipu. Ingatkan dapat adeq lagi.. huhuhu..hampeh.. so aku cerita la..nak ingat kembali..huhuhuhu

Satu hari, aku tengok perut mak aku makin besar, dan semakin besar dari hari ke hari. So aku tanya la, kenapa perut mak makin besar, mak cakap ada baby dalam tu...huhuhu wah seronoknya dapat adek lagi...aku pegang perot mak aku yang membuyut tu..ahhahaha... memang suka aku masa tu coz dapat adeq lagi..ahaks.. lepas tu aku pon cite kat kawan..ahaks.. aku dengan adeq kembar aku pon apa lagi..p canang satu kampung mcm mami jarum jersi budak2 kecik..hahhaha.. Cuma bezanya kami tak pakai gelang mas jew..hahhaha...

Lepas dan canang, kat kawan2, satu hari mak aku tanya, abg nak adeq lelaki ke perempuan.. aku cakap aku nak adeq perempuan..coz aku dah ada adeq lelaki...huuhhu...ok.. nanti mak bagi..hahhaha...lawak la masa tu..aku diperbodohkan...cis.. kene seposen aku.. xlama lepas tu mak aku di masukkan ke hospital.. nak bersalin kot... bila aku melawat mak aku kat hospital, aku perasan bukan mak aku ditempatkan wad bersalin, tapi di wad biasa..pelik bin ajaib ar...aku budak2 kecik pon pandai pk taw..hahahha

Pastu aku tanya mak aku, dia jawab apa.... abg mak bukan mengandungkan baby, tapi dalam perut mak ada ketumbuhan...sambil tersenyum mak aku tu.,..cis aku ditipu..tidak.... mak and abah aku pon ketawa.. apa la..ingt dapat adek lagi..hampeh..
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Khamis, 6 November 2008

Rafting 2008


Pada 25/10/2008 yang lepas satu aktiviti telah diadakan di sungai klah,perak. di sana kami pergi untuk aktiviti rafting. semua peserta dikehendaki berkumpul di UPSI pada pukul 7.30 pagi. berkayak secara berkumpulan merupakan satu aktiviti menyeronokan. aktiviti itu disertai oleh kakitangan staf dan pelajar UPSI. biasalah, bagus juga mereka buat aktiviti itu boleh juga aku tenangkan fikiran besama rakan-rakan sebelum menghadapi peperiksaan yang sekarang telah tiba.




aktiviti terbahagi kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 20 orang peserta. aku merupakan kumpulan pertama dan kumpulan pertama lah yang akan menjalankan aktiviti rafting,manakala kumpulan satu lagi menjalankan aktiviti water confident. dalam aktiviti rafting,kumpulan kami kemudiannya dipecahkan kepada 5 kumpulan iaitu setiap kumpulan dianggotai 4 orang ahli kumpulan dan 2 orang penunjuk arah. caranya mudah semasa melakukannya cuma mengikuti arahan ketua pasukan di mana hanya 4 arahan sahaja yang diberikan iaitu ke kiri, ke kanan, foward dan down.

semasa aktiviti dijalankan tiada keceredaan yang dilaporkan, namun terdapat seorang pelajar cedera ditangan. aktiviti berakhir pada pukul 1 petang dan bersambung pada 3.30 petang dimana kumpulan kami akan membuat aktiviti water confident. aktiviti tamat pada pukul 6.00 petang dan tiba di UPSI pada pukul 8.00 malam.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 5 November 2008

AsRuL AiRul : Pokok Besar

AsRuL AiRul : Pokok Besar

Dulu kan..tempat padang court sebelah tu ada satu pokok besar taw..besar sngt2…org sana pecaya lah..kalau buah dari pokok tu jatuh dan kita dapat tangkap, dalah tu ada duit…dia bukan buah yg kita makan..tapi warna hitam dan keras..kalau dah jatuh kat tanah n kita amek xde apa2..la.. pokok tu besar sngt2..ya ampun..huhuuh…gerun taw..

One day, wah speaking lak aku..huhuuh tetiba jew..ahaks… masa tu ujan lebat..lebat yg amat sngt.. sampai bnjir dan jalan nak masok tempat estet aku dinaiki air..so org luar xleh masok la…tetiba kilat sambar menyambar..aku ingt lagi taw…trus aku sorok bawah katil..aku mmg takot kilat..kantooiiii..huhuhuh….. kilat kuat tu menyambar pokok besar tu..so pokok tu tumbang la..tapi dia tumbang cecah tanah n tapi batang still bercantum…paham kan..huhhu

So pokok tu haling jalan lah kan…susah la..dia jatuh kat tgh2 jalan… mereka suruh wak tukang (arwah) potong batang pokok tu satu persatu tok buang… soh dia potong ar…pastu xlama wak tukang sakit n meninggal…aku xtaw lah ada kaitan dgn pokok tu ataw kebetulan…entah la…tapi sebelum pokok tu tumbang kan…penah sekali km ink bakar pokok tu taw…kami bakar kar batang bahagian bawah, pokok tu ada lubang di bahagian bawah…bila di bakar jew, keluar mcm2 binatang..ular ada, cengerik, lipan… dan lain.…pelik kan..huuhu…nk kata pokok tu berhantu xtaw lak… penah ada org dgr pokok tu menangis or bernyanyi….heran kan..lalallala…
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL AiRul : Main Sorok-sorok Jumpa Antu

AsRuL AiRul : Main Sorok-sorok Jumpa Antu

Masa kecik2 dulu korang suka or pernah main sorok2 kan...aku pon sama gak..huuhuh..tapi kita orang xckp sorok2..tapi kita orang ckp I-B-U ibu, tapi maksud dia sorok2...la...huhuhu... main tu selalu siang2..tak seronok sngt.. tapi pada satu ari kami nk main tu mlm2..taw.... kita org buat perjanjian, mlm tu mlm jumaat taw..kita org mula min kol 9.. sume kene ada..xsilap aku dalam 12 orang ar kawan2 aku termasuk adek aku..ada perempuan gak..ada ocin, n jendul...huhuhu..masa tu nama masa kecik..so pelik sikit ar..huhuhu...

Tibalah saat yang dinanti-nantikan..hahahah... masa tu kawan aku faiz jadi taw..maksud aku dia yg kene cari kami sorok2 lah... kami cakp kawasan terhad taw.. korang kan taw estet kan luas..so kene cari mak datok dah lah malam gelap.. ada yg sorok kat pokok, reban ayam, panjat pokok, dlam jamban (kat belakang umah), kat mana2 lah...huuhuh..luas siot... aku dengan adeq n 2 org kawan sorok kat reban ayam..kita org masok senyap2..huhuhu..takot ayam bising..huhuh...dengan bau busuknya..huhuhu..tapi dah biasa dah masa tu..kat budak estet...hahha.. adeq aku ckp cian faiz kene cari.. ermmm ..aku ckp..xpe la ek...kita diam je kat cini..huhuu..

Kalau korang nk taw, estet tempat aku tu keras sikit...kira ada hantu la...entah la...mula2 xpecaya la...so mlm tu lah saksikan segalanya..huhuhu.. tgh sorok dlm reban aym kan..tiba2 aku tgk kawan aku panjat dlm jambat... dia bukan pnjt bumbung jmban taw, tapi dalam jmban tu dia pijak2 kat kayu yg kat atas tu...o aku nampak dia lah dari luar masa dia kat atas tu...tapi bukan atas jamban taw..tiba2 adeq aku panggil aku.. bang apa kat atas tu... ermm... aku tgk ar dia tunjuk dgn jari..huuhu..kat asat bumbung..apa lagi aku terperajat ar..ada kain putih kat atas tu..huhuhu...hantu lah dol.. dia je dah ar...aku ckp dengan adeq aku..dia pon pegang tangan aku kuat2..huhuhu...

Aku masa kecik mmg dh penah nmpk benda tu so aku buat bodoh je lah..tapi aku pecaya ataw tidak entah lah....walau penah nmpk tapi.. abaikan lah..huuhu.... tu cite lain k...lama gak sorok dalam jamban..pastu kita orang pon dh penat..trus balik n mandi...huu... tdoooo...

Tiba kat umh jew, dlm kol 2 pagi kot..ada org ketuk umh aku..deras sungguh... terjaga lah aku dgn yg len...dia orang ckp kawan aku sorang xbalik2 umh..hilang... terperanjat berok aku.... sume org bising taw masa tu...aku, abah n adeq aku kuar n tlg cri... dari pasgi tusmpai esok pagi dlm kol 7 atau 8 lah..xjumpa2..taw... sekali kan... ada org jumpa satu guni tepi jln.. pastu buka tgk kawan aku... uhuuhuh..kelakar..dia tgh tdo..pastu dia cite ar...dia kene sorok..dia lupa dah..apa lah...

Pastu kan, kami semua berkompol taw... si dol yg panjat kat dalam jmbt ckp, dia rasa sejuk je mlm td..huhuhu.... dia xtaw ada hantu atas dia..kita org xbagi taw pon pasal antu tu..huhhu... ala tu sume pengajaran lah..supaya jgn main mlm2 ...huuhu... dia xganggu kita kalau kita xgangu dia..k..
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL AiRul : Orang Gila Bogel

AsRuL AiRul : Orang Gila Bogel

Kali ada satu cite yg dasyat..yang aku pon xpenah nmpk..tapi kesian lak...aku terkejut yg amat sngt2...dah lah lalu depan umh aku..apa lah...mcmni cite dia.. aku tgh dok2 kat depan umh tu...tiba2 ada sorang manusia lalu depan umh aku..dia lalu kat jalan besar jw.. tu mmg lah biasa...tapi korang taw x, dia jln xpakai apa2..maksud aku bia bogel la...bek aku yg perasan pastu xsmpai berapa saat sume orng keluar tgk...gatai...akak aku pon tgk..huuhu...sume lah..mak orng..kawan2 aku sume tgk..ye lah terperanjat lor... dia org cina..

Aku kesian dengan dia la...entah lah kat mana dia sekarang....tapi yg peliknya dia diam jew taw..dia jln tak tgk org2...biasa lah org dh gila bukan taw pe pon.... yg aku heran pelik ar..ada pompuan ni...dia ckp..xsenonoh, geli tapi tgk lama gak..apa ke hal ye yob..huhuhu..dh gatal tu gatal la.. bila orang bagi dia baju or kain tok tutp kan..dia buang..ermmm...dia xckp apa pon.. dia diam jeww... cian kan..huhuhu... tapi dh nasib dia..

Benda yg aku xleh lupakan adalah ada sorang mak cik ni..dia dh kawen.. dia ckp mcm ni...besar gak.... apa yg besar korang pandai pk lah kan..huhuhu..aku bukan nk kata lah..tapi dia yg ckp mcm tu...entah la...biarlah.. bukan nk bagi kain ke apa ke... ni x.. apa lah...huuhuhu..
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL AiRul : Pompuan Hisap Darah

AsRuL AiRul : Pompuan Hisap Darah

Ni cite pasal ada sorang pompuan isap darah...ala mybe korang penah dengar cite ni..ni cite popular dulu siap masok surat kabar lagi..aku taw pon dari kawan2..mcm ni..dia isap darah anak dara sunti tok kecantikan dia, tak silap aku diperlukan 40 lebih aer..lupa.huhu.. suatu ari dgr cite dia datang ar kat tempat kawasan umah aku..kat estet tmn mount austin tu..huhuhu..masa tu sume orang takot..aku pe lagi ikot sama ar..huuhu..maklumlah hantu isap darah...takot2 dia lak isap aku..huuhu..kan aku dara lagi ooppsss..telajak lak...hahha..dia isap darah pompuan ar..hahhaha.. apa lak..

K smbg lik, bila dgr dia nk dtg tmpt kita orang kan..apa lagi kita org pon berjaga2 la..biasa lah masa budak2 kecik dulu nk jadi hero.. terpengaruh dengan ultraman dengan power ranges lah tu... siap masing2 pakai topeng lagi takot pompuan tu cam muka..bila ingt balik..betapa bodohnya aku ni..huhuu..adek aku pon sama gak ikut...pengaruh kawan..dgr cite pompuan tu bawa kancil dan pakai baju tutup sume mcm pkai jubah.. di dtg umh ke umh kononya jual barang..ala belakon lah tu..huuhuh.. antu pon pndia belakon taw... mesti menang anugerah skrin nanti..hahha..

Bila dia smpai tempat daerah aku jew apa lagi, aku, adek n the geng p lah bawa kayu, ada yang bawa senduk mak dia orang, apa la,..merepek jew.. pastu ada yang pakai kain pelekat wat mcm ninja..huuhuhuh..halau dia.. pastu dia Cuma lalu jew..xsingah pon..kita orang contack kawan estest sebelah iaitu utara (estet aku namanya timur)..dia orang pon halau gak..huhuuhu... ingt abis smpai situ jew.. apa tu rupa2nya ada hantu pompuan datang..bukan isap darah..tapi membebel n piat telingga..kesian kawan2 aku..kene marah dengan mak dia orang..hahahhaha.. nasib baek mak aku tak tahu..kalau tahu.. baik aku lari dulu..huhuu
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky